15.11.10

Trend orang bercinta zaman sekarang

Zaman sekarang ni orang bercinta bukan main lagi kan. Holamak kalau kat U saja macam-macam versi dah aku dengar, setakat mati beranak anak luar nikah pon dah kira biasa..eyh? so aku bukan nak sembang pasal orang buang anak ke ape ke tapi aku nak sembang perkara-perkara yang cannot go la bagi aku untuk pasangan kekasih ni..


1) Tak boleh cakap dengan lelaki/perempuan lain
Sumpah i tak cakap dengan dia, dia yang datang cakap dengan i taw, i sikit pon tak pandang dia..amboi mak kemain lagi kan nak kena cakap dengan u je. U ingat kerajaan ada buat universiti 1 jantina je ke? 1 Malaysia ada la.


2) Stok boifren pukul girlfren
Ini dua-dua sama-sama bengap, ewah bang sesedap ja kan nak pukul anak dara orang?mai nak pukul adik pempuan lu pulak apa lu rasa? yang pempuan pon agak-agak la. aku tahu cinta kau kat laki tu ibarat "u jump, i jump" tapi kalau kau mampos dia nak ikut mampos sekali ke? tepok dada tanya selera.


3) Bila bergaduh segala jenis makian mak nenek keluar
I tahu u all semua pandai berbahasa enggeris. ye la kalau maki dalam bahasa enggeris takde la nampak buruk sangat seperti "U are such a PIG" kalau ditranslatekan "BABI LAH KAU NI" haaa sopan kan? Ni sebelom kawin dah gaduh-gaduh sambil mulut dok terkeluaq perkataan romen-romen macam mana kira kalau hangpa bergaduh lepas kawin nanti?? tak memasal anak tanya "Bapak, bapak son of the bitch tu ape haa?haikal cari dalam kamus tak jumpa pon". Menggelabah la kau nak bagitaw kat budak kecik tu.


4) Tidak boleh ada facebook
Facebook ni laman soSial jangan nak mengada buat akaun facebook ekk I tak suka! kata encik boyfriend kepada aweknya sambil tangannya sendiri dok kelik profile facebook awek seksi mana entah. Dia boleh ada facebook tapi awek dia TAK BOLEH ADA FACEBOOK. apa kejadahnya? tak kuasa aku nak layan kalau dapat pakwe macam ni.


5)Tak boleh ada friendlist jantan/betina lain dalam FB
U nak create akaun facebook suka hati la, tapi i tak nak ada kawan pempuan/lelaki dalam facebook U. Deyy..balik dok rumah tengok tv je la kalau dalam facebook pon ngade-ngade nak kongkong.lol


Kalau ikutkan banyak lagi yang aku rasa cannot go tapi benda ni ja yang aku dengar dari orang sekeliling aku so kalau ada lagi aku sambung okeh. Dan terlatest yang paling buat aku teruja sekali bila tengok video kaple nih.


pandai-pandai la korang cari video ni sendiri lagipon dah bersepah orang share kat facebook. Saja ja aku amik part paling daring sekali, bagi nampak efek orang awam dengan kereta lalu lalang dekat sebelah depa ni baru nampak macam luar negara sikit ye dak?? Ini pon aku tengok 4 5 6 kali sebab nak ambil angle baik punya. Jenuh jugak la nak menahan gelora asmara. jadah?? habis ilmu aku satu sem!


Rasa macam nak gigit saja thesis ni

Baca betol-betol tajuk tu bukan testis tapi thesis. Bunyi dah nak dekat sama cuma aku masih ada iman lagi ya kawan-kawan. Dah lama rasanya tak update, bila dah lama tak update rasa macam sangat busy pulak tapi hakikatnya bukan busy sangat pon tapi mengenangkan wifi yang sangat lembap so terpaksa abaikan blog,fesbuk,tumblr dan segala mak nenek yang ada. tak kuasa la aku nak tunggu loading pon berejam kejadah apa pulak kan. Hari ni pon nasib la manusia-manusia kat kolej aku ni dah berambus balik beraya, takdak la lembab sangat nak bukak blog sendiri. Kadang-kadang tu punya la lembab wifi ni sampai aku nak update status fesbuk pon tak lekat. Kalau lekat tu memang alhamdulillah tapi memang tak boleh nak lawan-lawan romen komen lah kan. biar je orang komen tak berbalas. Dah rasa macam artis pun ada.

Hari ni aku puas sebab thesis aku dah print dan siap dibukukan holamak ingat senang ka aku nak siapkan kerja awal-awal. Aku ni jenis pempuan buat kerja last minit stended aku la kalau terpaksa tidur pukul 5 pagi lepas tu bangun pukul 6.30 pagi semata nak siapkan kerja yang due date nya pukul 8 pagi tu padahal lecterur dah bagi assignment tu dah sebulan lebih dah. hoho Alah thesis ni pon aku hentam buat last minit jugak. 

Seharian aku edit menatang alah tu saja. dari pukul 6.30 pagi sampai ke maghrib menatap skrin laptop tanpa rehat tanpa makan dan tanpa melakukan aktiviti-aktiviti lagha,sampai naik pinaq la bijik mata aku ni . Dan benda jadi nak maki hamun apabila nak edit format haramjadas tu, hoh menyakitkan hati kamu tahu? masa-masa ni la yang tak boleh nak insert page number la, tak boleh nak edit page number la. apa ka bangang sangat orang yang buat page number ni nak menyusahkan hidup aku. Tengok?aku dah hangin. Pasal page number tu aku keja aku terbengkalai selama SEJAM, siap maki dalam status ym lagi, bila aku maki-maki tapi still tak jadi apa-apa aku rasa macam nak menangis dan akhirnya aku menangis jugak pasal page number mangkok ayon tu tak maw keluar.TAK KA LOOSER tu?

Dan nasib la waktu tu encik buncit call, dah maki lagi depan dia sambil hidung berhingus mata berjurai dengan air. Dem sungguh yang dia pulak tak abih-abih suruh aku sabar-sabar, sabar jadahnya dah sejam kot kelebet menatang tu saja. Tapi tak sampai 5 minit cakap dengan beliau sambil tangan masih menggodek microsoft word tu tetiba dah keluar pulak page number tu. Amboi tak ka rasa nak pelok cium encik buncit waktu tu  jugak kalau aku taw sejam yang lepas aku suruh dia tepon aku. Hampeh sungguh! dan akhirnya berjaya jugak aku bawak pegi print dan bukukan aku punya thesis. Walawess rasa nak berjoget tahu?

wah teruja tau.

4 buah buku bersamaan dengan RM100 semua ni macam ada konspirasi menghabiskan duit aku saja.
-abaikan meja yang bersepah tu, meja bersepah tanda aku buat kerja-

Tapi bila aku check balik tadi ada satu benda yang mungkin bakal merubah hidup aku sebagai seorang student yang berkaliber. aku tersilap letak nama supervisor aku. Sepatutnya ada satu huruf 'd' tapi aku buat dua. tekanannya hanya tuhan saja yang tahu, aku hanya mampu menangis dan tidak mampu mencarut lagi. Dah letih dah wei. Benda ni pulak kalau nak hantaq kena mintak tandatangan supervisor due date pulak time raya haji ni bermaksud lusa ya. MATI LA AKU MACAM NI. Mintak-mintak la supervisor aku tak perasan nama dia silap. Kalau tak aku kena bukak balik buku ni. Sehelai  2 ringgit taw!! ada 3 helai yang silap kat 1 buku. Sekarang ada 4 buku makna kata 3x4x2= 24

24 ringgit tu aku boleh buat makan mekdi selama 2 hari taw tak!!!!

menyesal aku berjoget tadi!!

9.11.10

Selamat Tinggal Sayang

Bukan aku tak suka, bukan aku tak sayang tapi keadaan memaksa aku untuk berbuat demikian. Salah aku ke untuk memilih dia yang tidak sesempurna mana? aku terpaksa sayang. Harap kau mengerti perasaan aku ini, Terlalu singkat kurasakan pertemuan kita tapi aku sudah dapat membaca gerak hatimu, lenggok tubuhmu serta baik buruk perangaimu. Kau banyak membantu aku, menemaniku tatkala aku kesepian, melayan kerenah aku yang kadang-kadang mudah marah hanya kerana kau lambat. Tapi aku tahu kau tak sengaja, aku tahu kau berusaha untuk menjadi yang terbaik untuk ku. Percayalah sayang engkau sangat sempurna dimata ku. Dan aku terpaksa memilih dia, demi kebahagiaan kita bersama. Sungguh aku cinta padamu, tiada lagi yang sesempurna dirimu, tapi aku tak mampu sayang. Aku tak mampu untuk berada disisimu. Tarafmu jauh lebih elok dari diriku. Pergilah dikau kepada yang selayaknya. Andai kata ada jodoh diantara kita pasti kita akan bersama kelak.












Selamat Tinggal P1 Wimax..


aku dah tak larat nak bayaq dah cukup-cukup lah untuk sem ni (ceh padahal encik buncit yg bayar.haha). Lepas ni pakai je wifi UTM yang lembab nak mampos tu. Lembab tak lembab sampai aku pegi berak pon tak habis loading lagi. gila slow. Ke aku yang berak laju sangat?

7.11.10

Viva PSM


esok adalah hari penentuan untuk segala perit jerih sepanjang semester ini

Good Luck to all final year Chemical Engineering student!


tengah cuak gila babi ni. slide pon dok perbaik tang tu tang ni. 


Doakan esok hari berjalan dengan lancar.
Amin..

boyfriend