21.1.12

Parti Buih terakhir

Yah setelah hampir 3 bulan setengah duduk kat perlis macam-macam benda aku belajaq selain tidoq, makan dan online. So esok adalah hari terakhir kami kat sini, sedih jugak sebenarnya tapi masing-masing buat tak reti sebab nanti jumpa jugak kat ofis bezanya masing-masing lain department.

Masa mula-mula masuk dulu kemain lagi pemalu, tegur sapa pon kemain lembut, cakap pon macam laki bini dalam kelambu tapi sekarang amboi terpijak kaki pon rasa nak lempang, jerkah takyah cakap la satu kelas boleh dengar.

Bukan tu saja yang dulunya single sekarang dah berpunya. ehem-ehem semoga kawin cepat lah. kepada yang memendam perasaan dan yang menaruh harapan tiada salahnya kalau berterus-terang, maklumlah nanti dah masuk kerja susah pulak nak confess kannnn.

Sebenarnya aku takut nak masuk kerja minggu depan, bos-bos aku mesti rasa macam "Ayu, kamu mesti tahu macam mana nak jahanamkan mesin ni" ok mustahil lah bos aku nak cakap macam tu kan, at least mesti dia akan tanya "Ayu, macam mana 3 bulan di unimap?" masa tu takkan aku nak cakap aku memang honeymoon giler kat sana memang makan penampar la. Lepas ni takdak dah nak relax-relax, lepak tengah malam kat kuala perlis, main badminton petang-petang, online setiap jam mahupon tengok family outing sampai gelak tak ingat dunia. 

Akan tetapi bersedialah dengan maki hamun bos, kena OT sampai tengah malam, takdak cuti dan bermacam-macam lagilah, company dah bagi honeymoon 3 bulan lepas ni rasa la pulak kepahitannya. takpa kita tengok ja nanti macam mana. sekarang ni ada benda nak update sebab ada gambar masa "parti hari-hari terakhir di Perlis" amboi nampak tak punya kemaih tajuk parti pon, takdak la parti sangat cuma makan-makan kat rumah org yang dah menikoh. So kita layan gambar yang bakal jadi memori ni. ehh dah memang jadi memori pon.

makanan utama kita pada hari ini adalah sushi buatan Ima Maizura, ni hang makan 2 ketoi pon dah rasa kenyang tahu. Masing-masing ada la bawak potluck sebab mula tu ingat macam tak cukup ja makan sushi, sekali kau sampai ja macam-macam ada, satey la, kek la,roti la.

yang besaq tu roti tuna yang kecik roti teloq, pilih saja mana mau tapi dua-dua memang aku bedal. yang sosej tu takdan nak mula acara dah habih dah. =.=

tudia gadis-gadis wajib duduk depan makanan, bukan apa cuba baca kalau 6 orang gadis nak lawan cekau makanan dengan 19 orang lelaki. agak-agak kami dapat makan apa??habuk roti ja la kot.

ni aku tak pasti upacara baca doa ka apa tah. ka aku dok bagi briefing kat depan. keh keh keh

apa lagi upacara melantak la.

aku cari port baik punya bebas dari gangguan anasir-anasir keji tapi something wrong dgn gambar ni. awat nampak macam perut aku berlapis dowh?? memang wtfghijklmnop betol la.

Lepas habis makan takkan nak balik kot, wajib lepak-lepak dulu. oleh kerana rumah unimap ni takde la beso mane jadi aktiviti kami terbahagi kepada tiga. 

First, main game.

sorang ja main yang lain tengah tunggu turn, yang belakang kerusi tu sila abaikan. dah macam pelarian pon ada aku tengok.

Second, menyembang.

part menyembang ni selalunya disertai dengan makian dan menyumbat segala makanan yang tinggal di atas meja. selalunya lah.

Third, belajar menggulung sushi.

calon suami 

lagi calon suami. 

 keempat adalah potong kek birthday sendiri. hehe banyak la aku punya cantik nak dapat kek birthday awal-awal tahun ni. aku tolong potong ja. perasaan potong kek ni rasa macam ermm takdak rasa apa-apa. lol



So tu ja la kot parti kitorang, takdaknya buih-buih atau tiang-tiang semua tu costing tahu? Lepas ni semua pakat pindah kulim, jadi update mesti pasal hangout kat Penang ja. no more Perlis tapi tahukah kamu Perlis tu sangat indah. Indah dari warga asing yang busuk. sekian 


bakal merindui Perlis.. :(

update: baru perasan yang aku tulih kat intro "esok hari terakhir". sepatutnya entry ni pos hari rabu lepas tapi tadi baru terhegeh-hegeh nak update gambar. so range masa dah tersilap ehh kat situ. aku dah habis training hari khamis nu lagi.

4.1.12

Lagi power lagi best!

Apa ka payah sangat la hai..ni nak beli pon payah, maintainance lagi macam haram lah agaknya..

tetiba rasa naik bas lagi best. ada driver sendiri, murah, besar pulak tu. untung-untung boleh naik mercedes. ni kalau nak naik kereta mercedes tunggu umur 50 tahun la gamaknya.

k bila nak dapat ni woii dekat sebulan dah aku booking ni!!

30.12.11

Babai 2011

Semakin hari kita semakin tua, normal lah tu kalau kita semakin hari semakin muda itu bermakna kita dah jauh dari norma kehidupan. Aku tak suka sebenarnya bila tahu kita nak sambut tahun baru sebab bila kita melangkah ke tahun 2012 ni umur aku dah jadi 24 tahun. aduhh dah tak remaja dah la.

Ok lupakan sebentar perasaan tua tu. mari kita imbau balik apa yang berlaku pada aku sepanjang tahun 2011 ni. Tahun 2011 adalah tahun/semester terakhir aku kat UTM, hoi aku ni sayang sangat kat utm tau walaupon pelbagai onar yang berlaku tapi tetap rasa UTM dihati. Alhamdulillah aku grad on time.

Lepas tu paling tak boleh lupa my best friend bertunang. happening betol, dia yang nak bertunang kami pulak yang rasa busy. heheh ni lagi sebulan beliau nak kahwin dah!! Tahniah Hanak. =D

Tak boleh lupa jugak yang aku jadi penganggur untuk beberapa bulan. ehh sebulan ja kot lepas tu aku lari balik UTM kerja dengan Dr. Siti. haish rindu pulak kat boss lama. Ohh baidewei bekas boss aku pregnant anak ketiga sekarang. Tahniah Dr. semoga liku-liku morning sickness tu dapat dihadapi dengan tabah.

Hampir 4 bulan jugak la kerja dengan Dr. Siti, aku dapat tawaran untuk kerja kat Kulim. Bukan sebagai chemical engineer lah. macam tak layak ja aku jadi chem engine. hew hew hew berhijrah la aku dr Johor ke Perlis untuk training kat sana. Minggu pertama ja stress lepas tu heaven gila honeymoon. haha siap melancong ke Langkawi lagi. Amboi "melancong" kau macam jauh pulak kan.

Tu ja kot secara ringkas dan kasar rentetan hidup aku 2011, nak tau lebih-lebih sila tekan older post. tak best mana pon tapi semakin kita meningkat dewasa ni kita semakin cuba untuk mematangkan diri sendiri dan pemikiran kita, ya itu yang aku cuba lakukan.*ecewah matang tak ayat aku? sila angguk lelaju.

Semoga 2012 ni akan menjadikan aku lebih baik dari sebelum ni. InsyaAllah.

16.12.11

Makcik Attitude

Peristiwa ni berlaku kelmarin.

Sebenarnya aku tak cadang pon nak update blog tapi bila pikirkan peristiwa ni aku terasa nak update pulak. Ni kira macam mengata jugak la, ke macam memberi nasihat atau ikhtibar ke macam mana? ahh lantak la kita bukan boleh halang apa yang orang nak pikir ye dak? semua orang boleh bagi pendapat cuma kita sendiri yang akan menilai baik buruknya sesuatu itu. ecewahhh macam dokter falsafah dah aku rasa.*sila angguk lelaju

Kelmarin aku pi cari rumah sewa dengan rakan-rakan sekerja aku, sebab diorang akan start sewa rumah bulan 1 ni. aku pon sesaja la ikut dari dok rumah bosan tengok cerita indon kan.

Ok bla bla bla bla..dipendekkan cerita kami nampak ada makcik ni tengah dok basuh halaman rumah dia so kami pi la tegur dia, mana tau kot-kot dia tau ada rumah sewa ka tak kat kawasan perumahan dia tu. Lalu perbualan pon bermula.

Kami : "Assalamualaikum kak." aku panggil dia kak sebab dia bukan la tua mana pon anak dia baya anak sedara aku ja.

Makcik : "Walaikumsalam"

Kami : "Akak tau tak kot-kot ada rumah sewa dekat area-area ni"

Makcik : "Selalunya kalau kita tengok rumah tu ada letak iklan untuk disewa, memang dia nak sewa la. kalau takdak tu kita paham la dia taknak bagi sewa. selalunya kita paham macam tu la kan"

Kami : "Tu la kami nampak banyak rumah kosong tapi takdak iklan. mana tau kot tuan rumah tu ada tinggal pesan atau no fon untuk orang nak sewa ka."

Makcik : "Takdak pon tapi kat sini-sini ni ada la orang nak cari budak untuk sewa bilik itu pon kalau awak tahan la, kalau awak jenis tak kisah berkawan dengan orang-orang yang attitude nya balik rumah sampai pukul 2 pagi"

waktu ni aku dah rasa lain macam dah aihh makcik ni tetiba masuk bab attitude ni pasaipa?

Kami : "Owh tak kami kalau boleh nak duduk rumah dengan colleague kami ja sebab kami pon dah 4 orang"

Makcik : "Ha macam tu xpa la. ni yang sebelah rumah ni pon ada nak cari orang utk sewa bilik, tapi tu lah kalau awak boleh masuk dengan orang yang attitude macam tu ok la. yang sebelah ni ok lagi tapi lebih kurang sama jugak la. yang belah sana tu lagi teruk"

Perghhh..mulut makcik ni bole tahan

Makcik : " Awak ni student ka?"

Kami : "Ehh tak kami dah kerja, nanti bulan 1 kami start keja kat sini tu yang cari awai ni"

Makcik : " Ohh kerja kat mana?"

Kami : "Kat ********"

Makcik : "U all keja apa engineer??"

Kami : "InsyaAllah harapnya begitulah"

Makcik : "So i agak u all takdak la masalah macam ni la sebab orang yang berpelajaran ni attitude mesti bagus lagi"

terus guna I U tak tahan tu..=.=

Makcik : "Nanti I tanya kawan-kawan I mana tahu kalau diorang ada contact rumah sewa. Amik no I ni 01*******"

lepas tu dia masih lagi membebel pasal attitude.

Kami : "Akak nama apa ekk"

Makcik : "ohh sorry, nama I kak midah (bukan nama dalam IC)..U boleh save kak midah tessel."


Aku dalam hati what the h makcik??perlu ka bagitau tessel tu? sebenarnya aku nak tanya makcik tu eja tessel macam mana tapi kang nampak tak berpelajaran pulak so aku diamkan aje. LOL

Makcik : "Nanti U mesej ja tak payah call pon takpa sebab takut waktu tu I busy ka, lagi satu before U mesej tu, U should introduce yourself la U ni sapa, dari mana,tujuan U mesej sebab I jenis tak entertain orang yang I tak kenal ni"

Aku dengan kawan aku pon mengangguk je la. dalam hati ni hanya tuhan ja tau betapa annoying nya aku dengan makcik ni.

Kami : "ok xpa la kak kami beransur dulu, terima kasih banyak-banyak ehh"


Makcik tu serius sinis, cara dia cakap nampak macam memang meluat betol dengan jiran dia tu. Aku tak kisah pon dia nak meluat ka apa ka, lantak pi kat dia la tapi dia tu sebenarnya tengah mengaibkan orang. aku kalau makcik tu biasa-biasa kekampungan pakai tudung itik ja tak pa, ini dia membawa imej seorang muslimah yang pada mulanya aku ingat beliau adalah seorang ustazah, siap tulis lagi kat belakang kereta dia Akademi Al-quran ka As-sunnah apa tah tetiba dia nak mengutuk jiran dia yang kami langsung tak kenal tu. paham tak perasaan aku masa tu??rasa nak bnuh diri tahu??


Fine kita fikir positif la kan mungkin dia nak menasihati atau memberi amaran kat kami-kami yang pada mulanya dia ingat student ni tapi tak perlu la dengan gaya yang sinis, muka meluat dan cara percakapan macam tu. serius makcik, sebenarnya attitude makcik pon bukanlah bagus sangat. Apa makcik tau ka budak-budak tu balik lambat sebab apa? mana tau dia kerja shift ka? ataupon kerja overtime sebab nak cari duit untuk tampung duit belajar ka. Lagipon apa point makcik nak bagitau kami? lebih eloklah sekiranya makcik pi tegur sendiri budak-budak tu jika makcik rasa budak-budak tu salah dan bukannya mengata belakang macam ni. Kemon la makcik kata orang terpelajar???

Dan aku rasa makcik tu tak baca pon blog aku ni sebab dia kan orang terpelajar. gila kau orang terpelajar baca blog aku, aku ni eja "tessel" pon tak reti. Inikan pulak nak post benda ilmiah. kita dah besar kan pandai menilai baik buruknya. mungkin makcik tu sekadar menasihati aku tapi aku yang tersalah tafsir siapa tahu kan?


Tapi dalam kepala otak aku memang dah set "serius kerek makcik tu"..


dan untuk penyewa rumah bujang(anak dara). kita sebenarnya jadi perhatian orang disekeliling, kita balik lewat malam, cakap kuat-kuat, rumah bising gila, halaman rumah bersepah. semua tu memang jadi bahan umpatan. kalau anak bujang lelaki takpa tapi kalau perempuan, hoi kau jangan la buat silap sikit pon memang habis la satu kampung tau kau tu pengotor, teruk gila, not virgin anymore dan macam-macam lagi lah. Memang tak sesuai langsung buat menantu kau nyah. So pengajaran untuk diri sendiri jugak pandai-pandai lah jaga attitude diri. ya attitude.

k lah bai dah nak muntah dah aku taip word attitude ni. =.=

boyfriend