27.10.15

bukan rezeki

Assalamualaikum


Lama tak menjengah blog bertahun ditinggalkan sepi tanpa ada cerita. Tak mampu nak update sebenarnya sebab life makin busy and banyak benda yang nak difikirkan.

Alhamdulillah aku dah selamat mendirikan rumah tangga dengan kekasih tercenta aku Mr.Bapex. 10 tahun bercinta Alhamdulillah dengan segala ranjau onak berduri telah kami lalui (kemain kau), tu belom part lautan api direnangi lagi. haaa jangan memain kisah percintaan aku ni boleh buat drama slot akasia petang-petang.meletops kang banyak pulak dapat payment.lol

Actually banyak dugaannya tambah-tambah time bertunang, aku la sengal boleh la pulak nak tersuka kat orang tu tersuka kat orang ni. dah kau ingat kawin ni boleh suka-suka ja? Alhamdulillah aku kembali ke jalan yang benar. Nasihat aku ke hangpa yang tengah bertunang tu jangan la ikotkan sangat perangai syaitonnirojim tu. bawak-bawak istifar dan berdoa ye.

#ayuebapexbigday *malas nak upload gambor


Setelah 3 minggu mengharungi hidup berumah tangga aku disahkan pregnant oleh clear blue. Time ni serius rasa tak percaya,manusia yang paling excited suruh aku check adalah Hanak Asaari,dia la yang paksa aku beli pregnancy test suruh check sbb last aku datang period seminggu/2 minggu sebelom nikah. aku tak pasti sangat tapi yang aku tau lepas kawin memang tak mai period. aku dok ingat macam drama tu ada muntah ijo,pepening kepala paling dramatik bini nak pitam lepas tu laki dengan gagah perkasanya sambut dan pikul ke katil. hmmm mereput la hang ayu dengan drama melayu tu.

Tapi gembira itu Allah tarik sikit-sikit bila aku dah start bleeding, sedih tak terkata bila jumpa doc, doc cakap threatened abortion. Sedih sangat bila suami tak dak time first time buat check up, bila kena naik van ambulan bertemankan nurse.Tu belom lagi Doc cakap aku maybe pregnant luar rahim, Menangis aku kat KK tu sorang-sorang, sedih gila rasa tak dak orang teman. Seminggu bleeding tapi keluar sikit-sikit, rasa macam bodohnya aku tak amik MC dan rasa nak salahkan doc sebab tak bagi cuti untuk rehat. Rasa macam kenapa la aku ni bengap sangat tak boleh jaga elok-elok.Kenapa?Kenapa?

Lepas seminggu bleeding, Hari Ahad, 4 Ramadhan, 21 June 2015, petang tu aku start sakit perot macam period pain tapi aku sempat lagi pi bazaar ramadhan beli juadah berbuka, sempat pi giant beli Dominos pizza sebab aku teringin. Sakit dia kejap datang kejap hilang so aku ingat normal la kot. Sampai dah pukul 6 lebih macam tu aku sampai rumah aku cakap kat mak aku nak pi hospital sebab sakit sangat. Abang aku amik aku sebab bapex kerja. Sampai hospital aku dah tau macam takdak harapan.

i miss u sayang, i really do

Aku tunggu doc check aku kat emergency room, tanya aku macam-macam. Time sakit tu memang sakit sangat lepas 3 minit hilang lepas tu sakit balik. Then doc cakap akan hantar aku terus pi Labour room. Aku redha ja sebab rasa sakit sangat tak tahan. Sampai ja labour room aku kena tunggu lagi dok terbaring kat dalam tu. 6.30 aku masuk dekat pukul 8 lebih baru depa betol-betol tengok condition aku. Ye la sapa suruh aku masuk time orang nak bukak puasa.duh

Then doc siap-siap perkakas, time tu dia suruh aku angkat kaki ja dia tak bagitau pon dia nak buat apa kat aku. Bapak cuaknya takkan nak process aku hidup-hidup kot. Time ni memang sakit, aku nampak dia amik menatang speculum ka apa tah yang macam mulut itik tu jolok bawah. Sumpah seriau, lepas tu dia keluarkan darah dari pintu rahim aku sakit tak yah cakap la hanya tuhan saja tau tambah-tambah time dia korek-korek. memang menangis. =__="

Selesai ja dia korek tu darah still keluaq lagi, aku yang blur-blur tanya doc aku dah gugur ka? Doc cakap aha dah gugur sambil tunjuk darah yang dia korek, Dia cakap darah banyak dah terkumpul kat pintu rahim tu sebab aku rasa sakit. Betol la tu sebab lepas dia keluarkan darah tu aku dah tak rasa sakit. Doc scan perut aku dan dia cakap aku kena buat DnC untuk cuci rahim aku sebab ada lagi darah yang tertinggal dalam rahim. Dan-dan tu aku tanya buat DnC tu hidup-hidup ka, doc cakap tak lah dia akan bius satu badan. Allah lega rasa sebab tak sanggup kot nak hadap.

Malam tu aku kena puasa sampai esok pagi, nasib baik sebelom mai hospital aku sempat capai 1 slice dominos kat rumah, telan jugak sakit-sakit pon sebab lapaq dan teringin. Esok tu aku kena tolak pi OT, time ni cuak habis. Aku tak pernah masuk hospital kot dan tak pernah kena operate-operate ni mana tak cuak! Mengucap siap-siap mintak ampun mintak maaf, rasa macam nak mati pon ada. Ok dalam OT pon aku menangis sebab takut bukan sebab sakit. huhu 3 2 1 aku sedaq-sedaq nurse panggil, k dah siap. Tak rasa apa pon lepas tu pon tak dak rasa sakit apa. Alhamdulillah aku hidup lagi.

time ni aku masih mampu tersenyum

Hati aku ni macam dah redha mungkin bukan rezeki aku lagi untuk dapat anak. Mungkin.

Tipu la tak sedih, 4 bulan dah berlalu bila aku teringat ja aku akan menangis even time aku taip entry ni pon ayaq mata dok keluaq. Bukan sebab aku tak redha, bukan sebab aku tak percaya yang rancangan Allah tu lagi baik dan bukan juga aku tak percaya yang rezeki Allah boleh bagi dan tarik bila-bila masa. Cuma bila teringat,aku tak dapat nak tahan kesedihan tu.

Benda terlalu cepat sangat berlalu sampai kadang-kadang aku tak dapat nak hadap.Serius.

13.10.14

B2B-Bride to Be kononnya.

Aku sebenarnya takdak la nak buat entry B2B sangat kan, tak rajin sangat pon nak update pasal bride to be ni tapi memandangkan aku tengah dok survey-survey ni belasah ja la tulis entry sekali ye dak.

So dah lama tak update blog, sebab malas berganda-ganda tapi hari ni macam rajin pulak nak mengomel. Tarikh aku nak kawin sebenarnya lambat lagi pon tapi aku dah gelabah mak enon nak cari bridal dengan katering. Dua benda paling penting aku rasa dalam majlis perkahwinan ni. Konsep aku tak mau membazir, kami dah decide nak buat satu majlis ja laki dan perempuan dalam satu majlis. Tak mau pening kepala majlis banyak-banyak sebab tujuan satu ja nak bagi orang makan dan nak bagitau kata kami dah menikah. Ha gitu kekdahnye.

Banyak jugak aku survey kat blog-blog, cari template untuk bajet perkahwinan cari vendor dan cari fesyen busana perkahwinan amboi busana kau tak menahan.

Benda yang aku dah buat 

1) Booking dewan tapi duit booking tak bayar lagi

Aku tempah dewan ni 2 bulan yang lepas, cadangnya nak buat time raya cina tahun depan. Sekali full dek non oii tak sangka pulak aku yang dewan kat kulim ni cepat beno penohnya. Lepas tu nak booking time 2 Mei sebab 1 Mei tu kan cuti so feeling nak nikah tarikh cantik sikit 1-5-15. Pon penoh jugak, menangis tak berlagulah aku. Last-last sekali booking bulan... ehem nantilah bagitau. lol konon seprais ok!

2) Beli kain pasang untuk akad nikah.

Kain pasang aku beli kat Jakel ja, bayangkan aku nak beli kain lace ni pon dok wassap group tanya pendapat member. Punya la tak boleh nak decide sendiri actually dalam hati dah decide dah nak amik yang mana satu tapi still nak tanya pendapat orang jugak. Tanya bapex memang harapanlah semua benda pon OK bagi dia.huh! Aku beli kain pasang (laki-satin dan perempuan-satin+lace) rm330 sahaja. Patutnya rm260 tapi akak tu suruh lebihkan beli kain lace sebab takut tak cukup. Aku jeling padu ja akak tu dalam diam dia nak kata aku gemok la tu. Ingat aku tak tau ka?? Then pegi gulatis pulak beli kain chiffon(georgette silk apa bala tah nama dia) dengan kain net untuk tudung dan veil.total harga RM 99.25. *pengsan* lepas tu rasa menyesal beli!jadah

3) Beli rantai tangan untuk akad nikah.

Time ni paling best, dulu kan aku tak dak la suka sangat dengan emas ni tetiba time beli rantai tangan ni macam excited terlebih pulak siap cakap kat Bapex lepas kahwin nak rantai leher pulak ehh. hahaha Dia dah sakit jantung dah.:p Harga emas tengah murah sekarang RM128 segram so apa lagi pergi serbu cepat!

4) Beli barang hantaran.

Yang ni tak habis beli lagi, ada 12 dulang total kami berdua baru beli 2 jenis. Kami decide sebulan beli 2 atau 3 barang so tak dak la rasa terbeban sangat tapi benda ni boleh jadi terapi jugak sebab shopping untuk diri sendiri jugak kan!

5) Survey Bridal

Benda ni paling rasa macam adoii sesak nafas sebab kalau boleh nak yang cantik dan murah. Dan paling penting rasa berbaloi dengan apa yang kita bayar.Bulan lepas pegi survey bridal area sungai petani menangis jugak la tengok harga.jadah pulak aku nak amik bridal kemain jauh kan sekarang tengah survey area kulim sahaja, lepas tu nak kena survey jugak makeup cantik tak. Aku kalau boleh tak mau la muka macam opera cina time majlis nanti. Bapex cakap mai dia ja la yang tonyoh muka aku bukan susah mana pon. Banyak la dia punya tonyoh ingat muka aku ni bontot kuali nak main tonyoh-tonyoh?grrrr

Tu je la yang aku dah buat sekarang, google-google apa yang patut tengok review, tanya member yang dah kawin. Banyak lagi benda nak kena survey so kena kuatkan iman. haha lepas ni update lagi apa yang patut mungkin 2 bulan lagi kot update itu pon kalau aku rajin. muahahaha

8.6.14

Rumah Baru

Actually aku dah beli rumah dekat area Kulim ni, sebab macam nak stay sini so aku beli la sebijik rumah buat aset, mahai bak hang rumah sekarang ni aku beli harga sekian-sekian dapat rumah teres bodo 3 bilik, abang aku beli beli rumah semi-D 5 bilik harga sama dengan rumah aku. Perghh menyirap jugak la bila pikir balik apehal harga rumah naik melambung-lambung serupa orang kena darah tinggi ni.

Mula-mula aku nak beli ni banyak benda aku pikir, first sekali duit sebab aku baru kerja(padahal nak masuk 3 tahun dah pon), tak kawin lagi, komitmen perasan tinggi dan macam-macam lagi lah. Serabut jugaklah aku pikir pasal rumah ni, last-last sekali aku buat keputusan tak pa beli ja dulu, duit boleh dicari ye dak?


So ini lah rumah aku nanti,

Acah-acah ja, ni show house untuk jenis rumah aku kalau aku berduit nanti InsyaAllah macam ni la rupa ID rumah aku. haha

Master bedroom.
*gambar cilok kat http://www.belleview.com.my/ *

Aku amik full loan dan duit peguam aku free sebab pemaju yang bayarkan. Aku beli masa pemaju baru nak perata tanah dalam bulan 10 tahun lepas, sekarang ni 60% dari rumah aku dah siap depa estimate rumah aku siap dalam awal tahun depan, sempat la kot aku nak kahwin dulu lepas tu renovate rumah baru masuk rumah baru. Alhamdulillah moga dipermudahkan dalam segala urusan.

Semput sebenarnya bila pikir balik macam mana la generasi akan datang nak survive dengan kos sara hidup yang tinggi macam sekarang ni, harga rumah naik melambung, harga barang naik, minyak naik semua benda nak naik, dan paling perit gaji tak naik-naik.

Ada orang cakap, dari kau merungut kos hidup tinggi baik kau cari alternatif lain untuk buat duit. 

Aku tengah buat duit la ni tulis blog, lagi banyak korang share makin bertambah lah duit dalam akaun nuffnang aku. So mintak jasa baik tolong like atau share ye. hahaha

Feel free to ask anything about housing loan or etc.

Adios amigos.


20.5.14

Lamanya tak update

Rasa macam lama sangat tak update blog buruk ni, tiba-tiba rasa macam rindu menjengah nak update mungkin sebab life asyik mendatar ja jadi takdak apa yang boleh dijadikan bahan cerita.Lagi satu sebab kekangan masa, padahal takdak la busy mana pon kerja ni, balik kerja main Clash of Clan tak pon tengok Running Man lepas tu pukul 10 dah mengeroh dah. Bila pikir-pikir balik nak ja balik zaman universiti dulu, penat study tapi enjoy.

Sekarang aku masih lagi makan gaji kat kilang first job aku dapat, tak rasa nak move on pon, kot nak keja kat KL ka singapore ka langsung tak dak. Kulim ni walaupon tempat manusia kena buang negeri tapi aku rasa selesa dekat sini. Tak tau pasaipa, mungkin sebab family pon banyak kat sini, kang kalau aku keluaq dari negeri ni leceh plak nak balik beraya bagai ye dak.

Mungkin aku kena cari benda yang boleh bagi excitement dalam life aku, travel contohnya tapi tu la duit takdak pon tak excite jugak bro, merana jugak kang hujung bulan. kah kah kah

Akhir kata, tujuan aku update ni adalah nak menunjukkan aku ada lagi dimuka bumi ini cuma nak update benda-benda merapu macam dulu dah tak boleh dah. Ye la umur dah 26 tahun dah, cuba untuk post benda-benda yang berfaedah sikit. K sayang babai uolls.


boyfriend