vavi apakah disclaimer pon panjang caharam..
oke update pasal makan malam ataupon orang panggil sebagai Dinner atau orang panggil sebagai malam melaram dan malam gojes habis sebab kalau kau bergaya dan memakai baju pelik-pelik pada malam ini memang takdak orang kisah. Orang lagi tengok kau lagi nak berkata....
"OMG..U sangat cantik la malam ni. Meletop mak!"..ini kalau golongan-golongan lupa asal jantina punya dialog
kalau manusia biasa macam hanak asaari, nadiah fatihah dan hanna ilyani mesti jadi begini...
"OMG..U sangat GOJES tau malam ni..kalah la I camni.."
Kira tipikal ayat macam tu la..perkataan gojes tu memang tak lekang sangat dari bibir 3 budak selim melim badan macam model ni. badan aku??hmmm 2 kali ganda badan depa ni la.....bagai dipam-pam
Actually aku ada 2 dinner pada tahun akhir ni..oke dinner first adalah dinner kos dimana memang budak-budak kos aku la yang bersepah.
DINNER CHEMEX
memperkenalkan dari kiri Hanna Ilyani, Aini (my ex rumet yang cantik), Hanak Asaari (kalau tak kenal gak tak tau la) dan aku
Ohh lupa nak bagitau yang tema bagi dinner chemex ni adalah wedding dress. tu yang memasing pakai baju pengantin tu. ni semua budak meja aku. semua ni kalau boleh nak tercalon dalam Queen of the Night..keh keh keh
ada jugak yang pakai baju merewang, tok kadi, tok imam, mak datin dan macam-macam lagi la..aku tibai baju tunang kakak ipar sudahhhh...tak kuasa aii nak beli-beli baju ni..
kalau anda-anda pembaca blog yang tegar pasti anda kenal dengan dua orang blogger kat sebelah aku ni
Hidayah Isa dengan Nadia Helena
merangkap junior aku dan blogger tegar dan boleh tahan femes jugak..(femes la dari aku ni)
selendang Queen tu orang punya..kalau aku menang memang what the hell betol lah..
hoyeah..tudia Queen kita..member yang dok sebelah aku rupanya Queen of the Night.(serius aku teruja dok sebelah hang hanak..keh keh keh). takdak pulak gambar Queen sorang..hmmmm
Aku pon menang anugerah jugak. anugerah pelajar paling popular. hasil dari undian-undian dari first year sampai ke final year kos aku..entah celah mana yang popular tu aku tak tau la...haihh mungkin sebab mulut aku kot yang kepochi sikit ataupon sebab aku gojes ke pinggang raping ke bentuk badan flat ke muka macam Lisa Surihani ke..ke macam mana??
Heh tak kisah la kan tapi dinner Chemex ni memang best sebab makanan dia superb sedap!!gilo sedap dan kalau teringat balik for sure meleleh-leleh air liur ni. haa dapat bayang tak betapa sedapnya makanan malam tu. Bayar Rm49 dan makan secara bufet.
Dah nama pon bufet kan? nak jadi kisah meja aku belakangggggg sekali dan dekat dengan meja bufet. siap ja pengacara majlis jemput orang baca doa. aku dah get ready senteng kain dah. lantak la orang nak kata apa janji lepas tukang baca doa tu sebut "amin" ja aku akan pecut dulu. dan hasilnya aku orang first dan 4 kali jugak la ulang alik amik makanan sebab banyak jenis makanan yang perlu ditibai malam tu. Budak-budak junior yang kena beratur semua pakat sound aku dah.. keh keh keh nasib la. sapa suruh dok meja depan, kena la beratur amik makanan..kah kah kah baju aku tu pon hampir nak tertetas dah sebab sumbat banyak sangat. erkkk
Gambar makanan yang superb sedap tu tak sempat nak amik sebab meja aku takdak kamera DSLR yang boleh menayang gambar makanan yang sedap-sedap..tu la yang paling tak best sebab kami tak boleh nak tangkap gambar banyak-banyak. mengharapkan belas ehsan kamera junior ja la gamaknya. sedih betol!
gambar sebahagian course mate batch aku yang pegi. ya rabbi punya ramai
Malam Pra-Graduasi (Dinner MPG)
Dinner ni baru kelmarin berlaku, masih panas dan segar bugar lagi. Ahli meja pon sama. Gambar malam ni sangat banyak sebab hanak asaari pinjam dslr kat junior dia. baik betol kan junior bagi pinjam kamera mahal.
Yang tak bestnya dinner malam ni adalah sebab makanan bukan bufet dia serve (800 ++ punya hadirin kalau buat bufet mampos kelaparan la) so bila anda-anda duduk semeja dengan manusia pelahap+gelojoh+ piranha..haruslah anda akan rasa tak cukup dan tak kenyang..nampak ja budak meja aku tu kecik-kecik tapi nafsu diorang payah nak cerita. ishh susah la nak cerita punya kuatnya nafsu.
tu dia tangan masing-masing. ni first dishes boleh la dok tangkap gambar pegang sudu bagai.
yang ni dish ke berapa aku tak ingat. waktu ni aku suruh kawal dulu nafsu serakah tu sebab aku nak amik gambar. ada ka patut orang tu takdan nak letak pinggan cecah meja lagi kami dah serbu..memang la kemaluan tu dah hilang.
yang ni bukan sesaja nak posing letak sudu. ini betol-betol punya.
10 saat kemudian........terkesima ikan tu.
yang ni memang sedap. 3 kali senduk jugak la aku tibai. sup sirip ka apa tah. tapi Chinese food la tapi macam bukan sup sirip sebab sup sirip kan mahalllll...meja depan aku tu banyak betol tak abis makanan. pelik betol aku..makanan sedap-sedap boleh tak abis. kalau ikutkan hati yang tak berapa nak segan ni dah lama aku mintak..
kau tengok kau tengok muka memasing. kau tengok meja sekali. ni meja anak dara.
aku kusyuk melantak. nampak tak gadis sopan sebelah aku tu aina. haa nampak sopan, waktu biasa-biasa ni dia la paling tak lalu makan, paling sikit makan. tapi malam tu dialah juara merebut makanan. orang lain dapat sekor udang dia boleh capai sampai 3 ekor udang!!terkejut berok aku..haha.
patutnya kami yang menang meja piranha tau tapi dah abang kamera dok serbu meja laki ja memang la meja laki yang menang..cisss tapi bagus jugak meja aku tak menang sebab kalau tak aku la yang kena tebal muka pi amik hadiah..selamaattttt~
Oke dah-dah la tu sembang pasal makan. Oleh kerana ada kamera mahal jadi gambar kandid dan buat-buat kandid tu sangat banyak. kau tau 2 album jugak la nak kena create kat fesbuk. punya la banyak. depa kata gambar aku paling banyak. keh keh keh sapa suh tangkap gambar aku.
nadiah fatihah aka nadey
aini
naimah dan hanak
afza dan ana talib
meja kami ada 11 orang..
oke yang ni bajet kandid..hehe lawak betoi la..
yang ni pon purak-purak kandid...nampak sangat la woii!!
yang ni kandid..nampak tak kegemukan aku disitu...dem!
profile picture...terima kasih hanak..hehe
letak gambar sendiri sikit-sikit dah la syialll...
richard dan abeng
kenal tak kenal tak?? FARAH AF2 datang buat show..walawess masa aku snap gambaq ni dalam hati aku "Cantiknya minah ni"..dah la suara life pon sodap..serius teruja dan terus macam minat kat dia..(*perghh baru 'macam' nak minat kan sebelum ni aku tak minat pon)..hehe tangan dia bai lembut bai..
Oke tu je la kot ek..gambaq dah bersepah sangat dah ni..nak buat macam mana dah banyak sangat sampai tak tau nak sort kan macam mana..pening pening..
Kesimpulan yang dapat dibuat..aku rasa kalau boleh nak lagi dinner sebab dinner makan sedap. dan kalau boleh jangan duduk semeja dengan lelaki macam "meja yang makan tak abis tu". ye la mana kau nak terkepit lagi, betulkan tudung lagi, pegang sudu garfu lagi.. ahh leceh la ai..lagi satu apa kau ingat pempuan ja terkepit??ahh laki pon ada gak yang terkepit..jadah apa tah makan je la woi mahal kot bayar RM30..tak nak bak sini aku habiskan!
12 comments:
hoyaa, aku bru teringat aku ada daftar MPG ari tu. lupa lak. wakakakaakak.
wahhh sronok nyerrr
cam mjlis kawen beramai-ramai dah haa
heee
asal akak nampak muka kau macam cikgu shida eh?
ke ko sebenarnya cikgu shida?
macam best gak dinner mpg tu..dinner tu under utm ek?
fiffy:: haha ngade la kau fi...boleh buat2 lupa lak..
nurkaloi:: suasana dia best la sebab semua pakai baju yg blink2 kan..hehe
miss geli:: akak jgn la cenggitu..aku dah la tak berapa nak intooo dgn cikgu syida..akak ngn hamzah sama ja kan...ckp muka aku cam cikgu syida..grrrr
hidayah:: yup..under UTM..nnt korang last year bole la pegi...tapi sejujurnya Chemex lagi best la..hehe
pergh.... semua cun2 dow... kenalkan la sorang dua
peh hana tajima!
rm30 je ayu? murah gile..heh. aku tak pernah pegi kot dinner2 mpg ni.
dinner kaLau kena gaya mmg best..kaLau tak hambar je
hanak tu macam nak kahwin je
Hamzah:: depa tu semua kenai hang weh..hang ja yg tak kenai depa..maklum la hang kan popular...
nadia:: sapa2?????hehe
hasrol:: hehe..kalau rmai2 pegi best la..budak2 skk balik pling lambat skali tau..hehe
ayul:: betol..hehe
pasad::: ahaa...dia nak kawen dah tahun depan...
muka awak macam farah breep2 tu la...hehee...
Post a Comment