28.3.11

Menjawab segala persoalan di Facebook

Kalau anda semua addicted dengan facebook pasti anda semua tahu fenomena apakah yang terjadi sekarang ini. semacam masa mula-mula facebook diperkenalkan, fenomena game online yang sangat popular macam farm ville, ikan ville dan tak dilupakan game tukar-beli baju dan aksesori pompuan iaitu sorority life. Janganlah terasa korang ni bangang sebab main benda-benda ni sebab aku pon main jugak dulu sampai bagi password fb kat encik buncit semata-mata nak suruh kutip sayuq aku. kadang-kadang tu sampai marah-marah hentak kaki sebab encik buncit lambat kutip, ye la kalau dia tak kutip alamatnya busuk la sayuq dengan pokok bunga aku. bila busuk so rugi la aku bila rugi aku tak dapat la nak beli aksesori-aksesori perhiasan yang cantik-cantik untuk menghias dan membesarkan rumah aku.. semua ni bisnes tahu bisnes. macam mana nak maju kalau boifren ehh kalau kita ni malas nak mengutip?


Lepas tu datang pulak fenomena rahsia bulan mengambang lahir, mengapa edward cullen tak suka aku? siapakah watak kak limah yang bakal jadi perdana menteri, siapakah watak anda dalam Nur Kasih padahal berdasarkan soalan pon dah boleh agak akan dapat watak mana, ye la soalan macam "adakah anda seorang yang setia dan baik" cet mana-mana orang pon akan jawab "ya". dan macam biasa aku pon penah main menatam ni. Ada sekali tu aku jawab soklan apa tah, ciri-ciri bakal suami ka apa tah. balik-balik aku jawab dapat result Hamid Gurkha, jawab lagi Hamid Gurkha jugak. dalam hati dah menyumpah dah, pat lima nam kali aku jawab dok bagi jawapan tu jugak. langsung terus aku tak publish. rasa macam teraniaya pon ada jugak.


Nak lagi rare bila ada orang baling-baling bantal kat wall aku..aku sendiri tak dapat nak sinonimkan dengan kehidupan aku "kenapa malaun-malauan ni main menatang haramjadas ini?" kenapa dan mengapa sampai sekarang aku tak paham why baling-baling bantal tu di wujudkan. tengok punya la tak paham sampai nak taip "kenapa" pon jadi "why"..dasyat betol. ke korang paham? kalau paham tolong bagitau aku ekk..


Oke benda-benda tu semua like so yesterday, dah basi, dah muak. Tapi kalau ada yang main jugak memang what the penyapu betol la kan.


sekarang ni ada application baru iaitu application jawab-jawab soalan ataupon vote-vote. aku tak kisah sangat la sebab selagi ia tak menyemakkan notification serta email aku..aku consider ia sebagai oke. Ada satu soalan yang aku sangat suka akan jawapan dia..........

Jawapan paling atas tu adalah paling tepat.

Ada jugak la soalan kolej matrikulasi mana paling best la, lelaki dengan pompuan mana paling pandai la..adoi diskriminasi semua ni tau. masing-masing mesti la nak cakap matrik sendiri paling best, jantina sendiri paling pandai, negeri sendiri paling hebat..

Lain kali cuba buat soalan tu bagi kreatip sikit contohnya...


"Antara Lisa Surihani dengan Ayue Surihanyot. siapa lagi hot, gojes dan mantop?"

ha cuba jawab ni, cuba la cuba...

12 comments:

Duniakuabstrak said...

aku taknak jawab nanti kau kecewa hati remuk

Nurul Ayu said...

baik kau jawab klu tak aku sesumpah kau jd tapir...mahu?

athirahzaki said...

kahkah
semestinya ayue surihanyot!
*dah jawab ni cepat ah mane upahnye

Nurul Ayu said...

ada...mana mungkin xdak...





hadiahnya penginapan 3 hari 2 malam di rumah sendiri...

hamzah ian said...

mesti la ko ayu!!! ahahahaha

Amir Syahir said...

mesti jawab ikut pengalaman sendiri..soalan cam gmpang je..x releven..hampeh..

k.

Azwan Azmi said...

mesti la ayu....lisa comel ko cute..wohaa

Anonymous said...

kalo aku cakap aku yg hot, gojes and mantop mesti ko jeles kn? xD

Asfan Ash said...

lisa surihani ah tanye lak sbb die tu ex aku. ko bukan ex aku hahaahaahaha

1 lg soalan: kenape kak ayuerobin makin cun? kih3

Nurul Ayu said...

hamzah:: terima kasih atas jwapan yg tak brapa boleh dipercayai..


mai:: aku tak jeles tp mungkin aku gi bako ke rumah ko..


arc: apasal aku tny lisa dia kata tak penah kenal ko ha??

bukan makin cun tapi mmg dah cun...ko kena pham situasi tu asfan..kah kah kah *muntah

Munie Blushious said...

klu kasi soalan camni kat kak ayu, sure la kak ayu jawab utk diri sndr kan.. mmg unfair la, sme cm soalan sekolah mne yg bes tu la... hahhahah... sy xnk jawab, nti ade org sedyh plus nk tikam diri dgn carrot...

AR The Annoying said...

facebook is a disease like seriously.aku paling jengkel dgn rahsia tarikh lahir whatsoever application bodoh yg tiba tiba tag aku.

sumpah aku ter-annoying.

boyfriend