14.8.11

kebodohan yang tak boleh diterima

Aku tengah nak amik lesen sekarang ni. Semalam dah berjaya buat test undang-undang tu, nasib la aku terer sekali je dah lepas (amboi riak kemain lagi). Lepas habis test tu terus aku pegi driving school untuk buat payment yang seterusnya alang-alang tu aku booking la untuk kelas teori terus hari ni. punya semangatkan? dah la tengahhari rembang yang panas gila terpaksa la aina teman aku pegi sana. Malam tu plak aku check gambar nak bagi untuk buat lesen tetiba aina kata gambar aku tu saiz pasport so tak leh pakai aku kena pegi print balik saiz kecik. Jadi kerja pulak aku nak keluar malam-malam semata-mata nak print gambar. pftt aku ni dah la anak dara yang tak keluar malam cuba la paham sikit #sarcasm.

dan pagi ni aku bangun seawal pukul 6.30 pagi, basuh baju stok seminggu guna tangan (memang sengaja di bold kan), dengan henfon pagi-pagi buat celaka tak boleh nak charge. boleh sabar lagi waktu tu. abang driver pulak janji amik pukul 8 pukul 9 baru terpacak depan rumah aku.

sampai driving school ada la dalam pukul 9.45. masuk ja pejabat tu nak daftar. godek-godek beg duit yang dah lusuh tu tetiba IC aku tak dak. ahh jem! godek-godek lagi memang tak dak. ha tu la yang aku nak cakap sekarang ni, takde la nampak bodoh sangat cerita aku ni tapi memang aku nak maki bodoh kat diri sendiri. Aku baru teringat semalam aku scan IC pas tu tertinggal IC tu dalam printer. memang nice kan? 15 minit lagi nak masuk kelas teori mana sempat dah nak pegi amik ic kat rumah. Tension tak yah cakap la. dah la kelas teori tu boleh amik hari ahad saja bermakna minggu depan la baru aku boleh pegi kelas, dah tu lambat lagi la aku nak dapat lesen L. bila lambat aku nak amik lesen L bertambah lambat la aku nak amik lesen P. Arghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh bongok betol la!!

nak lagi best gambar aku bawak sampai 6 keping, celaka apa IC sekeping boleh tertinggal!!

rasa nak koyak pon ada.

23 comments:

nurayunni said...

sabar je la kan..nk buat cmne...

Heidi Shafiq said...

buat la ic byk2 jugak.. 6 keping.. haha.. :P

Anonymous said...

lol muke

-ARC

Umie Artoqiemie said...

hadoiii.. camne bulih tertinggal.hahaha. sabar je la.. biasa la tu bulan puasa..

♥CIK SHA♥ said...

sabar oi sabar..bulan pose ni..kui3..

takpe lambat asalkan selamat..;p

Ema Razali said...

chill babe :) ema pun dulu selalu tertinggal I/C. then lagi teruk kena bebel huhu

Cik Ca'ah said...

kih3. sabaq je la kak ayue,cobaan bulan posa. lg satu kak ayue nanti kena la sabaq masa kelas teori tu,hoih boring nak mampos! dh la lama. huhuu

remySunbae said...

aku nak gelak pon ada kesian pon ada....aku selalu gak jadi camtu bila scan IC...mesti terlupa...hg amik lessen apa ni wei?

wachak said...

Sabar jer lah time puasa ni. kecut pahala puasa tu nanti :D

sleeping_maniac90 said...

haha..
adoi..
sbr la .. kdg2 mmg grm kalo terlupa benda y kecik cm nih..

abg driver mmg slalu lmbt kan?? rs cm nak sekeh pale dia.. grrrr..

AyuE SurihanyOt said...

@Heidi Shafiq

menarik cadangan kau tu..boleh la nnt aku nak buat IC 6 keping..

AyuE SurihanyOt said...

@remySunbae

aku amik lesen traktor..amik lesen kereta la apa lg..

Nurul Aini Amran said...

eh..ayue..bole je bg gamba pasport..nnti org sana ptong sndri kecikkan..sbb die nk muka kte je..ak dlu bg gmba pasport je woi..

AyuE SurihanyOt said...

@sleeping_maniac90

aha boleh tahan la lambat dia tu nasib la peramah so ok sket la..klu masuk2 van tgk muka ketat pon rasa nak bg penampar jugak...

hamzah ian said...

heeeeee

AyuE SurihanyOt said...

@Nurul Aini Amran

xde aku punya gambar pasport tu muka sepenuh alam..so klu potong pon mmg besar kna print lain jugak..

AyuE SurihanyOt said...

@Anonymous

klu ikutkan aku nak letak sbg background blog aku gambar tu..

Syafiq Salim said...

yg penting komenter ramai..hehe
siap dgn anonymous lagi... :D

p/s- aku tak bce pun entri ni...heee

cahayakehidupan said...

haha,adeh, part gambar 6 keping,ic tak boleh bawa tu memang tak boleh blah...=P

[ - ] xtionkamen / ﺈﻴﻛﺸﻦ ﮐﺂﻤﻳﻦ said...

ok..lu hbt sbb boleh basuh kain stok smgu guna tangan..sama la gua..tp gua guna kelebihan teknologi dgn guna tgn, agkt kain masuk dlm mesin, dan guna tangan jugak utk tekan button on, start..setel..

len kali lu bawak skali surat beranak..kl ic tertinggal, ade back up surat beranak kan??

AyuE SurihanyOt said...

@[ - ] xtionkamen / ﺈﻴﻛﺸﻦ ﮐﺂﻤﻳﻦ

tu la aku nk cakap aku ni rajin sebenarnya..haha

tak boleh la wei dia nak ic jugak..jenis scan cip yg kt ic tu..

Aujinz said...

hahhahaha..

memang terasa sengal di situ gak..

anizsDANbintang... said...

relax dear =)

boyfriend