18.3.10

Lelaki Idaman Malaya

petang tadi sedang aku jalan2 makan eskrim(aiskrim) aku terfikir nak buat entry ni...

LELAKI IDAMAN MALAYA...
tapi xkisah la idaman malaya ka boliwood ka holiwood ka, korang layan ja k...

ok agak-agak korang la kan lelaki yang macam mana korang rasa nak buat jadi suami????
ok aku dah taw:

laki tu mesti la ensem, baik, solat tak tinggal, kaya, berkerjaya....
kira cun la tu...nak2 pulak mak bapak dia sporting nak mampos!!mintak je hantaran berapa ribu sanggup keluar demi anak tercinta...(ok laki mcm ni jgn terima sebab nampak sgt makan harta mak ayah lg)

aku xmaw cita pasal nak cari calon suami tapi nak cita pasal perwatakan lelaki yang perempuan suka tengok...
berdasarkan dari pemerhatian dan kajian aku terhadap kawan-kawanku serta diriku sendiri,
pempuan ni dia punya taste kt laki tak jauh beza sangat, cuma kalau bab hensem,macho tu tak yah cita la sebab benda tu subjektif..
kadang-kadang muka macam orang pecah rumah pon boleh kata hensem kan..

ok dah!!!!!
first skali pempuan ni suka tengok lelaki yang bersukan...
tak kisah la main bola ka hoki ka futsal ka..
yang penting bersukan...
kadang-kadang tengok laki tu berpeluh pon jadi tarikan...ok aku tipu..
teorinya senang ja...pempuan ni suka laki yang badan fit (bukan ramping ok) kira kalau nak pelok tu mmg best la...mana ada pempuan yang suka tengok badan laki yang lembik, kena jentik getah sikit dah nangis ohhh sangat la nyah...

kedua:
tengok lelaki jalan @ merempit naik motor pegi masjid...
part ni selalu best tengok masa hari Jumaat, masa tu berpusu2 kaum adam nak pegi solat jumaat...
sejuk mata memandang, haa pas tu akan terkeluar ayat ni
"boleh buat calon suami ni"

walaupon solat 5 waktu dia belum tentu lagi penoh...teeeeeeeetttttttttt


ketiga:
andai kata sorang gadis ni gi jalan2 naik keta dan tiba2 tayar keta pulak pancit...
ok dah nama pon pempuan abis kuat dia akan maki diri sendiri sebab tak reti ganti tayar..
kalau ada mamat yang berhenti tolong tukar tayar tu...ahhhh nice!!!
baik hati betol mamat ni...
ish xdak motif!!

keempat:
lelaki yang pandai main gitar...
jeng3 ini tak pasti sgt tapi ada la member2 aku yang suka laki pandai main gitar..
alasannya....nanti kalau kapel boleh dia mainkan lagu tak pon buat lagu edisi khas untuk si awek..
contoh tajuk lagu....
"aku sayang AYUE sorang"
ohhh sangat sweet...haha

 ok dah la...nanti aku buat survey lagi mana taw kot ada yang suka mamat pakai sepender kt luar ka?????ishhh betol ni tak tipu sebab aku suka superman...
p/s: gitar dan sepender superman tidak dapat dipisahkan


17.3.10

semua nak dibenci, apa nak jadi!!!


xpaham betoi aku dengan orang sekarang nih...
asyik2 nak benci orang..
ya aku paham, aku pon ada perasaan benci tu..

aku akui kadang2 kita akan rasa macam nak sepak terajang ja muka orang yang kita benci tu..
tapi relex la der...kita kena sabar kalau tak, tak dak nya kata2 yang macam ni :

"sabar itu separuh daripada iman"

tengok korang nampak tak perwatakan aku ni seorang yang berfikiran positif...
 

haahhhh wadafak aku tak sepositif yang disangka ok..
kalau tak masakan keta lecterur aku kena calar dengan kunci bilik..
tayar keta mereka aku pancitkan dan setiap petang aku akan menunggu masa untuk calitkan tahi kucing juga ke kereta mereka...aaahhh nice!!
tapi ini semua adalah angan-angan ku semata-mata
aku tak sebodoh itu dan aku tak sehina ini..
haha
daripada korang jadi FAN pada benda yang tak berfaedah tu baik korang jadi fan LINK ni..

haaa amacam ok tak???nampak sangat tak macam promote diri???
wakaka what ever!!!

15.3.10

pertemuan dan perpisahan

terharu, sedih, gembira, penat semua menjadi satu...
seronokkan bila org yg kita sayang berada dekat dgn kita...
tapi rasa sedih bila dia akan tinggalkan kita...
itulah lumrah dunia...
setiap pertemuan pasti ada perpisahan...
terima kasih kepada beliau..

entry hari ni jiwang sikit sbb baru lepas dating dan melepaskan rindu...
alaaahh aku bukan pernah post entry jiwang2 ni tapi hari ni jiwa kacau sikit..
ok DALAM HATI ADA TAMAN...

dah ayue sila tamatkan entry nih sebelom orang mencarot meluat bila baca..sekian

7.3.10

belajar tinggi-tinggi akhirnya kedapur jugak..

bila time cuti sekolah je kita mesti balik kampung kan, pas tu akan stay rumah nenek tolong buat keja apa yang patut.. masa tu sangat best, tapi yang tak bestnya kena dengar datuk aku mencarot membebel..hahh azab!!!
tahan ja la telinga dengar dia bukak khutbah, nak buat macam mana kan... orang tua memang macam tu..

lepas tu kita akan dengar makcik2 tengah menyembang dekat dapur sambil  kutuk orang, nak sedap lagi ada sireh pinang...
 sireh dan tepak sireh(betol kot eja 'tepak' tu..=p

kalau geng pakcik2 depa akan bukak port depan rumah pas tu sembang pasal hal politik tak pon hal semasa, nak sedap lagi ada kopi O panas atas meja..perrghhh masyukk...

 lagi pekat lagi kaw..

ok korang nampak tak pro dan kontra nya kat situ...
tak pe kalau tak nampak sebab aku bukan nak cita pasal benda tu pon..
aku just nak cakap betapa lelaki dan perempuan ni berbeza...

ya seperti yang kita tau orang tua-tua akan kata macam ni kat anak dara cute macam aku..
"hang belajaq tinggi-tinggi pon nanti ke dapoq jugak keja hang"
teeeeettttttt
sikit pon aku tak nafikan, betol apa yang mereka cakap tu... ye la tak kan lelaki nak ke dapoq sedangkan halia dengan kunyit pon diorang tak tau nak bezakan..ceh benda senang ja pon..

 nah sebesar-besar alam aku bubuh gambaq
(kunyit kaler nak oren merah2 sikit)

halia kaler putih kuning..pas tu bau dia lagi best la..

zaman sekarang ni apa yang lelaki buat semua perempuan nak buat..
betol tak...
dan selalunya perempuan pasti berjaya jugak buat benda tu...(kaum adam harap bersabar)

TETAPI...(wah besarnya) ada ja benda yang pempuan tak pernah buat lagi..
contohnya: 
                      - aku tak pernah lagi tengok perempuan jadi buruh kasar kat tempat pembinaan
                      - aku tak pernah lagi tengok perempuan jadi nelayan
                      - aku tak pernah lagi tengok perempuan hasilkan sperma..teeeeeeeetttt agak lucah disitu
                      - aku tak pernah lagi tengok perempuan jadi imam kalau ada lelaki

kira banyak la lagi yang tak pernah..
kalau perempuan yang tak pernah basuh pinggan, lipat baju, masak nasik(tak pon abis cikai masak air la), kemas rumah..hhhaaaa tu memang nak kena maki la...
belajar tinggi-tinggi lepas tu bajet orang nak buat semua keja rumah kt hang..pale ot lu...

kalau hang belajar tinggi mana sekali pon hang kena la blajaq semua keja rumah tu...
tak kan dah kawin nanti hang nak suruh laki hang buat..
ataupon hang nak biar je rumah tu berselerak..
ha jenoh la..
cukup bulan dia kawin lain...
laki apa kesah depa simple ja...

perempuan ni kalau pandai buat keja rumah, sopan satun (bukan kategori aku), bijak, solehah, pandai layan suami(ni paling penting)...
dah cukup buat suami sayang tapi kalau setakat bebekalkan muka cantik, badan solid molid macam megan fox, lepas tu CINTA semata-mata...hmmmmmm itu semua hidangan mata ja...
tak boleh nak kenyangkan perot pon...
wow!!sexy back

eeehhh aku ni asyik nak lebihkan laki ni pehal, lu tu laki ka...
ok la ni aku berikan kelebihan wanita..
betapa istimewanya perempuan di mata ISLAM...

* Doa wanita lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayangnya lebih kuat daripada lelaki

* Apabila seseorang perempuan mengandung janin di rahimnya, maka malaikat beristighfar untuknya. Allah mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan daripadanya 1,000 kejahatan

* Apabila seseorang wanita mulai sakit untuk bersalin, Allah mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalanNya.

* Apabila seseorang wanita melahirkan anak, keluarlah dia daripada dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya

* Apabila lahir anak dan disusukan, maka setiap satu tegukan susunya diberi satu kebajikan

* Apabila semalaman seorang ibu tidak tidur kerana menjaga anaknya yang sakit, maka Allah memberikannya pahala sedekah seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah

* Barangsiapa menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yangs entiasa menangis kerana takutkan Allah dan orang yang takutkan Allah diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

* Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barang siapa menggembirakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail

* Wanita yang solehah itu lebih baik daripada 1,000 lelaki yang soleh

* Apabila memanggil akan engkau kedua ibu bapamu, maka jawablah panggilan ibumu dulu

* Syurga di bawah tapak kaki ibu

tengok...ha yang ni laki memang tak boleh nak tandingi..=p

boyfriend