7.3.10

belajar tinggi-tinggi akhirnya kedapur jugak..

bila time cuti sekolah je kita mesti balik kampung kan, pas tu akan stay rumah nenek tolong buat keja apa yang patut.. masa tu sangat best, tapi yang tak bestnya kena dengar datuk aku mencarot membebel..hahh azab!!!
tahan ja la telinga dengar dia bukak khutbah, nak buat macam mana kan... orang tua memang macam tu..

lepas tu kita akan dengar makcik2 tengah menyembang dekat dapur sambil  kutuk orang, nak sedap lagi ada sireh pinang...
 sireh dan tepak sireh(betol kot eja 'tepak' tu..=p

kalau geng pakcik2 depa akan bukak port depan rumah pas tu sembang pasal hal politik tak pon hal semasa, nak sedap lagi ada kopi O panas atas meja..perrghhh masyukk...

 lagi pekat lagi kaw..

ok korang nampak tak pro dan kontra nya kat situ...
tak pe kalau tak nampak sebab aku bukan nak cita pasal benda tu pon..
aku just nak cakap betapa lelaki dan perempuan ni berbeza...

ya seperti yang kita tau orang tua-tua akan kata macam ni kat anak dara cute macam aku..
"hang belajaq tinggi-tinggi pon nanti ke dapoq jugak keja hang"
teeeeettttttt
sikit pon aku tak nafikan, betol apa yang mereka cakap tu... ye la tak kan lelaki nak ke dapoq sedangkan halia dengan kunyit pon diorang tak tau nak bezakan..ceh benda senang ja pon..

 nah sebesar-besar alam aku bubuh gambaq
(kunyit kaler nak oren merah2 sikit)

halia kaler putih kuning..pas tu bau dia lagi best la..

zaman sekarang ni apa yang lelaki buat semua perempuan nak buat..
betol tak...
dan selalunya perempuan pasti berjaya jugak buat benda tu...(kaum adam harap bersabar)

TETAPI...(wah besarnya) ada ja benda yang pempuan tak pernah buat lagi..
contohnya: 
                      - aku tak pernah lagi tengok perempuan jadi buruh kasar kat tempat pembinaan
                      - aku tak pernah lagi tengok perempuan jadi nelayan
                      - aku tak pernah lagi tengok perempuan hasilkan sperma..teeeeeeeetttt agak lucah disitu
                      - aku tak pernah lagi tengok perempuan jadi imam kalau ada lelaki

kira banyak la lagi yang tak pernah..
kalau perempuan yang tak pernah basuh pinggan, lipat baju, masak nasik(tak pon abis cikai masak air la), kemas rumah..hhhaaaa tu memang nak kena maki la...
belajar tinggi-tinggi lepas tu bajet orang nak buat semua keja rumah kt hang..pale ot lu...

kalau hang belajar tinggi mana sekali pon hang kena la blajaq semua keja rumah tu...
tak kan dah kawin nanti hang nak suruh laki hang buat..
ataupon hang nak biar je rumah tu berselerak..
ha jenoh la..
cukup bulan dia kawin lain...
laki apa kesah depa simple ja...

perempuan ni kalau pandai buat keja rumah, sopan satun (bukan kategori aku), bijak, solehah, pandai layan suami(ni paling penting)...
dah cukup buat suami sayang tapi kalau setakat bebekalkan muka cantik, badan solid molid macam megan fox, lepas tu CINTA semata-mata...hmmmmmm itu semua hidangan mata ja...
tak boleh nak kenyangkan perot pon...
wow!!sexy back

eeehhh aku ni asyik nak lebihkan laki ni pehal, lu tu laki ka...
ok la ni aku berikan kelebihan wanita..
betapa istimewanya perempuan di mata ISLAM...

* Doa wanita lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayangnya lebih kuat daripada lelaki

* Apabila seseorang perempuan mengandung janin di rahimnya, maka malaikat beristighfar untuknya. Allah mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan daripadanya 1,000 kejahatan

* Apabila seseorang wanita mulai sakit untuk bersalin, Allah mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalanNya.

* Apabila seseorang wanita melahirkan anak, keluarlah dia daripada dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya

* Apabila lahir anak dan disusukan, maka setiap satu tegukan susunya diberi satu kebajikan

* Apabila semalaman seorang ibu tidak tidur kerana menjaga anaknya yang sakit, maka Allah memberikannya pahala sedekah seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah

* Barangsiapa menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yangs entiasa menangis kerana takutkan Allah dan orang yang takutkan Allah diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

* Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barang siapa menggembirakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail

* Wanita yang solehah itu lebih baik daripada 1,000 lelaki yang soleh

* Apabila memanggil akan engkau kedua ibu bapamu, maka jawablah panggilan ibumu dulu

* Syurga di bawah tapak kaki ibu

tengok...ha yang ni laki memang tak boleh nak tandingi..=p

4 comments:

nursarah said...

ilmu 'kedapuran' lagi berharga. lagi2 zaman skang ni, makan kat kedai mahal!

ilmu 'pengurusan rumahtangga' lagi berharga. nak pakai orang gaji indon pun depa demand harga. nak 800 sebulan. adoii..!

nadiah fatihah said...

eh da cm zack da...panjang benor...patotla ko ckp psl ni smlm...hmmm

AyuE said...

nursarah : betol kalau xtaw nak urus hal rumah tangga mmg habis laaaa...

nadiah fatihah: zack??????perghhh mana boleh lawan otai blog tu..

zulaikha said...

pompuan dan dapur mmg xdapat dipisahkan..hoho..

"hang belajaq tinggi-tinggi pon nanti ke dapoq jugak keja hang"
-btol tu.. =|

boyfriend