9.4.10

bola sepak itu bulat

        Menjelang piala FA esok, tangan aku gatal-gatal nak tulis entry hari ni. Ya la dah aku punya negeri masok final mestilah teruja, walaupon aku berada di Johor, lahir kat Kuala Lumpur, bapak aku orang Perak, mak aku orang Kedah dan rumah aku kat Pulau Pinang (wahh satu Malaysia) tapi jiwa KEDAH masih lagi berada dalam hati aku. Mungkin bila aku berada di Johor bahasa aku pon murtad sekali tapi aku masih lagi mengamalkan adat-adat orang Kedah(erkkk???????)ahhh abaikan. Esok, bola sepak KEDAH lawan NEGERI SEMBILAN..go Hijau Kuning aku sokong dari meja study ku, “hobin jang hobin”(betul ka tah depa punya cogan kata ni,haha sori aku tak pandai cakap negori)..

tolong la bagi Kedah menang, cukup-cukup lah Man U dah kalah dua kali kat tempat sendiri(damn!!). Penat aku berperang dengan boyfriend aku yang tersangat lah benci MU kerana beliau peminat Arsenal. Caish.. nak ja aku sokong Chelsea tapi atas semangat kesetiaan yang ditunjukkan oleh lecterur aku Prof. Ghazali terhadap Liverpool yang confem-confem jatuh ranking(haha padan muka) aku tetapkan jugak hati aku kepada MU. 

      Ehhh apa ni sembang pasal EPL plak, berbalik kepada tajuk asal, Kedah boleh menang ka????pemain Kedah ada sapa ja???dah la aku tak boleh pegi stadium bukit jalil tu…adoiaaiii mesti depa tak dak semangat nak main, kalau aku pegi bertambah lah sorang lagi penyokong dimana aku akan menyumbang kan suara aku yang lunak ini dan berkata “ GOLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLL” ataupon “WOIII HANG NAK BAGI BOLA TU KAT SAPA?” ataupon “BAGI AKU MAIN LA WEH aku LAgi TERER Kot”…ahhh biasa la tu kalau perempuan tengok bola mesti banyak sound effect yang kedengaran.. 
        Walaubagaimana pon, kita kan satu Malaysia jangan nanti ada rusuhan pulak kat stadium tu, be professional ok!!! Peminat Kedah dan Negeri Sembilan jangan terlampau agresif sangat, menang kalah dah memang adat permainan, kalau pengadil tu tak adil itu urusan dia ngn Tuhan, jangan sampai ada pertumpahan darah berlaku,baling bom la baling kerusi la, ishh dah besaq-besaq ni buatlah perangai elok-elok sikit no..bola sepak Negara kita ni tak kan kemana kalau kita asyik dengan mentaliti lama…apa-apapon HIJAU KUNING negeriku, pulun KEDAH pulun!!!!!!!!

p/s: pening kepala aku nak pilih tajuk entry ni, Piala FA ka EPL ka Hijau Kuning ka ataupon Satu Malaysia…last-last tajuk ni gak jadi pujaan hati..merapu betoi..

7.4.10

kenapa diriku tak join contest???

Ingin meluahkan perasaan la kononnya ni, tapi aku taw mesti korang tak kisah punya. Aku suka berjalan-jalan ke blog orang, baca entry best2, petua2 dan satu lagi aku suka tengok  blog yang  selalu mengadakan contest. Aku rasa orang yang buat contest ni sangat la kreatif...huhu tapi masalahnya aku tak pernah pon nak join contest2 ni...sebabnya:

1) aku tak cukup masa nak berkreatif.

2) aku tak pandai nak kelentong apa kt blog(contest) ni.

3) aku berasa rendah diri(ayat nak poyo).

4) aku tak yakin aku boleh menang, sebab aku tak pernah dapat cabutan bertuah.

5) selalunya orang yang buat contest ni akan suruh letak banner di blog kita, dan masalah terbesar aku adalah aku ni buta IT. tengok je la blog aku ni mana ada gambar bunga2 ataupon corak2, setengah orang tu boleh buat macam bunga sakura jatuh2 lagi(korang paham ke ni?)..so bila orang suruh letak benda alah tu aku dah blur dah tak taw nak letak kat mana...

Bila perkara-perkara diatas ni menyelubungi hidup aku. Aku jadi malas nak join contest, bukannya aku tak dak hati nak join tapi aku rasa satu hari nanti bila aku dah berjaya mempelajari seni-seni blogging ni aku akan join contest yang blogger lain buat dan seterusnya di nobatkan sebagai BLOGGER PALING KREATIF...biarlah masa yang menentukan..ahakkkksss k sekian merapu.. 

petua jaga pemakanan...

ok kata xmaw update blog tapi tetap nak update, bila aku jengah2 kat blog orang tadi aku terbaca pasal petua ni...jom kita review balik...

Jangan makan SUSU + DAGING

Jangan makan DAGING + IKAN

Jangan makan IKAN + SUSU

Jangan makan AYAM + SUSU

Jangan makan IKAN + TELUR

Jangan makan IKAN + DAUN SALAD

Jangan makan SUSU + CUKA

Jangan makan BUAH + SUSU CTH :- KOKTEL

JANGAN MAKAN BUAH SELEPAS MAKAN NASI , SEBALIKNYA MAKAN BUAH TERLEBIH
DAHULU, BARU MAKAN NASI.

TIDUR 1 JAM SELEPAS MAKAN TENGAHARI.

JANGAN SESEKALI TINGGAL MAKAN MALAM . SESIAPA YG TINGGAL MAKAN MALAM
DIA AKAN DIMAKAN USIA DAN KOLESTEROL DALAM BADAN AKAN BERGANDA.



kesimpulannya aku kena gi cafe ni sebab aku tak makan malam lagi..musnahlah sudah diet aku hari ni...sekian
credit to amrulady.blogspot.com

3.4.10

Doa SEorang Ibu

sedih+pilu...

merembes air mata aku tengok cita DUNIA BATINKU..
cerekarama TV3..sumpah sedih..aku rasa dari mula sampai abis air mata aku keluar xhenti2..

teringat kat mak aku...
mak ayu janji akan buat yang terbaik...
ayu sayang mak sangat..


 nanti balik ayu bawak mak pi jalan2 k...muaaahhh i miss u...=)

"dan apabila tertutup sudah mata ibumu,
maka hilanglah satu lagi keberkatan di sisi ALLAH..
Doa seorang ibu"

boyfriend