9.4.10

bola sepak itu bulat

        Menjelang piala FA esok, tangan aku gatal-gatal nak tulis entry hari ni. Ya la dah aku punya negeri masok final mestilah teruja, walaupon aku berada di Johor, lahir kat Kuala Lumpur, bapak aku orang Perak, mak aku orang Kedah dan rumah aku kat Pulau Pinang (wahh satu Malaysia) tapi jiwa KEDAH masih lagi berada dalam hati aku. Mungkin bila aku berada di Johor bahasa aku pon murtad sekali tapi aku masih lagi mengamalkan adat-adat orang Kedah(erkkk???????)ahhh abaikan. Esok, bola sepak KEDAH lawan NEGERI SEMBILAN..go Hijau Kuning aku sokong dari meja study ku, “hobin jang hobin”(betul ka tah depa punya cogan kata ni,haha sori aku tak pandai cakap negori)..

tolong la bagi Kedah menang, cukup-cukup lah Man U dah kalah dua kali kat tempat sendiri(damn!!). Penat aku berperang dengan boyfriend aku yang tersangat lah benci MU kerana beliau peminat Arsenal. Caish.. nak ja aku sokong Chelsea tapi atas semangat kesetiaan yang ditunjukkan oleh lecterur aku Prof. Ghazali terhadap Liverpool yang confem-confem jatuh ranking(haha padan muka) aku tetapkan jugak hati aku kepada MU. 

      Ehhh apa ni sembang pasal EPL plak, berbalik kepada tajuk asal, Kedah boleh menang ka????pemain Kedah ada sapa ja???dah la aku tak boleh pegi stadium bukit jalil tu…adoiaaiii mesti depa tak dak semangat nak main, kalau aku pegi bertambah lah sorang lagi penyokong dimana aku akan menyumbang kan suara aku yang lunak ini dan berkata “ GOLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLL” ataupon “WOIII HANG NAK BAGI BOLA TU KAT SAPA?” ataupon “BAGI AKU MAIN LA WEH aku LAgi TERER Kot”…ahhh biasa la tu kalau perempuan tengok bola mesti banyak sound effect yang kedengaran.. 
        Walaubagaimana pon, kita kan satu Malaysia jangan nanti ada rusuhan pulak kat stadium tu, be professional ok!!! Peminat Kedah dan Negeri Sembilan jangan terlampau agresif sangat, menang kalah dah memang adat permainan, kalau pengadil tu tak adil itu urusan dia ngn Tuhan, jangan sampai ada pertumpahan darah berlaku,baling bom la baling kerusi la, ishh dah besaq-besaq ni buatlah perangai elok-elok sikit no..bola sepak Negara kita ni tak kan kemana kalau kita asyik dengan mentaliti lama…apa-apapon HIJAU KUNING negeriku, pulun KEDAH pulun!!!!!!!!

p/s: pening kepala aku nak pilih tajuk entry ni, Piala FA ka EPL ka Hijau Kuning ka ataupon Satu Malaysia…last-last tajuk ni gak jadi pujaan hati..merapu betoi..

7 comments:

CIKGU NAMAN said...

chekgu suami isteri Man U! hoho

Nurul Ayu said...

wahhh sama la kita..hehe hidup red devil..

Hasrol Nizam said...

aku sokong kedah, pasai perak tak masuk final!

nadiah fatihah said...

ade pulak bola leper ye ayue??

man U!! man U!!

Nurul Ayu said...

hasrol: yeahhh hidup kedah....pulun kedah pulun...

nadey: ada la bola ragbi kan pipih...

tuan director said...

layan EPL la best :)

halimatul aznan said...

kedah dah kalah pown ayue, tp xpa...kalah dgn penalti ja...

boyfriend