kalau korang-korang perasan aku tak berapa nak online dalam 2 minggu ni. tu pon kalau korang perasan la aku tak update belog pasal kisah cinta antara benua aku, tak update status pasal selipar jamban aku putus atau hari ni masak lauk apa kat facebook. Hanya 2 golongan manusia saja yang akan perasan iaitu orang yang memang menyampah habis kat aku ataupun orang yang sayang gila kat aku. oke masing-masing nak cakap sayang kat aku la kan. takpe aku dah tahu.
Hakikatnya 4 5 hari tak online kira oke lagi tapi kalau sampai hari ke-6, aku mula tahu eja BOSAN ataupon nak lagi penjajah eja BORING. duduk rumah kalau ada syifa dengan syafiq (anak-anak sedara) boleh jugak nak ajak bertumbuk. ini mereka kena duduk dekat rumah pengasuh, takkan aku mahu ikut sama? macam pelik pulak kan. lepas tu diorang balik sampai rumah dah malam, mengantuk nak tido sebab penat main, aku kat rumah ni tertunggu-tunggu nak ajak bergaduh habis kuat pon syifa akan mintak "basyu,basyu nak syusyu" translation "maksu,maksu nak susu" maksudnya nak suruh aku buatkan susu untuk dia la. aku mana ada susu lagi nak bagi . grrrr dah diorang tido aku nak bergaduh dengan sapa??
Line streamix pon boleh tahan biadapnya, pasang hari jumaat hari rabu baru boleh online itu pon jenuh merayu-rayu dekat abang operator yang bersuara hensem tu ahh aku bukan tahu pon jantina nya sebab abang aku yang cakap. aku hanya menyumpah seranah dalam hati sebab line lembab sangat nak masok. nasib masok hari rabu taw kalau idak seminggu lagi baru boleh online. heii
Aku bukan apa kalau kurang-kurang tak boleh online at least ada astro (siaran general) pon jadi la. ini aku dok mengadap tv3 ja la tiap-tiap hari, tengok cerita indon tiap-tiap petang sampai muntah. sekali kalau nak ubah siaran kena edjas-edjas areal tu. korang paham tak kalau edjas areal bagi nampak hidung dengan mulut pelakon tu tak herot ada la dalam sejam bermakna cerita tu dah habis. apa jadahnya aku nak edjas lagi. perghh semua tu nak bagi aku marah tau.
Streamyx takdak,astro takdak,anak sedara macam chipsmore sekejap ada sekejap takdak, ni encik buncit pon boleh lesap tetiba haii aku dah la tengah boring, dia pulak sibuk dengan tugas-tugas untuk mengumpul duit kawin. sabor je la aku. siang keja sampai ke maghrib lepas tu main futsal sampai tetengah malam. ha elok la. kalau aku tertido hantar mesej kemain lagi kan? "dah tidoq ka?" lepas tu diammmmmmmm sampai ke pagi kan. dulu sebelum
geli-geli couple kemain lagi mesej good night muuaaah muuaaahhh sekarang haram sepatah pon tarak. tu belom kawin dah kawin nanti?? haa U jawab la sendiri I tak nak jawab....
Sudahnya aku khatam balik novel-novel
motivasi yang aku beli dulu. dah baca pat lima nam kali pon dok menangis meraung lagi. ye la aku nangis baca novel-novel tu. amik feeling baca novel sorang-sorang sebab nak hilangkan bosan. ok pe. dem