11.10.11

quick update (my first day)

Ok semalam first day kat tempat kerja baru dan jugak kat hostel baru..weeeeee ok la orang company peramah, makan sedap dan yang paling penting dah dapat kawan baru. haha 25 orang yang join training ni hanya 6 orang ja perempuan. =.= nice betol. nasib iman aku masih kuat kalau nak cuci mata ja mesti terbayang perut encik buncit. gila kau itu kan lambang kasih sayang. so terus tak jadi nak usha trainee laki yang lain. *sigh

Dah tu semalam jugak aku jumpa bos department aku. ok dia jugak yang interview aku aritu kebetulan gamaknya. dia ada cerita sikit pasal apa yang bakal kami buat kat department tu. satu patah pon aku tak paham. O_o yang aku tau maybe aku kena attach kat bahagian process. so i will meet u again process control!!

lepas tu aku jumpa lagi the big-big bos, orang korea dowh nasib dia sepiking english kalau dia sepiking korea tak ke mati aku nak menggagau layan k-pop pulak lepas ni. apa-apa pon bos-bos aku ni nampak baik ja boleh la kot takat nak belanja makan kenny rogers ke nandos ke. apasal kepala otak aku pikir pasal makan ja ni!!

Then pasal hostel aku plak. Best ohh sini!!Hostel aku berhadapan dengan gunung, view memang terbaik ahh siap ada sawah padi lagi. Lepas dengar bunyik burung-burung berkicauan, unggas berterbangan.  Aku nak snap pic pon henfon cabuk ja. korang bayangkan je la ehh.

Tapi kan tapi kan sini takdak sunway karnival mall takdak kfc takdak mekdi takdak secret recipe takdak panggung wayang yang terdekat..waaaaaaaaaaaaaaaa nak cari kedai runcit pon kena jalan berapa ratus meter tah. abang yang incharge kitorang tu cakap sini pukul 10 malam pon dah macam pukul 3 pagi. lepas ni i akan jadi budak baik yang tak keluar malam, tiap-tiap hari tido pukul 10. bangun seawal pagi study sambil memandang ke arah gunung ganang bulit bukau dan sawah padi yang terbentang luas...

Ok la tu moga-moga 4 flat lah aku dok sini.


p/s: sapa-sapa dok area perlis ni tak mau bawak aku pi jalan-jalan ka?

8.10.11

Debaran hari esok-esok

Hari isnin ni bermula lah satu lagi episod baru dalam hidup aku. tempat baru,kawan baru,life baru,berus gigi baru, deodoran baru. pendek kata semuanya baru la. Aku ni sebenarnya sangat susah nak sesuaikan diri dengan tempat baru ni melainkan aku ada member sorang, sorang pon jadi la untuk aku buat lawak bangang ka, bising-bising ka dan aku akan senang nak berkawan dengan orang lain kalau aku dah ada seorang member disisi aku. aku ni pendiam sebenarnya (tidak perlu percaya),oleh itu untuk memulakan perkenalan dengan sesorang tu aku akan jadi kekok.

"Hai, nama saya ayue surihanyot, nama awak apa"

nampak tak perkataan "saya" tu, bila dua tiga bulan kawan aku ingat balik ayat perkenalan aku mesti diorang bantai gelak punya, rasa nak terajang pon ada. dari matrik sampai ke universiti aku dah penah kena dah. bila aku terkenang balik pon aku rasa macam haram. =.=

Bukan tu ja kalau aku pindah rumah, pindah bili,ataupon berhijrah ke satu tempat yang aku tak pernah pegi. aku jadi tak boleh tidoq untuk satu malam. satu malam je la aku tak boleh tidoq lepas tu berkeroh macam biasa jugak. haha

So hopefully aku tak berdebar-debar la hari isnin ni. haishhh takot ahh!!

Semalam company tu ada email pic hostel yang akan aku duduk sepanjang aku training teori 3 bulan ni. Ok fine aku kena study macam undergrad jugak aku rasa. aku akan study dengan rakan-rakan sekerja yang lain dekat Unimap. hai unimap I tak pernah pergi situ, harap U suka I nanti. #justsaying


Tempat beradu kaler biru mungkin untuk lelaki ,kaler kuning mungkin untuk perempuan






tempat prep malam-malam

Katil doubledecker tu serius rasa macam budak asrama sekolah menengah kan.gila kenangan. zaman hingusan dulu mesti berebut nak duduk katil bawah sebab bila balik sekolah for sure la letih gila bab, muka dah macam belacan, badan penat konon belajar untuk dapat 11A one, so boleh la kau terus terjun tirok. kalau katil atas kan ke leceh kena panjat-panjat. nak-nak pulak badan gajah macam aku konfem beb konfem bergegar katil orang bawah. =.=

hmmm tempat prep tu pulak agak terdedah ye. Aku tengah terpikir ni macam mana aku nak tulis blog??aku perlukan privasi kalau nak tulis blog, ni kalau orang lalu belakang aku tak ke macam.


"Ehh..kau ada blog ehh?"

"Ehh..kau ayue surihanyot ehh??"

"Ehh..apasal blog kau macam celake ehh??"


Dan pelbagai jenis ehh lagi yang boleh di tafsirkan. tu belom masuk part nak mintak sign otograf lagi. gila kau kalau 24 orang trainee tu kenal aku lepas tu yang 24 trainee tu bagitau kat semua kawan-kawan diorang dan kawan-kawan diorang plak bagitau lagi kat kawan-kawan-kawan diorang yang lain tak ke macam banyak aku kena sign kat baju nanti. perghh tu pon kalau diorang bagi baju kalau diorang bagi dada macam mana???*fengsan

Baiklah tampar muka sekarang. Kemain lagi aku nak riak, padahal orang tak amik pedulik pon pasal aku *sigh.

Tak kisahlah takdak privacy pon janji ada meja study baru best. Bersyukur jugaklah dia bagi hostel, dari aku kena cari rumah sewa kat perlis nuu jadi satu masalah pulak. terima kasih kepada yang berkenaan.:)




Nanti mesti aku busy kan so update belog pon mesti jarang-jarang. sekarang nak berblogging pon dah rasa malas padahal banyak ja benda aku nak cerita dalam blog ni. aku rasa time jadi student ja kot best update blog sebab nak hilangkan tension study (kononnyalah) nanti bila aku dah kerja kalau aku update blog tu tandanya aku tension lah tu..haha

Macam mana la situasi aku bekerja nanti, tension ke,best ke,cuak ke. ni aku kena training setahun tau. persaingan ramai pulak tu. memanglah kena perform habis-habisan. dah tak boleh study main-main macam undergrad dulu dah. dah tak boleh nak ponteng kelas lepas tu suruh member ajarkan balik dah, dah tak boleh nak buat bengap-bengap ubi tak paham tu tak paham ni tak ingat tu tak ingat ni. semua atas usaha sendiri untuk perform nanti. Dunia main-main dah tamat, sekarang dunia penuh dengan tanggungjawab, dunia penuh persaingan sekali kau alpa selamanya kau menderita.

Selamat menempuh alam baru wahai ayue. Tabahlah menghadapi caci maki bos nanti. Good Luck for my self! InsyaAllah you can do it.



Ya aku tau la macam tah apa-apa ja dok motivate diri kat sini. hahahaha

4.10.11

ConvOcation Day

Konvo aku hari sabtu minggu lepas. ‎kemain busy lagi baru hari ni nak update pasal konvo. aku rasa ni konvo paling bermakna buat aku. (ceh ada ka konvo yang tak bermakna?). ok aku tak mau bunyik cuma nak share gambaq, nak cari photographer sikit punya susah tau!mahal pulak satu hal! kemain lagi aku contact sana sini last sekali member sekolah aku jugak yang aku tibai. thanks Amir Amni dan Jasmadi Shah sebab sudi melayan kerenah aku dengan member-member aku yang bising ni. haha


ni masa pre-convocation. aku hire sorang ja photographer sekali datang sampai 3 orang. 





welcome to my territory 



uuu cak! muka riang ria ribena

preparing for photoshoot



jahanam tudung aku!


 its our graduation day!!!!

 berebut suami..

 medal cukup-cukup makan

photographer tak bertauliah, gaya ja lebih

masjid sultan ismail. 
boleh kira la berapa kali aku singgah masjid ni selama 4 tahun



alolohhhh

baling topi adalah perkara wajib bila konvo jadi ayuh baling topi!


ayuh lompat pulak. hoi jangan terajang aku!!

apakejadah aku ja yang pegang senget tu. senget betol la aku ni

 fakulti yang old school
 pondok pak guard yang super awesome!
babai guard yg hensem dan tinggi!

ok this is my super best friend forever
Iklan coca-cola






Convocation day!!!


kelam kabut gila, cari encik buncit tak jumpa la apa la berpeluh-peluh habih. fuuuuuu


with mommy

haipp cepat salam mak mertua!!



huuuuuu berani nampak dok sebelah abang.heheh

bunga sebelum layu


 
bunga selepas layu.


Gambar sangaaaaaaaaaaaaaaaaaatttt banyak, tapi larat la nak upload semua. upload sekadar ingatan di blog saja. kenangan masa undergrade ni akan tersemat utuh dalam hati. susah senang menempuh alam study ni orang kata agak berbaloi bila tiba hari convocation. itu belom part naik pentas. perghh debar dia lain macam, Alhamdulillah 4 tahun menempuh badai hanya 4 minit di atas pentas tapi selamanya kenangan itu terpahat. Thank you Allah.

24 September 2011

boyfriend