Hari isnin ni bermula lah satu lagi episod baru dalam hidup aku. tempat baru,kawan baru,life baru,berus gigi baru, deodoran baru. pendek kata semuanya baru la. Aku ni sebenarnya sangat susah nak sesuaikan diri dengan tempat baru ni melainkan aku ada member sorang, sorang pon jadi la untuk aku buat lawak bangang ka, bising-bising ka dan aku akan senang nak berkawan dengan orang lain kalau aku dah ada seorang member disisi aku. aku ni pendiam sebenarnya (tidak perlu percaya),oleh itu untuk memulakan perkenalan dengan sesorang tu aku akan jadi kekok.
"Hai, nama saya ayue surihanyot, nama awak apa"
nampak tak perkataan "saya" tu, bila dua tiga bulan kawan aku ingat balik ayat perkenalan aku mesti diorang bantai gelak punya, rasa nak terajang pon ada. dari matrik sampai ke universiti aku dah penah kena dah. bila aku terkenang balik pon aku rasa macam haram. =.=
Bukan tu ja kalau aku pindah rumah, pindah bili,ataupon berhijrah ke satu tempat yang aku tak pernah pegi. aku jadi tak boleh tidoq untuk satu malam. satu malam je la aku tak boleh tidoq lepas tu berkeroh macam biasa jugak. haha
So hopefully aku tak berdebar-debar la hari isnin ni. haishhh takot ahh!!
Semalam company tu ada email pic hostel yang akan aku duduk sepanjang aku training teori 3 bulan ni. Ok fine aku kena study macam undergrad jugak aku rasa. aku akan study dengan rakan-rakan sekerja yang lain dekat Unimap. hai unimap I tak pernah pergi situ, harap U suka I nanti. #justsaying
Tempat beradu kaler biru mungkin untuk lelaki ,kaler kuning mungkin untuk perempuan
tempat prep malam-malam
Katil doubledecker tu serius rasa macam budak asrama sekolah menengah kan.gila kenangan. zaman hingusan dulu mesti berebut nak duduk katil bawah sebab bila balik sekolah for sure la letih gila bab, muka dah macam belacan, badan penat konon belajar untuk dapat 11A one, so boleh la kau terus terjun tirok. kalau katil atas kan ke leceh kena panjat-panjat. nak-nak pulak badan gajah macam aku konfem beb konfem bergegar katil orang bawah. =.=
hmmm tempat prep tu pulak agak terdedah ye. Aku tengah terpikir ni macam mana aku nak tulis blog??aku perlukan privasi kalau nak tulis blog, ni kalau orang lalu belakang aku tak ke macam.
"Ehh..kau ada blog ehh?"
"Ehh..kau ayue surihanyot ehh??"
"Ehh..apasal blog kau macam celake ehh??"
Dan pelbagai jenis ehh lagi yang boleh di tafsirkan. tu belom masuk part nak mintak sign otograf lagi. gila kau kalau 24 orang trainee tu kenal aku lepas tu yang 24 trainee tu bagitau kat semua kawan-kawan diorang dan kawan-kawan diorang plak bagitau lagi kat kawan-kawan-kawan diorang yang lain tak ke macam banyak aku kena sign kat baju nanti. perghh tu pon kalau diorang bagi baju kalau diorang bagi dada macam mana???*fengsan
Baiklah tampar muka sekarang. Kemain lagi aku nak riak, padahal orang tak amik pedulik pon pasal aku *sigh.
Tak kisahlah takdak privacy pon janji ada meja study baru best. Bersyukur jugaklah dia bagi hostel, dari aku
kena cari rumah sewa kat perlis nuu jadi satu masalah pulak. terima kasih
kepada yang berkenaan.:)
Nanti mesti aku busy kan so update belog pon mesti jarang-jarang. sekarang nak berblogging pon dah rasa malas padahal banyak ja benda aku nak cerita dalam blog ni. aku rasa time jadi student ja kot best update blog sebab nak hilangkan tension study (kononnyalah) nanti bila aku dah kerja kalau aku update blog tu tandanya aku tension lah tu..haha
Macam mana la situasi aku bekerja nanti, tension ke,best ke,cuak ke. ni aku kena training setahun tau. persaingan ramai pulak tu. memanglah kena perform habis-habisan. dah tak boleh study main-main macam undergrad dulu dah. dah tak boleh nak ponteng kelas lepas tu suruh member ajarkan balik dah, dah tak boleh nak buat bengap-bengap ubi tak paham tu tak paham ni tak ingat tu tak ingat ni. semua atas usaha sendiri untuk perform nanti. Dunia main-main dah tamat, sekarang dunia penuh dengan tanggungjawab, dunia penuh persaingan sekali kau alpa selamanya kau menderita.
Selamat menempuh alam baru wahai ayue. Tabahlah menghadapi caci maki bos nanti. Good Luck for my self! InsyaAllah you can do it.
Ya aku tau la macam tah apa-apa ja dok motivate diri kat sini. hahahaha
8 comments:
dh dapat gheja dh?..hm..untung la badan..
hang dpt kerja ape ni weh kat unimap?pasaopa ada bg hostel ni?kena training lagi?kerja apa weh?
apa2 pun harap hang boleh la survive dok kat perlis nun..
Header baru... comel :)
Selamat menempuh alam yang segalanya baru... ^_^
perubahan perlu penyesuaian
katil double decker.. teringat time belajau ni
selamat menempuh kehidupan baru, kawn baru, keje baru, .
eh deodorant pakai cap ape?
katil tu kan kak ayue
mcm tak stabil ja
sbb lebih kurang mcm katil yg ca'ah dpt kt uitm neh
bunyi berkeriut-keriut
kalau naik bhgn atas,siap bergoncang
huhhuhu
biasanya kalu katil gitu, ada hantu nanti..kalu ko pilih katil bawah, hantu tu akan julurkan rambut dari atas, kalu ko pilih katil atas, hantu tu diri, muka dia bebetol tepat ke pandangan mata ko..
Post a Comment