6.8.11

Bersahur makan Ayam Nando's

Rasa nak update blog pulak pagi-pagi ni, ehem baru la rasa orang tau aku makan sahur ye dak? Tapi sahur aku tak semenggah mana la bila semalam kau tak masak nasik tetiba pagi ni kau bangun pukul 5.10 dan-dan tu la nak terkejut. mana sempat nak masak lauk pon, aku paling kurang mau la ayam masak kicap ke, kari sardin ke baru la A. kalau setakat telur goreng cicah kicap memang tak bangun sahur pon tak pe, aku rela sambung membuta atau telan air sejuk je. perghh demand tak demand la manusia bernama Ayue Robin ni.


Kalau ikutkan aku dah bangun je awal tadi tapi kepala dah set mind "Takpa satgi Ana bangun" sebab selalunya Ana yang akan bangun dulu, dia akan kejut yang lain-lain dan terus shoot ke dapur panaskan lauk bagai. memang dah macam mak-mak dah. Kalau kau kat rumah pon, kau nak bangun dulu ke kalau mak kau tak bangun lagi? haraaaaaaaammm la kau nak bangun dulu kan.


Aku tengok jam dah pukul 5.15 (ciri-ciri insan berjaya set jam awal 5 minit dari biasa) memikirkan esok aku cuti lepas tu ada pulak sorang budak rumah ni tak puasa. tak macam tengahari satgi dia buat nasi goreng tomyam la ayam goreng la. pergh tak menahan la aku, rasa nak putus kawan pon boleh kot bila baru nak cecah azan zohor kau dah bau makanan dia so aku decide meh le aku kejut si Ana ni. Masing-masing pegi dapur, aku bukak tudung saji dengan harapan lauk tiba-tiba ada disitu dimana kita sendiri tahu takkan adanya istilah lauk tiba-tiba ada dibawah tudung saji rumah sewa anak dara ni melainkan kau masak. Aku pandang Ana, Ana pandang aku. jadah nak makan apa ni? nak masak nasi memang tak sempat dah, aku dah capai jejari kentang mekdi semalam jadi santapan. Mata ana melilau lagi cari apa yang boleh dimakan. Lepas tu dia capai maggi sedap.

ya aku sahur makan megi mi sedap je hari ni. celah mana ayam nando's nya pompuan?


dalam mimpi tadi.....-_-"

16 comments:

TomYaM bAsi said...

saya yang lurus.. oo nando bukak 24 jam yer.. ker panas kan take away..
rupa nya tipah tertipu...

Shahada Fauzi said...

hahaha..megi sedap memang pun sedap weh..aku sahur makan roti jek 3 keping dgn air milo panas dan segelas air suam..udah..

Nurul Ayu said...

@TomYaM bAsi

bertuah la kalau aku sahur makan nando's weh...haha

Nurul Ayu said...

@♥CIK SHA♥

dah biasa makan nasik...huhu mengada kan aku..=p

Cik Caah said...

hahaha. sabo je la kak ayue. kang dh smpai tengah hari ada yg terlepet tak makan nasi. hahaha

MizMira said...

amboi..nandos bagai..anak mat salleh posa nie..hehe

wannurfazrini said...

hahah gituwww sekali mimpinya. kan best mmg betul2 ada depan mata. sedapppnyaaaa :D

miranasib said...

bongek ayu!
penat aku cari perkataan nandos!

Nurul Ayu said...

@Cik Ca'ah

aku bukak puasa hari ni best tau...

Nurul Ayu said...

@Cik Ca'ah

aku bukak puasa hari ni best tau...

Cik Caah said...

yaka? nando's ek? hahaha

[ - ] xtionkamen / ﺈﻴﻛﺸﻦ ﮐﺂﻤﻳﻦ said...

haha..tp gua kagum la bile lu boleh sambung tdo, pastu bgun balik..kl gua, smbung tdo balik, sedor2 da pkul 7...

Unknown said...

beli la megi perisa ayam nando's..

Unknown said...

adoi ak bajet btul2 nando's.. bru nk jeles tahap langit ke tujuh...
hakhakhak...

imam muda said...

Dalam sahur itu ada keberkatan.. hehe
dapat makan sedap lagi ok :D

Latifah said...

Nando's untuk bersahur??? wahhh dalam mimpi rupanya... ngeeee

sejak arwah Mak takde, memang la Latifah yang kena bangun dulu untuk siapkan hidangan sahur buat Abah :)

boyfriend