4.11.10

Happy Anniversary yang ke-5

Memang sudah lumrah bagi setiap gadis untuk bersifat sensitif. Tidak kurang jugak aku. Semalam aku jadi emo sekejap ehh bukan sekejap hampir satu malam jugak aku merajuk. Ini semua sebab encik buncit lupa anniversary kami yang ke-5. ehemm anniversary kaple je pong tapi like i said before its all about sensitivity. 

Wanita kan makhluk yang istimewa dicipta dari tulang yang bengkok makna kata wanita ni makhluk yang lemah lembut(ehem walaupon secara luarannya aku ni kasar),makhluk yang emosi dan juga wanita ni bersifat menghalusi so no wonder la seorang wanita ni akan ingat tarikh-tarikh yang dia rasa sesuatu yang indah bagi dia. nampak tak? so bila pasangan dia tak ingat tarikh yang dirasakan keramat itu mudah lah bagi seorang wanita ini untuk merajuk(emosi). same case like me. merajuk punya pasal aku tido awal semalam, lantak dia lah nak main bowling ke hape ke dengan member-member dia malas aku nak layan.

Sebelom tido tu aku sent mesej Selamat Ulangtahun kita yang ke-5. Lepas tu aku off henset,oke tak sampai lima minit aku on balik henset, still mengharap dia wish. Bila aku nak tido tu baru la sibok mesej-mesej arjuna ni masok. 

"Sayang pa minta maap sangat2..Selamat Ulangtahun sayang" oke reda sikit dia dah wish tapi i pon tahu ego jugak ahh malas layan sambung tido lagi baik.

bunyi lagu hey soul sister-tanda mesej kedua masuk.

"Syg ingat lg x waktu kita kenal dulu(kenal masa sekolah rendah tapi tak penah bercakap)..pa sebenaqnya malu nak ngorat ma tp sbb hati pa dh memang jatuh cinta ngn ma(sabar ye korang jangan muntah darah pulak), pa beranikan diri jgk dekat dgn ma (aku dulu garang taw)..pa risau jgk ma tolak pa tp demi ma yg pa suka pa usaha jgk..Alhamdulillah hasilnya sampai hari ni kita bersama...bla bla bla" ayat last tu stended orang bercinta la i lap u ketat2 bagai tapi lepas baca tu aku sambung mengeroh krohhh krohhh krohhh~

7 minit kemudian mesej masuk lagi..

"ma ingat x lg hari yg pa nk jumpa ma sbb pa baru lepas eksiden tu..seblom jumpa ma 2 pa dh berdebar takot ma dah tak suka pa tp ikhlasnya hati ma utk terima pa,ma tak kisah dgn rupa pa..pa rasa bertambah bahgia sbb dpt kekasih mcm ma..Tuhan saja yg taw betapa untungnya pa..bla bla bla..." aha aku ingat masa eksiden tu la yang gigi depan dia patah setengah(tu sebab encik buncit tangkap gambar tak penah senyum nampak gigi..kekekek), ada ka patut dia takut aku tinggal dia sebab dia dah takdak gigi aigoo logiklah sikit sayang oii. 

10 minit kemudian mesej masuk lagi..

mesej macam mengaibkan encik buncit jadi terpaksa ditapis..

ohh waktu mesej ni masuk aku dah tido mati dah jadah ape tengah tido nak baca mesej kan..

14 minit kemudian 1 lagi mesej masuk..

"Syg pa nak makan kueyteow sup ni (omakaihh berselera lagi nak makan kan) teringat zaman kita dok makan kt kedai pak chin dulu(kueyteow sup dia serius sedap)..pa kalau makan dgn kawan2 boleh ja habis tapi bila makan dengan ma mesti tak habis(eleh u yang kontrol depan i kan)..ma ni memang boleh buat pa kenyang la..pa suka bila ngn ma..ma tak gadoh nak kontrol-kontrol..sempoi ja" buat apa nak kontrol kalau kontrol aku gak yang lapaq ni perot aku ni sapa yang nak menjawab kalau dia merengek lapaq?akuuuu jugak. apa guna kalau depan pakwe makan tak abis tapi belakang pelahap nak mampos. biar dia taw kita ni pelahap awal-awal tak dak la dia menyesal kawin dengan kita ye dak?(ni pendapat aku, tak payah ikut sangat)

15 minit kemudian mesej terakhir masuk..

mesej minta maaf dari encik buncit, macam biasa aku masih terbongkang tidoq. 

Aku terjaga pukul 4.30 pagi, baca balik semua mesej-mesej encik buncit. Teringat balik zaman kami muda remaja dulu (sekarang pon masih remaja) zaman belom matang orang kata. selalu sangat bergaduh tak boleh salah sikit mesti nak merajuk. kadang-kadang sampai letih nak memujuk. 

Bila aku pikir-pikir balik buat apa la aku nak merajuk lebih-lebih, bukannya dia cari pempuan lain pon, bukannya dia tak ingat kat aku pon siap datang johor lagi semata nak jumpa dengan aku.cuma semalam dia nak enjoy hari last dengan member-member U dia. kalau aku marah dia la yang cool down kan aku balik, kalau aku ada masalah dia la orang pertama yang tolong aku, kalau aku sedih menangis dia la yang akan buat aku ketawa balik. tapi semalam aku jadi tacing sangat pulak. mengada-ngada kan aku ni?


hehe..awak..saya taw awak baca blog saya. maafkan saya kalau saya mengada sangat semalam sampai awak tak tido pikir macam mana nak pujuk saya. padahal saya tido buat tak taw ja.hehe sori ya.. Saya happy la  dengan awak, saya harap jodoh kita berpanjangan sehingga ke akhir hayat. sayang awak ketat-ketat. comolot sikit muuahhh *lempang

Happy Anniversary yang Ke-5

bila nak kawin ni?lagi 5 tahun?erkk~

ececehh sweet tak kami..hahaha 

3.11.10

Kadang-kadang kita boleh luahkan rasa hati ini

Dah nak abis-abis semester ni, wajiblah sekiranya ada event-event yang memupuk semangat setiakawan contohnya babique,dinner yang harus pakai baju liplapliplap dan jugak event-event sempoi seperti makan nasi ayam penyet bersama-sama dan berjogging dipetang hari. Cakap pasal jogging ni kan aku tengok macam trend pulak kat utm ni, asal study week je amboi mak aihh ramai bebeno jogging petang-petang kalau waktu kuliah adalah sejemput dua yang nampak dok mengsasakan badan tu. 

Mungkin mereka memegang cogankata hidup sihat otak cergas. Bila otak cergas boleh la dapat A dalam subjek LAB PROCESS CONTROL yang hanya SATU JAM KREDIT tu. Tu la kau ayu malas jogging kan, dah la gemok otak pulak lembab, tu kot sebab kau dapat A- dalam subjek LAB PROCESS CONTROL yang hanya SATU JAM KREDIT tu.

ohh tu je yang aku nak cakap kat entry ni, ingat nak update pasal malam bbq tapi tertulis pulak pasal LAB PROCESS CONTROL. terus mood tercampak ke laut.

heh. komen kasi membina semangat sikit. gua tengah down gila babi ni. babi pon tak penah rasa down macam ni kot. Ohh lagi satu jangan komen alah 1 jam kredit ja pon tak efek lah result kau. coihh memang lah tak efek tapi kelas subjek ni dah macam 3 jam kredit taw!dah la pointer pon sejemput. 

Bila saya tulis entry ini saya berharap akan dapat makan Kenny Rogers

Orait-orait-orait hari ni nak update pasal info-info terkini yah. Makcik-makcik pakcik-pakcik yang terasa dirinya muda jelitawan trang tang tang boleh lah membaca menatang alah ni. ni aku tolong member aku punya pasal, beliau ajk publisiti tapi beliau takde blog,oke takde kaitan. Beliau ingat blog aku ni femes nak mampos(fakta yang tak relevan) jadi beliau mintak tolong aku publishkan pasal menatang ni. Kalau ikutkan hati malas je aku, tapi encik amir amni ni main hutang-hutang budi pulak.


"dengki la 2...
lupa ka budi aku masa aku jd ketua tingkatan dulu??..
aku ikhlas time 2 memimpin kelas...
pas tu boleh pulak hang senang2 lupakan suma 2...."



eleh setakat angkat buku cikgu masuk kelas pon dikira terhutang budi ke??hampeh tol, nak tak nak layan je la bekas ketua tingkatan aku ni. ehh macam lama pulak tak sebut ketua tingkatan. Ketua Tingkatan kan selalu kena buli. ekekekek oke tak maw buang masa. lets cikedout.

Dah nama pon CHALLENGE so benda ni mesti la jenis game yang berlumba-lumba. YC ni adalah pertandingan antara mahasiswa dari Universiti tempatan dalam bidang perniagaan dan keusahawanan. Jadi kepada korang-korang yang berminat boleh lah rujuk ke blog berbahasa omputih ni. Baru la rasa barat sikit baca bahasa amerika kan. 

http://ychallenge2010.blogspot.com/

Kalau dah malas nak baca boleh la ngorat-ngorat nombor yang tertera dibawah ni. Jangan risau takde nombor fon aku pon. korang mesti beriya-iya nak ngorat aku kan?*pengsan!

Kepada sesiapa yang berminat untuk menjadi peserta, anda boleh menghubungi:
kantha (014-913 8861) / Desiree (012- 959 8871) / Nor (013-740 8184).


oke selesai. amer!aku nak set kenny rogers satu!!!!


ni gambar amer masa belom baligh lagi. eleh bajet comel lah kau. aku lagi comel oke.

2.11.10

Biadap dalam sopan

Oke setelah bantal ku basah semalam lalu aku pon mesej nizan, ajak dia beronggeng kat jusco kejap tapi tak jadi sebab aku dapat taw bas encik buncit pukul 6.30. Jadi aku pon meminta belas kasihan nizan untuk bawak aku teman encik buncit kat Sri Putri. Terok sangat dah aku rasa, menangis macam orang mati laki gamaknya. Padahal balik KL je pon, entah pasaipa aku tacing sangat semalam.

Sampai ja Sri Putri, bergegas aku mencari encik buncit konon-konon nak buat suprise kat beliau bahawa aku akan datang menemaninya. Dari jauh aku lihat dia sedang bersembang dengan seorang uncle india ni, wah-wah-wah aku datang pon dia buat tak taw ja kan, rasa nak balik kolej telan megi pon ada jugak waktu tu. Aku bersabar, kesian pulak tengok uncle tu rancak berbual.

Aku pon sembang-sembang la dengan nizan sementara menunggu,dalam masa yang sama aku menjeling tajam kearah encik buncit. Seolah-olah memberi signal "tak paham-paham lagi ke nak datang sembang dengan awek sendiri"..

10 minit kemudian dia datang dekat aku, sambil tersengih-sengih mintak lempang. Aku tanya la sembang apa dengan uncle tu. Dia tak maw bagitaw, dia kata nanti-nanti dia cerita. Maybe sebab uncle tu ada kat situ kot. setelah tangkap-tangkap gambar, gedik-gedik manja dengan encik buncit......


Uncle tu pon blah nek bas, aku pon senyum la kat uncle tu sebelum dia melangkah pergi. Dengan muka penyibok aku pon tanya la encik buncit sembang apa dengan uncle tu kot-kot dia bagi rahsia teknik kamasutra ke ehem mana la nak taw kan.

Padahal uncle tu bagi petua nak kempiskan perot. Adehh sangat taboleblah aku tengok perot uncle tu dengan encik buncit lebih kurang sama ja boroi..(-_-")

Lepas tu encik buncit kata uncle tu tanya dia, awek U yang mana satu? encik buncit kata la yang pakai baju lengan merah tu.






"OOo tak sesuai la dengan U, awek u tu gemok, U kurus saja"


tak ke rasa nak bunuh diri?biadap sungguh jawapan uncle tu. sabar je la aku. dem dem. gemok sangat ke aku ni?gemok ke?tolong jawab sikit!

boyfriend