7.12.10

Gaya-gaya gadis bila bergayut telefon

Bosan rupanya duduk rumah sorang-sorang ni, masak sorang, makan sorang, tidoq sorang, layan movie tip top pon sorang-sorang. Orang kata kalau lama-lama macam ni boleh jadi gila taw? kalau gila tak boleh kawin kan kan kan? hilang satu nikmat tak kawin.ehem jadi untuk mengurangkan kebarangkalian aku menjadi gila haruslah post entry yang entah-apa-apa. haruslah, haruslah,haruslah...lol

jangan tiru aksi ini dirumah anda

Oke tengok tajuk pon sudah tahu aku nak post pasal apa kan. Ini semua gara-gara buat pillow talk masa kat kolej la ni, orang suruh study! pi sembang pasal teknik kamasutra pulak huh bahaya betol. jadi untuk tidak dianggap sebagai blog lucah gila vavi, kita story la pasal gaya-gaya gadis gayut telefon. apa korang ingat pompuan cakap telefon dengan pakwe kena baring telentang ja ka? mana ada feel beb. feeeeeeeeeeeeeeeeeel tu penting. (cakap dengan nada sedap)




1.Pekup muka pakai bantal

Ini benda common yang para gadis selalu buat dan salah sorangnya aku la, aku ni cakap telefon kuat nak mampus kalau bergayut dengan encik buncit wajib la cakap macam nak suruh orang lain dengar jugak. Bila dah nak gayut tengah malam tu takkan la nak cakap kuat-kuat? nak kena penyepak padu dengan jiran sebelah? so caranya pekup la muka dengan bantal cukup sejam ko gayut muka ko dah naik biru sebab sesak nafas.


2.Bergayut tepi tingkap blok/bilik

Teknik ni selalunya dibuat bila si gadis ada roomate ataupon housemate dimana si gadis tak nak la kacau roomate dia tengah study macam potong stim je.So better dia gayut tepi tingkap walaupon tiada privasi tapi sekurang-kurangnya masing-masing boleh tengok bulan yang sama. ecewahhh

gambar tiada kena mengena

3.Cakap telefon sambil tangan mencabut rumput

Yang ni selalu berlaku kat rumah la, sambil cakap telefon tangan ligat dok cabut rumput depan rumah, cukup 5 jam hang gayut konfem rumput rumah hang dah pendek-pendek. Sambil menyelam minum air, tapi jangan la  hang pi cabut pokok bunga mak hang. memang dapat cop penampaq dari emak tersayang la.


4. Pintal-pintal rambut

Teknik ni aku yakin hanya gadis yang gedik stok manja-manja dengan balak, jumpa kat aku maw kena lempang sedas tapi sapa aku nak lempang anak dara orang kan lantak dia la nak buat macam tu pon kau ape de hal?

"awak ada pompuan lain..." -blur-

5. Pintal wayar telefon

Ini kalau si gadis tu cakap pakai telefon rumah, telefon rumah kan ada wayar yang gulung-gulung tu, cukup aku tak faham kenapa kena pintal-pintal wayar telefon tu.


6. Gentel-gentel hujung bantal atau selimut

Haha..dah macam anak sedara aku yang 3 tahun tu pulak aku rasa. Beliau kalau nak tidoq wajib gentel hujung bantal pas  tu gesel-gesel kat hidung kasik lena. Tu tak pe la budak kecik yang hang tua bangka pon nak gentel jugak?jadahnya aku dah fikir benda alah lain dah ni. keh keh keh


7. Duduk atas tangga

Si Gadis akan duduk atas tangga bila dia tak larat nak berdiri tepi tingkap. 5 jam cakap telefon mampu pulak nak bertenggek tepi tingkap je ye dak. Bagi aku sangat la tak best dok kat tangga sebab selalunya bila kita bercakap akan bergema, bila dah bergema tu maw satu blog dengaq. hoh kejadahnya benda dalam kelambu habih semua orang taw ni.



Banyak lagi sebenarnya tapi cukup-cukup lah ni. Dulu aku ada member yang cakap telefon dengan pakwe dia gila babi punya slow sampai aku dok kat sebelah dia pon tak dengaq langsung apa yang dia cakap. huh kalau aku dengan encik buncit cakap slow-slow macam tu boleh buat gadoh ooo sebab kami masing-masing pekak.


"Tadi I tengok mata budak tu bulat macam guli"

"Hah U tengok coli?"


tak ke boleh buat gaduh tu??????hehe

p/s:: lelaki kalau gayut telefon dengan cik awek macam mana pulak gayanya haa??

4.12.10

Jom ke Zoo Johor

Baiklah adik-adik sempena cuti sekolah ni akak tak nak lah adik-adik asyik mengadap tv dengan desktop je kan. Otak kena bagi kembang sikit, mana tahu bila dah besar nanti boleh jadi pemimpin yang berjiwa rakyat takde la nak naikkan harga minyak je ye dak?. ehem 

So, akak nak ajak adik-adik ke zoo johor. Sesape yang tinggal area johor bharu dan sewaktu dengannya boleh la ajak mak,abah,maksu serta sepupu adik-adik melawat binatang-binatang kat zoo nanti. tak de la bila orang tanya lembu korang jawab kuda pulak. paham?

Masuk zoo johor ni murah sahaja, hanya RM2. murahkan murahkan? cakap kat parent, "bayar berokband puluh-puluh hengget boleh, takkan bayar 2 hengget masuk zoo pon berkira?" Oke ini biadap namanya, boleh cakap macam ni kalau mak bapak adik-adik sporting kalau tak, akak nasihatkan dok diam je kalau taknak kena penampar sulung.




Disini akak akan tunjukkan gambar-gambar gedik kawan-kawan akak dan jugak akak sebagai bukti yang zoo johor ni pun best jugak berbanding duduk rumah tengok cerita indon yang tak masuk akal tu.

lets cikedout..

Cak
  yang tengah buat muka berkerut tu kak aina ye, yang pakai tudung tu bukan yang ada jambul, harap maklum.

haa ni la akibatnya kalau mak bapak tak bawak pegi zoo masa kecik,
nampak sangat jakun! 
adik-adik tak nak jadi jakun kan?


 
ini namanya KELDAI kot


singa ni memang makan gaji buta, 
keja goyang teloq ja, kami jenuh la main acucak acucak sua tangan haram dia buat dek jugak.
 hampes


apa tengok-tengok maw comolot ka??


hoi-hoi baik sikit pi tangkap gambaq bontot aku pesal?



kalau badan adik-adik kecil molek je boleh la naik kuda padi ni, 
kalau badan macam akak jangan coba-coba ya, mampos jugak kuda ni kang.



nama saya MERU, MErah+biRU


kandang unta paling busuk ya amat


wewiit, secoli taw ehh sejoli taw. macam ai dengan encik buncit. *muntah


sapa tangkap gambaq ni hoi! tak center!



awas pergerakan anda diperhatikan!


cepat mengaku kawan sapa yang tengah korek taik hidung ni?



jadi cam-whore jap. hik hik hik

ok jom balik, binatang pon dah naik meluat tengok muka kita. 

Apa yang adik-adik tunggu lagi, ayuhlah mesej mak ayah kalau takut nak cakap face-to-face. keh keh keh banyak lagi binatang kat sini tapi macam kena buat 2 entry la pulak. Selain menatang-menatang yang kiut miut sampai rasa nak cubit-cubit ni, ada jugak kolam atau orang panggil tasik kot untuk rehat-rehat seisi keluarga.

*****************************************************************

Best jugak rupanya pegi zoo dengan member-member nih. Cuma hanak kempunan nak tengok BABI tapi takdak, meraung-raung beliau tak dapat tengok babi. kah kah kah. Ahh kat utm pon bersepah derr, lu buat bunyik babi konfem dia datang jenguk hang. betol der, betol.......

3.12.10

Tipikal cerita/sinetron indon


Cerita indon pon adalah salah satu tipikal drama yang kita boleh lihat sedang berleluasa di negara kita ini. Kalau orang kata tak suka tengok cerita melayu, aku lagi tak suka tengok cerita indon. aku masih boleh menerima cerita melayu walaupon ending dia dah boleh agak. Berbanding dengan cerita indon, mampos hidup balik pon aku tak sanggup nak follow cerita sinetron tu sampai habis. time cuti sekolah ja mesti bersepah cerita indon kat tv. fak betol la. 

Maybe la ada sesetengah cerita indon yang boleh diterima pakai tapi yang taboleblah tu agak banyak sebenarnya. Yang tengah hits sekarang ni cerita Cinta Kirana, anak-anak sedara belah kakak ipar aku cukup minat cerita ni sampai ramai-ramai melangut depan tv tunggu sampai cerita tu habis. Aku??terpaksa la mengadap jugak. binawe sungguh.

Oke mari kita lihat ciri-ciri cerita indon yang boleh kita lihat di kaca tv sekarang ni.

a) Watak heroin baik sangat
bukan baik sangat dah. baik melampau-lampau. bagi aku tu bukan watak baik tau tu watak lembik tahu lembik? kejadah orang tolak badan sikit nak jatuh, orang tengking sikit mata nak berair. pergh meluat betol la aku. boleh pikir kot takkan la takde langsung tindakan reflect nak protect diri sendiri. kalau aku la kan dah lama dah kena ganyang pompuan jahat tu.


penah tengok ada la satu episod


b) Watak jahat pulak terlampau jahat
lebih kurang la mcm watak baik tadi. jahat terlampau lebih dari penyangak lagi dah. ending watak jahat ni dah tau dah apa. mati! kalau nak bagi panjang lagi cerita tu konon-kononnya penjahat tu tak mati lagi. hei hangin betol la aku kalau dah mati tu mati je la.


mula-mula tengok, tengah tak tengok, ending tengok tapi macam haram


c) Jalan cerita yang hampir sama
first sekali konfem pasal cinta antara dua darjat, kalau hero kaya raya heroin mesti papa kedana, lepas tu konflik dalam percintaan mesti ada orang ketiga yang watak dia jahat nak mampos tu, lepas tu mesti ada adegan tertukar anak la, tiba-tiba jumpa anak tepi jalan la, mak bapak tak tahu pon tu anak angkat la. hoi letih la macam ni punya jalan cerita.


tengok kejap sebab pompuan ni cantik. apa nama pompuan ni ha??


d) Cerita meleret-leret
aku ingatkan cerita tu dah nak happy ending la tapi tak semena-mena muncul pulak masalah baru. macam aku cakap tadi la, tetiba ja orang yang dah mati hidup balik, tetiba ja tahu yang hero tu anak pungut. nak lagi best tetiba ja muncul watak hero kedua,ketiga ataupun keempat dalam episod 147. satu hal pulak nak tengok cerita pasal hero kedua,ketiga atau keempat nih. (0_o)



ni cerita apa?tak penah tengok!



e) Ada part merapu yang tak masuk akal
ni macam cerita bawang putih bawang merah tu la. elok-elok start cerita zaman moden tetiba boleh ada pari-pari muncul kat tengah-tengah tu. oke fine ni cerita adaptasi rakyat kan so mesti la ada pari-pari.lol tu baru part pari-pari, bab orang mati hidup semula tu sapa nak jawab?



f) Effect slow motion
Part paling menyampah sekali, saja la tu nak bagi saspen. sentap-hati-mak-nak. Sesapa yang fan berani mati sinetron indon boleh bagitau aku tak cerita mana yang takde effect ni? konfem ada punya. kadang-kadang setiap episod tu mesti ada satu scene yang nak kasi slow. aduh

agak best, tu pon sebab adaptasi dari cerita korea, aku tengok sekerat jalan jugak


Bukan nak kondem, kalau ikutkan mak,makcik sedara,bakal mak mertua, kak-kak ipar, semua ni layan cerita indon. Aku Tapi agak-agak la nak buh cerita indon pon tak payah la sampai semua channel nak tayang. aku cuti ni nak gak la tengok cerita yang best-best sikit takkan nak mengadap laptop je 24/7 bosan tahu bosan?

Carutan hari ini, 

"tak semua orang boleh terima pendapat kita dan tak semua orang boleh suka penulisan kita"

2.12.10

Nak mati mari buang sampah disini!!

Dah sampai rumah ni rasa macam bahagia pula. ohh tidak la bahagia sangat sebab kena packing barang nak pindah rumah. pindah kulim pulak tu, damn tahu la kulim ada famous amos, entah macam mana eja jenama biskut ni pon aku tak pasti. oke tak nak cerita pasal hari ni aku nak cerita pasal semalam.

Semalam aku pegi teman hanak pegi basuh vivas dia yang berhabuk tahap cipan sampai daun-daun kering terselit-selit kat bonet kereta dah tu semut pulak buat sarang kat celah pintu, perghh boleh bayang tak keadaan kereta dia?kalau aku jadi kereta dia dah lama dah aku lari dari rumah. tu kalau aku jadi kereta la masalahnya aku ni manusia. 

Sedang menunggu vivas dia dibasuh, aku pon selak la magazines apa jenis bahasa entah. aku tengok gambar je. sedang mata aku kejap-kejap kat magazine kejap-kejap kat owner kereta yang hensem-hensem oke taknak la menipu sangat, hensem tu makna kata kereta besar maka terotomatik la muka pecah pon nampak hensem ye dak? atau mungkin juga kereta besar itu kepunyaan bos atau company mereka macam orang selalu kata dah la muka buruk pakai kereta company pula huh dasar manusia tiada kemajuan. hurmm siapa tahu?  hidup ni kan tak adil.

Nak dijadikan cerita, aku ternampak statement(amaran) nih kat belakang kedai emas. kedai ni belakang kedai cuci kereta tu. hah berebut mak nak cari lokasi kedai nih.

keh keh keh..haa berani mai la buang sampah kat sini.




dah aku tergelak-gelak kat situ jugak. hahaha
tak boleh buang sampah kat sini, kita buang la sampah kat situ.
tak pe at least jauh sikit la dari kedai dia.lol



Lepas ni aku rasa papan tanda amaran kena tukar "Hukuman RM500 atau satu keluarga akan mati atau kedua-duanya sekali" barulah rare. manusia kan antara makhluk yang ada akal tapi tak paham bahasa. walawess.

Carutan hari ini, 

"Jika membaca sesebuah blog, bacalah entry yang ditulis bukan melihat berapa banyak follower yang dicapai"(Ayue Surihanyot,2010)

boyfriend