7.12.10

Gaya-gaya gadis bila bergayut telefon

Bosan rupanya duduk rumah sorang-sorang ni, masak sorang, makan sorang, tidoq sorang, layan movie tip top pon sorang-sorang. Orang kata kalau lama-lama macam ni boleh jadi gila taw? kalau gila tak boleh kawin kan kan kan? hilang satu nikmat tak kawin.ehem jadi untuk mengurangkan kebarangkalian aku menjadi gila haruslah post entry yang entah-apa-apa. haruslah, haruslah,haruslah...lol

jangan tiru aksi ini dirumah anda

Oke tengok tajuk pon sudah tahu aku nak post pasal apa kan. Ini semua gara-gara buat pillow talk masa kat kolej la ni, orang suruh study! pi sembang pasal teknik kamasutra pulak huh bahaya betol. jadi untuk tidak dianggap sebagai blog lucah gila vavi, kita story la pasal gaya-gaya gadis gayut telefon. apa korang ingat pompuan cakap telefon dengan pakwe kena baring telentang ja ka? mana ada feel beb. feeeeeeeeeeeeeeeeeel tu penting. (cakap dengan nada sedap)




1.Pekup muka pakai bantal

Ini benda common yang para gadis selalu buat dan salah sorangnya aku la, aku ni cakap telefon kuat nak mampus kalau bergayut dengan encik buncit wajib la cakap macam nak suruh orang lain dengar jugak. Bila dah nak gayut tengah malam tu takkan la nak cakap kuat-kuat? nak kena penyepak padu dengan jiran sebelah? so caranya pekup la muka dengan bantal cukup sejam ko gayut muka ko dah naik biru sebab sesak nafas.


2.Bergayut tepi tingkap blok/bilik

Teknik ni selalunya dibuat bila si gadis ada roomate ataupon housemate dimana si gadis tak nak la kacau roomate dia tengah study macam potong stim je.So better dia gayut tepi tingkap walaupon tiada privasi tapi sekurang-kurangnya masing-masing boleh tengok bulan yang sama. ecewahhh

gambar tiada kena mengena

3.Cakap telefon sambil tangan mencabut rumput

Yang ni selalu berlaku kat rumah la, sambil cakap telefon tangan ligat dok cabut rumput depan rumah, cukup 5 jam hang gayut konfem rumput rumah hang dah pendek-pendek. Sambil menyelam minum air, tapi jangan la  hang pi cabut pokok bunga mak hang. memang dapat cop penampaq dari emak tersayang la.


4. Pintal-pintal rambut

Teknik ni aku yakin hanya gadis yang gedik stok manja-manja dengan balak, jumpa kat aku maw kena lempang sedas tapi sapa aku nak lempang anak dara orang kan lantak dia la nak buat macam tu pon kau ape de hal?

"awak ada pompuan lain..." -blur-

5. Pintal wayar telefon

Ini kalau si gadis tu cakap pakai telefon rumah, telefon rumah kan ada wayar yang gulung-gulung tu, cukup aku tak faham kenapa kena pintal-pintal wayar telefon tu.


6. Gentel-gentel hujung bantal atau selimut

Haha..dah macam anak sedara aku yang 3 tahun tu pulak aku rasa. Beliau kalau nak tidoq wajib gentel hujung bantal pas  tu gesel-gesel kat hidung kasik lena. Tu tak pe la budak kecik yang hang tua bangka pon nak gentel jugak?jadahnya aku dah fikir benda alah lain dah ni. keh keh keh


7. Duduk atas tangga

Si Gadis akan duduk atas tangga bila dia tak larat nak berdiri tepi tingkap. 5 jam cakap telefon mampu pulak nak bertenggek tepi tingkap je ye dak. Bagi aku sangat la tak best dok kat tangga sebab selalunya bila kita bercakap akan bergema, bila dah bergema tu maw satu blog dengaq. hoh kejadahnya benda dalam kelambu habih semua orang taw ni.



Banyak lagi sebenarnya tapi cukup-cukup lah ni. Dulu aku ada member yang cakap telefon dengan pakwe dia gila babi punya slow sampai aku dok kat sebelah dia pon tak dengaq langsung apa yang dia cakap. huh kalau aku dengan encik buncit cakap slow-slow macam tu boleh buat gadoh ooo sebab kami masing-masing pekak.


"Tadi I tengok mata budak tu bulat macam guli"

"Hah U tengok coli?"


tak ke boleh buat gaduh tu??????hehe

p/s:: lelaki kalau gayut telefon dengan cik awek macam mana pulak gayanya haa??

25 comments:

Nadiene said...

ada lafi, kena bergayut jauh2 sikit dari orang tua, heee

liyanaziz said...

typical yana, cakap tpon bawah bantal..
part last tu macam kena batang hidung yana.. sebab pekak sangat, selalu jadi gaduh.. hahahahah

zam.enol.arep said...

a: "tadi i amek kayu pukul nyamuk"

b: "apa, u kata ayu gemuk?"

a: "u salah dengarrr"

b: "benarrrr????" T_T

Nurul Ayu said...

fidoo:: aha itu pon betol gak..haha

liyana:: sama la kita pekak..=P

zam:: cis..kau nak menganjing aku ja kan sebenaqnyaa..siot tol..

Hellioz said...

cibai

conversation last tu buat gwa gelak

gyahahahahaha~

budak kecik said...

a'ah la wei.ak pn ade kwn yg suara dia ya ampun,teramat la slow tyme bergayut. ak nk curik2 dgr pn xbley.kahkah
ala2 manja plk tu~!
giler nk bg pkwe dia stim kot.hampesz

Anonymous said...

pernah tgk perempuan gayut korek hidung? tak pun korek buntut and cium? muahahaha. xD


























yang pasti itu bukan aku xD

Shoujiroh said...

ape la yg slalu pasangan borak erk..
sampai berjam2 lamanye..
just wondering..hurrmmmm~

hamzah ian said...

babi je zam..

gua kolling sambil tangan pegang something..

Anonymous said...

kalau kt kg mesti gayut dlm bilik bawah kain selimut..hakhakhak

kalau kt kolej mesti cari koridor kt luar umah pstu gayut sambil peluk lutut..giler best~!

sama la kita..kena ckp kuat2 jgk..line tak clear la..dua2 pun pekak badak...kahkahkah..

Nurul Ayu said...

azrul:: macam2 la nak diborakkan..tambah2 utk percintaan jarak jauh mcm aku..hehe

Anonymous said...

terbaek r zam hahaha..aku suka klu rmate aku gyut slow gile sbb klu die gyut kuat2 nt aku sakit hati hahaha..

Halia Kentang @ Annpaan said...

hahahaha...
lawak la ayat2x yg last tue..
hahhaa

Azwan Azmi said...

aku bergayut sambil pejam mata...maka tak lama lepas tu tertidur la aku dan esoknye kene marah sebab dia cakap sorang2..

plumpy.tootsie said...

ROFLMAO.
weyhhhhhh.kelakar oke perbualan gaduh itu.

btw,
aq jenis yg baring smbil mbuat pelbagai pose.jgn tekejut lah kalau tibe2 kaki aku due2 kt dinding.tgh gayut ngan skandel lah tu.

ngeee~

FIFIEY LYCHEE MARATION said...

haha, itu memang realitinya. tp yg normal mcmna pula ye? haha

Anonymous said...

cabut2 rumput tu aku setuju !

Asfan Ash said...

aku rase link utk post comment ko kena tukar kaler. agak lame aku nak mencariknye :P.

Anyways, laki gayut lebih kurang je sbb aku ade gak buat bende2 kt atas ni. Dan aku ialah seorang lelaki walaupun muka fb aku seorang wanita

tp kkdg aku nyuruk dalam duvet sbb xnak kasik housemate dgr hahaha

Amir Syahir said...

xkol mkwe...

Ahkak Geli said...

akak ritu kalu gayut sambil korek idung...stim je mata..suke...

Shahada Fauzi said...

hahaha..hadoi..lawak la ko ni ayue..sakit perot aku..

tapi sumpah aku pernah jumpa spesis2 yg ko sebut ni..aku pulak spesis mcm ko..cakap sound kuat punye stail sbb telinga aku sound problem..taik telinga keras..wahaha..

ZieSalikan said...

memang betul lah itu lah gaya-gay den bergayut..heheh...

abis si boy mcm mane eh bila bgayut...x de ke yg nak buat entry pasal nie?

Anonymous said...

wawawawa. cm pnah buat semua je. keh3

Aujinz said...

Hahahhaha..

bingai punya dialog..:))

Linglung said...

kami suka korek hidung! siok!

boyfriend