Dah sampai rumah ni rasa macam bahagia pula. ohh tidak la bahagia sangat sebab kena packing barang nak pindah rumah. pindah kulim pulak tu, damn tahu la kulim ada famous amos, entah macam mana eja jenama biskut ni pon aku tak pasti. oke tak nak cerita pasal hari ni aku nak cerita pasal semalam.
Semalam aku pegi teman hanak pegi basuh vivas dia yang berhabuk tahap cipan sampai daun-daun kering terselit-selit kat bonet kereta dah tu semut pulak buat sarang kat celah pintu, perghh boleh bayang tak keadaan kereta dia?kalau aku jadi kereta dia dah lama dah aku lari dari rumah. tu kalau aku jadi kereta la masalahnya aku ni manusia.
Sedang menunggu vivas dia dibasuh, aku pon selak la magazines apa jenis bahasa entah. aku tengok gambar je. sedang mata aku kejap-kejap kat magazine kejap-kejap kat owner kereta yang hensem-hensem oke taknak la menipu sangat, hensem tu makna kata kereta besar maka terotomatik la muka pecah pon nampak hensem ye dak? atau mungkin juga kereta besar itu kepunyaan bos atau company mereka macam orang selalu kata dah la muka buruk pakai kereta company pula huh dasar manusia tiada kemajuan. hurmm siapa tahu? hidup ni kan tak adil.
Nak dijadikan cerita, aku ternampak statement(amaran) nih kat belakang kedai emas. kedai ni belakang kedai cuci kereta tu. hah berebut mak nak cari lokasi kedai nih.
keh keh keh..haa berani mai la buang sampah kat sini.
dah aku tergelak-gelak kat situ jugak. hahaha
tak boleh buang sampah kat sini, kita buang la sampah kat situ.
tak pe at least jauh sikit la dari kedai dia.lol
Lepas ni aku rasa papan tanda amaran kena tukar "Hukuman RM500 atau satu keluarga akan mati atau kedua-duanya sekali" barulah rare. manusia kan antara makhluk yang ada akal tapi tak paham bahasa. walawess.
Carutan hari ini,
"Jika membaca sesebuah blog, bacalah entry yang ditulis bukan melihat berapa banyak follower yang dicapai"(Ayue Surihanyot,2010)
21 comments:
kahkah...ape punya bangang statement tuh
walawessss..ayat carutan tu smart ahh..aku suka!!hahaha..
muahaha...mmg xleh tahan la ayat tu...
adeh! ayu, aku nak komen, tapi tiba2 sakit perut. aku gi berak dulu...nanti aku dtg balik!
gile ah.. ade ayt perangsang lagi
okeh. pelaburan lancar.
tadi gua cuma nak komen ini:
Keh keh keh!
budak kecik:: gua gelak padu kot tgk statement tu..keh keh keh
cik sha:: ohh walawess tu dikira mencarut ka??
papa:: terima lah kenyataan..haha
tipah:: cis pegi berak pon nak drop komen kat aku ke..haha
hamzah:: gua nak buat buku nnt..cara2 nak blogging...boleh??
mau mati ka? haha
haha..gile marah orang kedai tu. patutnya jangan buang sampah dibelakang kedai ni. baru la dia buang kedai sebelah..hahaha
Pendapat anda?
Rambling on early December-jangan malu bertanya, nanti sesat jalan
hehe...orang tak hirau langsung ayat2 perangsang tu kan...
kompem tu premis ah long.haha
HAHA..
Siapa buang sampah disini satu keluarga akan MATI......
Tauke kedai tu buang sampah kat mane ek? HAHA
TERBAIK!!!! hahahaha ^^
aku pon nak buat mcm tu ler dekat tempat aku. copycat ko punya ayat xD
lawak la siyal
gyahahahahahahahaaahahhaahah~
siapa buang sampah di sini satu keluarga akan mati!!!
atau
siapa buang sampah di sini, satu keluarga akan mati
- keluarga sape?apakah keluarga kedai emas itu akan mati akibat bau sampah?muahahhahahahaaha
aku rasa para pembuang sampah bajet cm tuh ler gamaknyer...soh tokey kedai satu fmily mati xP
aku tengok kulim tuh dah naik bosan dah.. tapi ade ke famous amous? yang aku tau, kat penang ada lah
gua suka this entry !
daud:: nak mati sila buang sampah disitu.
hasrol:: dah nasib dia la..haha
price:: org takot la kot..tp sama gak org buang sampah kat depan sikit tu je..adoii..
gaban:: bukan la tu premis kedai pajak emas..
umie:: kat tong sampah besar kot..=p
mai:: haha..boleh2 ko try ler..
hellioz:: menjelma pon lu..
eiffel:: susah gak klu org salah paham kan..dunia2..
cik tipikal:: entah la wei..minggu depan baru nak pindah..pergh malas gila la..
kehkehkeh...ini komperm pakai bomoh ke ape nih..tapi bekesan gak tu ye dak
adoi..bleh plak macam tu..haha
kehkehkeh bolo punya olang
sini tu maksudnya kawasan situ2 la..degil tol org mesia ni
tp seriusla, papantanda xjadik ape pon skang ni. tensen gak kkadang pikir
nice quote..mcm hamka kate,
jangan menilai sesuatu blog daripada bilangan followers nye heee
Post a Comment