18.1.11

Dr. Separa Kacak

Sebagai seorang student yang berdedikasi serta berkarisma, haruslah aku menunjukkan rasa hormat kepada lecterur yang telah bermurah hati memberi aku A+ dalam subjek Projek Sarjana Muda. ehem Jadi bila bertembung dengan beliau di tepi jalan ke, kaki lima ke, kat mekdi ke kena la tegur kan. Tuhan marah tau orang yang bodoh sombong ni.

aku :  Assalamualaikum dr.

Dr. Separa Kacak : Walaikumsalam..(sambil pandang aku atas bawah)

Dr. Separa Kacak : makin gemok awak sekarang..

aku :  ??????????????? (pecah hati)

17.1.11

Kita kena sapot jugak filem Malaysia

Aku dah taip hampir 15 sentimeter panjang dah entry semalam tapi entah pasaipa aku rasa teruja sangat tengok muka sendiri depan cermin tetiba je terlanggar charger aku lalu laptop terpadam. dan bila bukak balik aku punya entry tu tak autosave pon. sakit hati aku tau. takkan nak salahkan muka sendiri yang cun kot? tak kuasa la mak.


Semalam aku tengok cerita aku masih dara dengan ngangkung. Konon-kononnya nak review pasal filem lah ni padahal dah berzaman dah kot keluar kat wayang. lantak ler kan lagi satu aku ni bukanlah pengkritik filem yang hebat dan gah yang kena on the spot review filem setelah filem tu mencecah panggung. So ni opinion aku blog aku jadi suka hati aku la (tipikal blogger hebat kalau blogger lain cakap macam ni amboi cukup marah kan? mencik tau) 

Based on dari apa yang aku dengar dari orang sekeliling, dua cerita ni memang tak best langsung. tak payah tengok pon takpe tak lawak pon tak sedap pon. hah ambik kau nyah ambik. Akan tetapi bagi aku kesedapan sesebuah cerita ni adalah bersifat subjektif. Macam kalau aku cakap filem 2 Alam tu best pon korang tak boleh nak salahkan aku sebab ia bersifat subjektif. sama la macam sesetengah orang kata Ayue Surihanyot tu tak cantik langsung, gemok pulak tu boleh pulak ada hati kat Johny Depp. hadoii tak realistik langsung tapi bagi aku cantik ape dia, saing-saing Lisa Surihani tu. Jadi baiklah kau tengok sendiri cerita tu dari menilai cakap-cakap orang. paham?

Oke mula-mula story pasal filem "aku masih dara" dulu. Tajuk memang la sangat tak boleh blah, apekejadah tah letak tajuk cam gini? oke la be positive. mungkin tujuan komersial kot. benda-benda macam ni kan menimbulkan kontroversi, kang letak tajuk 2 Alam kang lapan orang je tengok dalam satu panggung. jadah?

Cerita ni not bad la tapi aku rasa kena ada bimbingan ibu bapa untuk budak-budak berumur 15 tahun kebawah sebab waktu aku tengok tu pon aku dah macam.

"Ehh boleh ke macam ni?"

"betol ke macam tu?"

"Ish ada ke orang macam ni"

Aku yang dah 23 tahun sendiri pon was-was. heh tu belom lagi aku tengok the arrival, dah menggelabahkan? haha bukan apa aku pon cetek ilmu agamanya jadi haruslah aku jadi macam orang biul, aku tanya hanak pon dia tak boleh nak jawab soalan aku. 

Ayat-ayat dia dalam cerita ni pon macam bangang jugak sebenarnya. dan ada jugak scene-scene yang TAK PATUT ADA PON TAK APA. buat aku nak tergelak je bodoh betol.

salah satu scene yang dialog dia tak boleh blah. takde pon takpe. aku sampai terloncat naik katil dah tengok scene ni sebab.....(sambung sendiri)

part ni sepatutnya sedih tau tapi aku dengan hanak bantai gelak..
sengal tol hanak ni boleh pulak dia perasan yang diana amir dok bersila kat situ.  macam terus nak baca tahlil pulok..hehe

baideway, aku suka lakonan diana amir, cara dia cakap pon best, part dia pelok erat si parid kamil pon best (memang rezeki engkau la kan farid, patut la orang rebut-rebut nak jadi pelakon kan?). dan opkos la ai suka kat asyraf muslim tu ohh jatuh cinta jap. sejuk betol mata ai pandang muka U tau. hahah *gedik

****************************************************

Next..cerita "Ngangkung". bagi aku cerita ni lawak la jugak dan bagi aku lagi best dari Hantu Kak Limah Balik Rumah. ohh mamat ni pon ada review pasal ngangkung.

Aku ni penakut jadi haruslah aku tengok cerita komedi seram pon gelak campur menjerit.. hantu dia pon boleh tahan scary jugak kalau aku tengok malam-malam konfem terbayang-bayang. 

Hantu ni gila seks tau. boleh pulak dia dok ramas tetet si angah tu. haha

tak tau la aku ni buta ke rabun ke tapi macam ada SEDIKIT persamaan disini.
muka sam dalam cerita ni boleh buat aku gelak. at least oke lagi la dari muka azlee senario tu.
hoi nyampah betol aku kalau dia dok buat muka terpeleot tu. tak lawak pon derr..

Dah nak akhir cerita ni ada la part tacing-tacing sikit. dia takde la lawak je sepanjang cerita tapi kira boleh buat gelak jugak la. 

Nasihat aku kalau tahu filem tu filem komedi jangan tengok dia punya the making of sebab selalunya dia akan tayang part-part yang lawak gila babi. ye la nak suruh kita tengok kat wayang kan. korang pon paham je la kalau lawak kita tengok 2 kali, mana nak jadi lawak dah der..dah basi.. ngertik kamu?

Haa lagi satu aku kalau tengok cerita lawak ni tak boleh tengok kat wayang kena tengok kat rumah jugak mengadap lappy. so aku kena download la kan? download tu kira sapot jugak la kan kan kan?

14.1.11

Mungkin ada sebab kenapa jadi begitu

Alaf 2011 ni sebenarnya banyak benda yang aku kena buat which mean aku kena belajar bersungguh-sungguh supaya aku boleh grad. LOL padahal dah sem akhir pon patutnya dari first year dulu lagi aku kena insap kan?tapi lain ceritanya dengan aku ni yang dah semester akhir baru la nak pulun betol-betol barulah rasa macam

"Oh pointer aku rendah rupanya"

"Oh aku kena dapat 3.72 semester ni untuk dapatkan...(sambung sendiri)"

3.72 tu bukan sikit mak ye banyak tu! cpa aku nanti hanya akan naik 0.03 oh sangatlah whatthepenyapu kan? ciput sangat naiknya. tu yang rasa menyesal main-main mata dengan pak guard utm masa first year dulu. eyh?

Dah tak payah nak menyesal sangat. bukan nak kiamat pon kalau pointer aku rendah. rezeki masing-masing kan? mana tahu nanti aku jadi CEO syarikat tongkat ali ke kacip fatimah ke. hoih boleh kaya tahu.

hahah. semalam buat pertama kalinya dalam tahun 2011 ni aku rasa down sangat. orang kata putus cinta tu boleh buat orang rasa down kan kan kan? tapi bagi aku semalam adalah yang paling horror sekali. aku tak penah lagi rasa macam tu. kalau putus cinta kau boleh la nak maki segala menatang kat ex kau atau pompuan yang rampas ex kau.

kalau kau dapat result cam haram j pulak kau boleh la nak maki diri sendiri atau pon lecterur yang berat sebelah bagi markah budak cina A+++ sedangkan kau yang satu kumpulan dengan dia ni dapat markah ciput sangat, entah babi ape tah lecterur tu (oh ini sebagai contoh ye kalau ada yg terkena batang hidung sendiri memang padan dengan muka aku). tapi semalam aku terkedu, terdiam, membisu nak keluar makan dengan member pon takde mood. nak luah kat encik buncit pon macam pointless. lantas air mata jugak menjadi peneman. dah rasa down sangat kan. orang lain happy aku pulak berduka, serius shit aku benci perasaan tu.(nak-nak pulak baca status kat FB ahh macam cibai ahh)

Benda ni akan oke kalau dari awal lagi aku kecewa tapi kenapa mesti yang kedua baru aku rasa? dan semalam aku tertanya kenapa mesti ada yang kedua??kenapa dan kenapa??

11.1.11

Hidup ni kadang-kadang kita rasa berputar

5 hari cuti tanpa henti amat tidak bermakna jikalau dompet serta akaun bank kosong tiada duit. lagi rasa nak carut bila tiada assignment atau apa-apa input yang boleh disumbatkan kedalam kepala otak ni. rasa macam kosong segala-galanya. tido awal bangun lambat pon takde orang nak kisah, nak-nak pulak bagi kaum-kaum hawa yang uzur ni. Bilik pon rasa macam tak terurus sebab asyik melingkar atas katil tengok siri naruto. cuaca pulak saing-saing nak kasi mata stim setiap masa. tapi dalam hati tetap meronta-ronta jadah apa duduk dalam bilik macam binatang berhibernasi ni.

nak update blog pon jari rasa beku, ye la hujan memanjang kat UTM ni. semua jadi beku tau, otak beku, jari beku, kaki beku.

hoh lama-lama macam ni mau rosak urat saraf aku.

ada sesapa nak update belog ni untuk aku? ingat! bukan senang tau nak dapat tawaran update blog femes-nak-mati yang dah capai 500 follower ni. 500 dah bai kalau korang updatekan untuk aku, letak gambar comel korang ke dalam blog ni, syumpah memang kejap je nak kejar follower zack zukhairi. wahhh 

ok cepat roger aku!! aku serius ni bukan main-main.

boyfriend