17.1.11

Kita kena sapot jugak filem Malaysia

Aku dah taip hampir 15 sentimeter panjang dah entry semalam tapi entah pasaipa aku rasa teruja sangat tengok muka sendiri depan cermin tetiba je terlanggar charger aku lalu laptop terpadam. dan bila bukak balik aku punya entry tu tak autosave pon. sakit hati aku tau. takkan nak salahkan muka sendiri yang cun kot? tak kuasa la mak.


Semalam aku tengok cerita aku masih dara dengan ngangkung. Konon-kononnya nak review pasal filem lah ni padahal dah berzaman dah kot keluar kat wayang. lantak ler kan lagi satu aku ni bukanlah pengkritik filem yang hebat dan gah yang kena on the spot review filem setelah filem tu mencecah panggung. So ni opinion aku blog aku jadi suka hati aku la (tipikal blogger hebat kalau blogger lain cakap macam ni amboi cukup marah kan? mencik tau) 

Based on dari apa yang aku dengar dari orang sekeliling, dua cerita ni memang tak best langsung. tak payah tengok pon takpe tak lawak pon tak sedap pon. hah ambik kau nyah ambik. Akan tetapi bagi aku kesedapan sesebuah cerita ni adalah bersifat subjektif. Macam kalau aku cakap filem 2 Alam tu best pon korang tak boleh nak salahkan aku sebab ia bersifat subjektif. sama la macam sesetengah orang kata Ayue Surihanyot tu tak cantik langsung, gemok pulak tu boleh pulak ada hati kat Johny Depp. hadoii tak realistik langsung tapi bagi aku cantik ape dia, saing-saing Lisa Surihani tu. Jadi baiklah kau tengok sendiri cerita tu dari menilai cakap-cakap orang. paham?

Oke mula-mula story pasal filem "aku masih dara" dulu. Tajuk memang la sangat tak boleh blah, apekejadah tah letak tajuk cam gini? oke la be positive. mungkin tujuan komersial kot. benda-benda macam ni kan menimbulkan kontroversi, kang letak tajuk 2 Alam kang lapan orang je tengok dalam satu panggung. jadah?

Cerita ni not bad la tapi aku rasa kena ada bimbingan ibu bapa untuk budak-budak berumur 15 tahun kebawah sebab waktu aku tengok tu pon aku dah macam.

"Ehh boleh ke macam ni?"

"betol ke macam tu?"

"Ish ada ke orang macam ni"

Aku yang dah 23 tahun sendiri pon was-was. heh tu belom lagi aku tengok the arrival, dah menggelabahkan? haha bukan apa aku pon cetek ilmu agamanya jadi haruslah aku jadi macam orang biul, aku tanya hanak pon dia tak boleh nak jawab soalan aku. 

Ayat-ayat dia dalam cerita ni pon macam bangang jugak sebenarnya. dan ada jugak scene-scene yang TAK PATUT ADA PON TAK APA. buat aku nak tergelak je bodoh betol.

salah satu scene yang dialog dia tak boleh blah. takde pon takpe. aku sampai terloncat naik katil dah tengok scene ni sebab.....(sambung sendiri)

part ni sepatutnya sedih tau tapi aku dengan hanak bantai gelak..
sengal tol hanak ni boleh pulak dia perasan yang diana amir dok bersila kat situ.  macam terus nak baca tahlil pulok..hehe

baideway, aku suka lakonan diana amir, cara dia cakap pon best, part dia pelok erat si parid kamil pon best (memang rezeki engkau la kan farid, patut la orang rebut-rebut nak jadi pelakon kan?). dan opkos la ai suka kat asyraf muslim tu ohh jatuh cinta jap. sejuk betol mata ai pandang muka U tau. hahah *gedik

****************************************************

Next..cerita "Ngangkung". bagi aku cerita ni lawak la jugak dan bagi aku lagi best dari Hantu Kak Limah Balik Rumah. ohh mamat ni pon ada review pasal ngangkung.

Aku ni penakut jadi haruslah aku tengok cerita komedi seram pon gelak campur menjerit.. hantu dia pon boleh tahan scary jugak kalau aku tengok malam-malam konfem terbayang-bayang. 

Hantu ni gila seks tau. boleh pulak dia dok ramas tetet si angah tu. haha

tak tau la aku ni buta ke rabun ke tapi macam ada SEDIKIT persamaan disini.
muka sam dalam cerita ni boleh buat aku gelak. at least oke lagi la dari muka azlee senario tu.
hoi nyampah betol aku kalau dia dok buat muka terpeleot tu. tak lawak pon derr..

Dah nak akhir cerita ni ada la part tacing-tacing sikit. dia takde la lawak je sepanjang cerita tapi kira boleh buat gelak jugak la. 

Nasihat aku kalau tahu filem tu filem komedi jangan tengok dia punya the making of sebab selalunya dia akan tayang part-part yang lawak gila babi. ye la nak suruh kita tengok kat wayang kan. korang pon paham je la kalau lawak kita tengok 2 kali, mana nak jadi lawak dah der..dah basi.. ngertik kamu?

Haa lagi satu aku kalau tengok cerita lawak ni tak boleh tengok kat wayang kena tengok kat rumah jugak mengadap lappy. so aku kena download la kan? download tu kira sapot jugak la kan kan kan?

19 comments:

♥CIK SHA♥ said...

hoiiii..asyraf muslim aku punye..apa kata kite share nak??ko rela tak jadi madu aku?wakakaka..

http://aniesandyou.blogspot.com said...

mmg kn sapot tp, x kn nk terima bulat2?

maiMOONyet said...

aku nak layan macam mana? family aku tak suka layan cerita melayu. nak download pun diorang tak kasi. mentang2 aku pinjam pc diorang. ni lah payah sbb tak ada laptop sendiri T_____T

eiffel said...

-.-" ceh!aku lagik saport...beli cd yg local punya...kira support gak lah kan?

kucinglipat said...

tett. ngangkung tak best langsung!

MOFASAD said...

cerita papadom terbaik!

tieha ismail said...

hahah muka sam tuh apsal same cam johny depp tuh...huhuhu....otw nak download aku masih dara ni....

plumpy.tootsie said...

aku tgk ngangkung kt wayang beb.bangga betul aku.LOL

hamzah ian said...

ko dah gile ke?

yuyu said...

haha..ngek..aku baru je nak tgk cite ngangkung tuh mintak kwn dolod..kire sopok jgk la 'dolod' tuh..keh keh keh

E F F A R I N I said...

hahaha. gua layan ja dua-dua movie ni. Dah habis, adik gua tanya banyak benda, gua senyum je, langsung gua tak jawab apa-apa. Adehhh :|

SYAKIRA said...

dua dua crita tak best. ngangkung lg laaa bosan. mcm mana boleh kutip bejuta juta. lg best hantu kak limah. huhu

Faizal n Fashitah said...

Tengok Nyangkung kat wayang hari tu. Bangga gak sapot filem melayu yerRRr huhu

Hasrol Nizam said...

aku tak suka tengok trailer. mmg buta2 je pegi panggung wayang.haha..

DuniakuAbstrak said...

kau ni kejap best kejap tak best mana satu ni weh?

DuniakuAbstrak said...

aku dah lama tak aktif fesbuk..hehe

Aujinz said...

ngangkung aku layan kat wayang ohh..

bukan photographer said...

aku xtgk lagi..bagi aku link nak download..haha

ARC™ said...

haha betul wehhhhhhh ngangkung best! tp kak limah tu wadehel xbest lgsung!

boyfriend