23.10.11

Real Steel

Cerita ni aku tak tau bila dia keluar panggung. tau tau ja budak-budak snucoe ajak pegi tengok wayang. jadi haruslah keluar dihujung minggu setelah berpenat lelah study waktu weekdays kan kan kan.

Ternyata perjalanan setengah jam ke aloq staq mall beserta perlaburan tiket RM12 sangat-sangat berbaloi. best tahu cerita ni! Faktor aku nak tengok cerita ni sebab ada Hugh Jackman tapi aku rasa faktor cerita ni best sebab ada budak kecik comel yang pandai cakap ni. ya aku tau la dia cakap ikut skrip ja pon tapi aku tetap rasa budak ni cool.

dakota goyo comel kan? macam nak bagi penampo sbb comel sangat.

cerita ni jugak ada nilai-nilai sentimental antara bapak dengan anak, boleh jadi tetiba ada ayaq kat tepi mata lepas tu member sebelah tegur. aigoo jangan tegur la tu ayaq dari bumbung pawagam jatuh mengalir kat pipi aku tahu? kat dalam cerita ni pon takdak unsur-unsur cinta murahan, no romantik-romantik tapi adegan kissing Hugh Jackman dengan awek dia tu ada la. dey perlu ke cerita dalam ni? -_-"




Scene action pulak boleh tahan bestnya, smart jugak tengok robot bertinju. cuma kawan aku cakap cerita dia terlampau cepat sangat sampai ke final. dari robot sampah (Atom) tup tup boleh lawan dengan The Mighty Zeus yang kononnya robot paling kuat di alam semesta tu. Ok lah tu kang nak lawan setiap stage jenuh 4 jam pon tak habis cerita ni ye dak.


Overall movie ni memang best, boleh download dan buat koleksi dalam harddisk aku. sekian

20.10.11

Pasar Malam Kangar dan sewaktu dengannya

One thing yang best tentang pasar malam kangar berbanding dengan pasar malam lain yang ada di Malaysia ni adalah gerai makanan dia. super banyak ok! tak macam pasar malam kat johor, gerai barang basah bercampuq dengan gerai makanan. jalan-jalan nampak sayuq tetiba sebelah tu apam balik sebelah tu pulak ikan-ikan depan tetiba barang hardware. apa ni? takkan takdak AJK pasar malam?? dah tu makanan cenonet je, mana mampu nak menahan aku punya nafsu makan. terbantut tahu nak beli makanan walaupon hakikatnya pi mana-mana pasar malam pon aku tetap habis at least RM10. hampeh!

Pasar Malam Kangar ni tak silap aku yang terbesar kat Perlis. kalau tak silap la, kalau silap pi marah abang long. Lepas tu dia agak teratur, memang awesome! mungkin sebab besar so diorang organize bagi cantik sikit baru satu Malaysia orang kata. Ok tak dak kena mengena.

Makanan dia pon sedap-sedap (ehh ye ke?), kalau dekat johor susah gila nak jumpa buah delima kat sini buah delima sebijik seringgit. tapi kat johor ada nasik kerabu sini takdak (kena puji sikit kang aku kena lempang dgn orang jb plak) dan nasi kerabu yang dijual di johor sangatlah sedap hingga menjilat polisterin.*tolongjangansamansaya

Perkara lain yang best masa aku pi pasar malam semalam adalah boleh tengok orang. Ya pelbagai jenis orang kita boleh tengok dari budak kecik yang baru reti nak berjalan, dok berlari-lari tetengah ramai orang tu sampai terpijak kaki kawan aku, nasib kaki kawan aku dia pijak kalau kaki aku? memang kakiku dimukamu lah jawabnya dik! hinggalah ke brader-brader yang selamber korek hidung sambil berjalan. Sungguh bang, tak macho pon abang buat cenggitu lagi jijik ada la. 

Bukan itu saja kat sini pon terdapat jugak cikaro-cikaro yang berjalan lenggang-lenggok macam nak minta terajang sebab tak pakai bra pergi pasar malam. Bukan aku nak suruh korang orgasm tapi bayangkan mak nyah yang ada tetet tapi tak pakai bra. giler ape? buruk tahu? nak muntah pon ada. ya aku maksudkan ni mak nyah bukan cikaro harap maklom. baik mak nyah kat UTM lagi cantik siap pakai bra silang gitu. woha!*terliur

lain kali kak kalau dah buat bagi besaq tu pandai-pandai la jaga. takkan akak nak biar semua orang tengok akak muntah hijau. akak muka dah comel tahu, cute sangat rasa nak gigit-gigit lagi pipi akak tu. lain kali pakai ehh kak, sumpah akak comel sangat jadi pompuan serius ni saya tak tipu *muka serius.bukanlah sebab saya rasa tergugat ke apa dengan akak punya tu. tak. sikit pon saya tak heran tahu tapi tu lah kalau dah semua mata melihat akak. apa jadi pada saya??????????????????????


Ok dah sambung belajar semiconductor yang buat aku sakit kepala ni. =.=

17.10.11

Benci bilang Cinta

Orang dulu-dulu kata jangan dok benci sangat nanti yang tu la yang kita kena mengadap. yes aku setuju betol dengan cakap mak-mak ni. mak-mak selalunya betol kecuali part nyanyi kat dapur dapat lelaki tua, makan beralih tempat nanti kawin ramai, yang mana hanya di tujukan kepada kaum wanita sahaja. amboi diskriminasi aih. mak kalau pon ayu kena kawin lelaki tua ayu pasti cari yang kaya-raya tahu? kalau kena kawin ramai pon ayu pasti cari yang kuat tahu?eyh?

Ok berbalik kepada topik. Dulu aku cukup tak minat dengan elektrik dan elektronik. taktau la kot aku ni memang bengap kan. tempat duduk amik port yang paling belakang sekali,kalau ada esaimen ja wajib tiru, cikgu bercakap kat depan aku kat belakang boleh dok lukih-lukih katon. ada sekali tu aku nak lukih circuit tetiba boleh jadi muka spongebob. comel kan aku?

Dulu ok la lagi hentam koromo pon busuk-busuk boleh dapat B. sekarang ni takkan kau nak buat perangai keji macam tu? memang makan kaki bos la jawabnya.

jadual bulan oktober

Saja nak tunjuk jadual aku, macam best ja aku tengok orang dok pos jadual harian bagai. ha ni jadual aku, dari pukul 9 pagi sampai 5 petang. takdak la penat sangat tapi kalau dari pagi sampai petang kening bertemu kening mau tak jem otak aku. pftttt

nota kaki: ohh tajuk memang rasa nak lempang, nak buat macam mana itu saja yang terdetik dihati.

14.10.11

Kulit Udang

Hari kedua punya cerita kami pergi rombongan cik kiah ke padang besaq. aku bukanlah mak-mak so takdak la best mana pon pi sana. takat beli baju 2 3 helai tu ok la kan. before tu kami pi muzium tok kayang kot nama dia. gila budak sekolahkan.haha mujurlah kat sini takdak zoo kalau tak memang pakej budak sekolah rendah la jawabnya.

lepas tu kami pi lunch kat apa tah nama dia tempat tu tapi memang sedap gila la makanan dia dan harga pon memang setended KL la woi. aku makan

ikan temenung bakaq (saiz S)
daun selom (2 pucuk)
timun (3 hiris)
sambal belacan (1 piring kecik)
kerabu kerang (1/4 senduk)

Harga dia RM 9.10 menangis jugaklah aku nak bayaq. terkejut beruk jugalah masa tu tapi bila dah masuk mulut Alhamdulillah beruk tu dah hilang, nasib sedap kalau tak sedap memang aku terajang sekor2 makcik kat situ.

Lepas tu malam ada dinner. wah wah wah ada dinner kau tapi kami pakai baju program so takdak la spesial mana sangat ye dak.

 sepatutnya aku dok kat meja ni tapi aku pi mana tah



 meja trainee lain

aku terpaksa duduk kat meja VIP, perghh ingat best ke makan kt meja VIP kena control-control macam haram lagi tau. aku ni dah la makan banyak! tak ka nampak pelik tu kalau aku sorang ja pinggan berbukit kt meja tu? ehh lagi satu aku bukan orang penting sesangat tau yang kena pi dok meja vip tu. aku kena pi sebab akak dari company aku tu sorang ja pompuan dekat meja tu so dia ajak aku teman. nak jaga reputasi takkan la nak tolak ye dak?

Kau bayangkan ada satu course(betoi ka eja cenggini?) tu kena makan udang. wahh udang besar kau mana la selera aku pon tak jadi besar. bukan main gah lagi aku amik sampai 2 ekoq tetiba nak makan. ehh kena pakai sudu la. =.= kulit udang tu boleh tahan licin dan keras juga, aku try nak cucuk dengan garfu pon tak lekat. aku pon apa lagi mula la mengamuk kat meja makan tu, aku hempas tangan aku kat atas meja sambil mata mencerlung ke arah udang. marah punya pasal kononnya, padahal aku berimiginasi saja ni jangan nak percaya sangat la. Aku tau aku dah lambat nanti datang lagi satu course takke jadi delay perjalanan makan aku tu lalu aku mengambil jalan pintas sepertimana aku makan kat kedai Mak Jah. Aku makan sekali dengan kulit-kulitnya. Bila udang dalam mulut opkos la tak boleh nak bercakap jadi aku bersuara dalam hati "celaka, keraih gila kulit udang ni!"  2 3 minit jugak la udang tu dalam mulut aku, kulit keraih nak mampuh kalau aku kunyah telan ni mau kena apendik tahap 4 ni. waktu ni la lidah main peranan, aku kopek kulit udang tu guna lidah dengan gigi aku. jenuh bersilat jugak lah ni, mata aku halakan ke stage bagi nampak relax tak mau la nampak tengah berperang sangat. Akhirnya aku telan jugak isi udang tu. kemain lagi cerita pasal udang sampai satu paragraph.



masa ni kami tengah buat persembahan dikir barat. gaya tak yah cakap la masing-masing berterabur. haha dah tu prepare satu persembahan, penonton mintak lagi satu persembahan. menggelabah jugak lah masa tu. nasib ada sorang penyanyi nasyid dalam group kitorang ni. hah tibai ja la janji sedap.

 tu dia aku. gambar ni telah di crop sebab taknak bagi nampak efek gemok tapi orang kata kalau dah gajah tu hang tutup macam mana pon still nampak gajah jugak. wtf!

lain-lain persembahan yang buat aku terpegun. bayangkanlah aku pon terpegun. budak lelaki??

bergambar bersama NC Unimap. tetiba rasa nak sayang Unimap lebih lagi dari UTM. hahah boley dak macam tu??



boyfriend