14.10.11

Kulit Udang

Hari kedua punya cerita kami pergi rombongan cik kiah ke padang besaq. aku bukanlah mak-mak so takdak la best mana pon pi sana. takat beli baju 2 3 helai tu ok la kan. before tu kami pi muzium tok kayang kot nama dia. gila budak sekolahkan.haha mujurlah kat sini takdak zoo kalau tak memang pakej budak sekolah rendah la jawabnya.

lepas tu kami pi lunch kat apa tah nama dia tempat tu tapi memang sedap gila la makanan dia dan harga pon memang setended KL la woi. aku makan

ikan temenung bakaq (saiz S)
daun selom (2 pucuk)
timun (3 hiris)
sambal belacan (1 piring kecik)
kerabu kerang (1/4 senduk)

Harga dia RM 9.10 menangis jugaklah aku nak bayaq. terkejut beruk jugalah masa tu tapi bila dah masuk mulut Alhamdulillah beruk tu dah hilang, nasib sedap kalau tak sedap memang aku terajang sekor2 makcik kat situ.

Lepas tu malam ada dinner. wah wah wah ada dinner kau tapi kami pakai baju program so takdak la spesial mana sangat ye dak.

 sepatutnya aku dok kat meja ni tapi aku pi mana tah



 meja trainee lain

aku terpaksa duduk kat meja VIP, perghh ingat best ke makan kt meja VIP kena control-control macam haram lagi tau. aku ni dah la makan banyak! tak ka nampak pelik tu kalau aku sorang ja pinggan berbukit kt meja tu? ehh lagi satu aku bukan orang penting sesangat tau yang kena pi dok meja vip tu. aku kena pi sebab akak dari company aku tu sorang ja pompuan dekat meja tu so dia ajak aku teman. nak jaga reputasi takkan la nak tolak ye dak?

Kau bayangkan ada satu course(betoi ka eja cenggini?) tu kena makan udang. wahh udang besar kau mana la selera aku pon tak jadi besar. bukan main gah lagi aku amik sampai 2 ekoq tetiba nak makan. ehh kena pakai sudu la. =.= kulit udang tu boleh tahan licin dan keras juga, aku try nak cucuk dengan garfu pon tak lekat. aku pon apa lagi mula la mengamuk kat meja makan tu, aku hempas tangan aku kat atas meja sambil mata mencerlung ke arah udang. marah punya pasal kononnya, padahal aku berimiginasi saja ni jangan nak percaya sangat la. Aku tau aku dah lambat nanti datang lagi satu course takke jadi delay perjalanan makan aku tu lalu aku mengambil jalan pintas sepertimana aku makan kat kedai Mak Jah. Aku makan sekali dengan kulit-kulitnya. Bila udang dalam mulut opkos la tak boleh nak bercakap jadi aku bersuara dalam hati "celaka, keraih gila kulit udang ni!"  2 3 minit jugak la udang tu dalam mulut aku, kulit keraih nak mampuh kalau aku kunyah telan ni mau kena apendik tahap 4 ni. waktu ni la lidah main peranan, aku kopek kulit udang tu guna lidah dengan gigi aku. jenuh bersilat jugak lah ni, mata aku halakan ke stage bagi nampak relax tak mau la nampak tengah berperang sangat. Akhirnya aku telan jugak isi udang tu. kemain lagi cerita pasal udang sampai satu paragraph.



masa ni kami tengah buat persembahan dikir barat. gaya tak yah cakap la masing-masing berterabur. haha dah tu prepare satu persembahan, penonton mintak lagi satu persembahan. menggelabah jugak lah masa tu. nasib ada sorang penyanyi nasyid dalam group kitorang ni. hah tibai ja la janji sedap.

 tu dia aku. gambar ni telah di crop sebab taknak bagi nampak efek gemok tapi orang kata kalau dah gajah tu hang tutup macam mana pon still nampak gajah jugak. wtf!

lain-lain persembahan yang buat aku terpegun. bayangkanlah aku pon terpegun. budak lelaki??

bergambar bersama NC Unimap. tetiba rasa nak sayang Unimap lebih lagi dari UTM. hahah boley dak macam tu??



7 comments:

♥CIK SHA♥ said...

ayu wei..kerja apa hang kat unimap ni?macam best ja..

nurkaloi said...

patot cam kenai wrne baju biru kuning uh UniMAP kaann

FatihaMedan said...

menyampah kalau kene cover cover time makan.tak selesa :>

AyuE SurihanyOt said...

@♥CIK SHA♥

aku training kt unimap..keja nnt kat kulim..hehe

AyuE SurihanyOt said...

@nurkaloi

aha tu baju unimap bagi..mmg sepesen ka semua baju unimap??hehe

remySunbae said...

wei aku cukup nak gelak baca pragraph hg pasai udang tu...hahahahhaa...lawak baq hang...ni hang sambung belajaq kat unimap ke apa?

AyuE SurihanyOt said...

@remySunbae

aku kena training company kat sini..

boyfriend