24.10.11

Berebut Jantan

Aku tau la cerita tu dah basi, minggu lepas punya cerita baru nak update hari ni. ya pasal golongan aweks bergaduh kat kedai kasut tu. aku tengok sekerat ja dah menyumpah seranah. apa jadi akhir sekali ha? ada adegan tarik rambut?baling kasut?cakar harimau?

sampai ke kedai kasut hang nak tunjuk skill sepak terajangkan?. bergaduh pasal jantan pulak tu. meh aku tengok sikit jantan tu kacak sangat ka sampai nak berebut bukan main lagi. Malu sikit dik oii bukannya jadi title suami lagi yang nak bergaduh sampai masuk facebook ni. adik sekolah bagi habis dulu. dada pon baru nak naik ada hati nak berebut jantan. kemon la girls dunia tak kiamat lagi.

Akhir kata adik punya penyepak memang power! aku kalau kena tu mau demam seminggu. haha!

Jan jan jala itik jala ayam berapa lubang kancil seratus lima puluh!

23.10.11

Real Steel

Cerita ni aku tak tau bila dia keluar panggung. tau tau ja budak-budak snucoe ajak pegi tengok wayang. jadi haruslah keluar dihujung minggu setelah berpenat lelah study waktu weekdays kan kan kan.

Ternyata perjalanan setengah jam ke aloq staq mall beserta perlaburan tiket RM12 sangat-sangat berbaloi. best tahu cerita ni! Faktor aku nak tengok cerita ni sebab ada Hugh Jackman tapi aku rasa faktor cerita ni best sebab ada budak kecik comel yang pandai cakap ni. ya aku tau la dia cakap ikut skrip ja pon tapi aku tetap rasa budak ni cool.

dakota goyo comel kan? macam nak bagi penampo sbb comel sangat.

cerita ni jugak ada nilai-nilai sentimental antara bapak dengan anak, boleh jadi tetiba ada ayaq kat tepi mata lepas tu member sebelah tegur. aigoo jangan tegur la tu ayaq dari bumbung pawagam jatuh mengalir kat pipi aku tahu? kat dalam cerita ni pon takdak unsur-unsur cinta murahan, no romantik-romantik tapi adegan kissing Hugh Jackman dengan awek dia tu ada la. dey perlu ke cerita dalam ni? -_-"




Scene action pulak boleh tahan bestnya, smart jugak tengok robot bertinju. cuma kawan aku cakap cerita dia terlampau cepat sangat sampai ke final. dari robot sampah (Atom) tup tup boleh lawan dengan The Mighty Zeus yang kononnya robot paling kuat di alam semesta tu. Ok lah tu kang nak lawan setiap stage jenuh 4 jam pon tak habis cerita ni ye dak.


Overall movie ni memang best, boleh download dan buat koleksi dalam harddisk aku. sekian

20.10.11

Pasar Malam Kangar dan sewaktu dengannya

One thing yang best tentang pasar malam kangar berbanding dengan pasar malam lain yang ada di Malaysia ni adalah gerai makanan dia. super banyak ok! tak macam pasar malam kat johor, gerai barang basah bercampuq dengan gerai makanan. jalan-jalan nampak sayuq tetiba sebelah tu apam balik sebelah tu pulak ikan-ikan depan tetiba barang hardware. apa ni? takkan takdak AJK pasar malam?? dah tu makanan cenonet je, mana mampu nak menahan aku punya nafsu makan. terbantut tahu nak beli makanan walaupon hakikatnya pi mana-mana pasar malam pon aku tetap habis at least RM10. hampeh!

Pasar Malam Kangar ni tak silap aku yang terbesar kat Perlis. kalau tak silap la, kalau silap pi marah abang long. Lepas tu dia agak teratur, memang awesome! mungkin sebab besar so diorang organize bagi cantik sikit baru satu Malaysia orang kata. Ok tak dak kena mengena.

Makanan dia pon sedap-sedap (ehh ye ke?), kalau dekat johor susah gila nak jumpa buah delima kat sini buah delima sebijik seringgit. tapi kat johor ada nasik kerabu sini takdak (kena puji sikit kang aku kena lempang dgn orang jb plak) dan nasi kerabu yang dijual di johor sangatlah sedap hingga menjilat polisterin.*tolongjangansamansaya

Perkara lain yang best masa aku pi pasar malam semalam adalah boleh tengok orang. Ya pelbagai jenis orang kita boleh tengok dari budak kecik yang baru reti nak berjalan, dok berlari-lari tetengah ramai orang tu sampai terpijak kaki kawan aku, nasib kaki kawan aku dia pijak kalau kaki aku? memang kakiku dimukamu lah jawabnya dik! hinggalah ke brader-brader yang selamber korek hidung sambil berjalan. Sungguh bang, tak macho pon abang buat cenggitu lagi jijik ada la. 

Bukan itu saja kat sini pon terdapat jugak cikaro-cikaro yang berjalan lenggang-lenggok macam nak minta terajang sebab tak pakai bra pergi pasar malam. Bukan aku nak suruh korang orgasm tapi bayangkan mak nyah yang ada tetet tapi tak pakai bra. giler ape? buruk tahu? nak muntah pon ada. ya aku maksudkan ni mak nyah bukan cikaro harap maklom. baik mak nyah kat UTM lagi cantik siap pakai bra silang gitu. woha!*terliur

lain kali kak kalau dah buat bagi besaq tu pandai-pandai la jaga. takkan akak nak biar semua orang tengok akak muntah hijau. akak muka dah comel tahu, cute sangat rasa nak gigit-gigit lagi pipi akak tu. lain kali pakai ehh kak, sumpah akak comel sangat jadi pompuan serius ni saya tak tipu *muka serius.bukanlah sebab saya rasa tergugat ke apa dengan akak punya tu. tak. sikit pon saya tak heran tahu tapi tu lah kalau dah semua mata melihat akak. apa jadi pada saya??????????????????????


Ok dah sambung belajar semiconductor yang buat aku sakit kepala ni. =.=

17.10.11

Benci bilang Cinta

Orang dulu-dulu kata jangan dok benci sangat nanti yang tu la yang kita kena mengadap. yes aku setuju betol dengan cakap mak-mak ni. mak-mak selalunya betol kecuali part nyanyi kat dapur dapat lelaki tua, makan beralih tempat nanti kawin ramai, yang mana hanya di tujukan kepada kaum wanita sahaja. amboi diskriminasi aih. mak kalau pon ayu kena kawin lelaki tua ayu pasti cari yang kaya-raya tahu? kalau kena kawin ramai pon ayu pasti cari yang kuat tahu?eyh?

Ok berbalik kepada topik. Dulu aku cukup tak minat dengan elektrik dan elektronik. taktau la kot aku ni memang bengap kan. tempat duduk amik port yang paling belakang sekali,kalau ada esaimen ja wajib tiru, cikgu bercakap kat depan aku kat belakang boleh dok lukih-lukih katon. ada sekali tu aku nak lukih circuit tetiba boleh jadi muka spongebob. comel kan aku?

Dulu ok la lagi hentam koromo pon busuk-busuk boleh dapat B. sekarang ni takkan kau nak buat perangai keji macam tu? memang makan kaki bos la jawabnya.

jadual bulan oktober

Saja nak tunjuk jadual aku, macam best ja aku tengok orang dok pos jadual harian bagai. ha ni jadual aku, dari pukul 9 pagi sampai 5 petang. takdak la penat sangat tapi kalau dari pagi sampai petang kening bertemu kening mau tak jem otak aku. pftttt

nota kaki: ohh tajuk memang rasa nak lempang, nak buat macam mana itu saja yang terdetik dihati.

boyfriend