31.10.10

Pertemuan dua hati menjadi satu bukan dua tubuh menjadi satu ya.

Hujung minggu yang sangat heaven, heaven disini bermakna tidak perlu duduk dibilik mengadap thesis tapi dating dengan kekasih hati yang datang dari kuala lumpur ke skudai. Port kami tak lain dan tak bukan di pondok depan blok M21,paling hebat pon dating di cafe kolej lain. Sampai semua orang nak bertanya.

"Tak keluar ke?tak kan dating bawah pondok je?"

Letih tahu nak menjawab soalan tu? bukan tak nak keluar tapi encik buncit malas nak jalan, dalam masa yang singkat tu beliau nak menatap muka aku saja katanya,kalau berjalan kena pandang depan sahaja,tengok wayang pon kena mengadap skrin sahaja walaupon tangan tu merayap tah kemana hala ehh tak tak tangan kena statik sahaja.

Ceh..Apa dia ingat aku tak tahu yang dalam dompet dia ada 60 hengget ja, mana nak beli tiket balik KL, nak beli rokok dunhill, mana la nak cukup layan perot aku sorang ni. Kurang-kurang nak kena makan spaghetti, abih lekeh pon  kepsi ataupon mekdi. Aku bagitahu perotku supaya bersabar, nanti beliau dapat gaji praktikal kita kikis sampai nipis ok.

Dalam masa yang sama ada jugak manusia yang bertanya.

"Tak bosan ke duduk je kat situ?"

Haishh tak bosan langsung beb, mana boleh bosan, setiap satu jam aku ajak beliau masuk bilik aku yang kononnya takdak jiran tetangga. Haa tu mula la korang pikir pelik-pelik kan, ingat aku ni perempuan tak senonoh sangat ka?memang la aku gila sikit tapi iman tu kurang-kurang boleh la panjang sejengkal ehemm. Jenuh jugak encik buncit menegah dalam iman. Siap suruh aku labuhkan tudung lagi, motif betol la awak ni sayang. keh keh keh...

Soalan lain yang menerpa gegendang telinga.

"Tak mengantuk ke duduk kat pondok tu?"

Memang mengantuk la dah asyik bersembang macam tiada agenda lain. Kalau nak diikutkan kepala otak encik buncit yang gila tu, kalau boleh nak ja dia bentang tikar dibawah pohon yang rimbun berhampiran pondok tu, boleh juga baring-baring sambil ditiup angin sepoi kira macam berpiknik dibawah pohon sambil diperhatikan oleh manusia yang lalu lalang pergi solat jemaah disurau. Lantas aku pon bergegas ingin mengambil tikar supaya boleh baring-baring bersama, cepat saja encik buncit menarik tanganku supaya jangan bertindak gila. Tengok siapa yang gila sebenarnya?aku ka dia?

Kalau kami bergaduh lite-lite, mula la nak menyanyi "Tak perlu bertengkar tak perlu bermasam muka" sambil berjoget keliling pokok. Lepas tu gelak ketawa balik. Simple. Tak payah gaduh lama-lama kan. Bersyukurlah ada pokok disitu.

Hakikatnya duduk bersembang saja sudah penat kalau berjalan-jalan lagi la penat. Jadi lebih baik luangkan masa bersembang menatap wajah pasangan, bergelak ketawa, berkongsi umpatan dan gosip-gosip liar serta menyanyi lagu duet OST 8 bulan bersama, bagi aku itupon dah cukup gembira,sudah cukup untuk buat aku sisipkan sebagai kenangan yang terindah. ececehh *muntah


nampak tak muka aku tengah happy tu?
encik buncit dah warning awal-awal
 "jangan letak gambar apex yang tak senonoh tadi tu, memang apex patah balik pi johor shoot perut ayu"
oke buat-buat takut je la..


Setelah 3 hari 2 malam encik buncit di UTM, beliau pon pulang lah ke KL pukul 3.30 petang tadi, depan beliau aku buat muka steady sahaja buat muka keras kong, lambai tangan pelok erat-erat comolot bagai eehh nak mampos kena terajang dengan abang-abang aku, aku hanya melambaikan tanganku keudara. Hilang sahaja beliau dipandangan mata, aku terasa pipiku basah, balik bilik terjun atas katil, bantal pula yang basah.

Sedih betol jumpa dalam masa yang singkat...bye yayang..=(

28.10.10

kereta BMW

Nak pegi beli barang kot masa tu gua dah lupa tapi bersama gadis tercantik SKK(nizan), merempit naik motor sampai depan kedai parking baik punya. Beli barang kembali semula ke motor. Ada sorang pak cik tua ni pandang.

"Motor adik ke ni?"

"ahha"

"Tak tahu ke sini parking kereta, suka hati ja kan nak parking sana sini"

pakcik tua membebel lagi, dan lagi dan membebel lagi.haram betol bebel sikit-sikit dah la.

gua malas nak layan, muka nizan dah bengang.
bodoh ape pakcik oii ada pulak parking motor kat taman U ni?

pak cik tu buat muka cam kimak pergi kat keta BMW dia, masok parking sambil mulut terkumat-kamit.(bebel lagi la tu)
driver je pon pakcik! nak kerek lebih-lebih pesal?macam tak boleh cari parking lain. sial betol.

27.10.10

Siapa Hamzah Ian sebenarnya?

Siapa la yang tak kenal Hamzah Ian kan raja konec semalaya. Gua pon heran follower dia boleh jadi ribu riban, kalau dulu dia letak nama kahak cair sumpah gua geli dowh, sekarang beliau dah glemer dah femes. Sampai blog gua pon beliau tak sudi nak jenguk dah, ye la gua ni pipit (tidak merujuk kepada saiz badan) hamzah tu enggang, nak-nak pulak dah ada awek cun melecun sekarang ni kan. betol tak hamzah. Gua kenal hamzah ni before dia ada blog terbang tinggi-tinggi tu tapi gua kenal dalam fesbuk je entah celah mana gua boleh friend dengan dia pon tak taw la. Yang gua taw dia kawan dengan zamenolarip seorang junior gua yang mukanakmacamkoreatapihatiselembutkapas.

Gua paling suka baca baca status dia dulu-dulu. Dulu-dulu tu sebelom dia jadi hamzah la.(aiyak!) status yang selalunya sengal dan panjang. Dah jadi hamzah ni status pon comel-comel je tak cita pasal konec cita pasal tetek . hakhakhak bongek*

Apekejadahnya gua sembang pasal budak gay ni? ni ha mangkuk ayun ni suruh LIKE gambar dia, nak menang RM150 ja pon chatting ngan aku semata-mata nak suruh like muka gay dia tu haram sungguh, bukan nak tanya aku dah makan ka belom ka, sihat ka tak ka, ini tak! beriya suruh aku like gambar dia lepas tu suruh 100 orang kawan aku pulak LIKE. Diktator betol la ko ni hamzah!

Nah meh like gambar dia ni, 

step 1 "LIKE page ni"

step 2 "LIKE gambar gay dia ni"

kalau dia menang korang tuntut la kepsi ke mekdi ke kenny rogers ke kat page dia

tak memasal kena babi dengan aku tadi, kacau lagi aku tengah buat thesis. grrrr


26.10.10

Ada aku kisah sapa Fida Aisyah?

walawess..melebih-lebih pulak aku ni, tajuk macam nak cari gaduh. haha tak de betol la aku tak amik port sangat pasal sape fida aisyah tu, aku follow dia pun sebab dia ada kontroversi dengan zack dulu,woha gila jujur aku ni. haha tapi sedikit sebanyak aku mengagumi lukisan dan gambar yang di claim sebagai dia punya. tulisan kat blog dia aku tak into sangat sebab terlampau melankolik terbelit-belit lidah mak nak baca taw nyah. aku pernah baca 1 atau 2 entri ja dalam blog dia so takde la rasa tertipu ke jadahnya. apa-apa pon sabar je la ekk kepada yang rasa tertipu lagipon sapa suruh korang percaya bulat-bulat. ayat-ayat dekat entry aku pon kadang-kadang ada ja menipu, semua tu kan sekadar nak menyedapkan cerita.lol

Then bila aku baca entry dari blog joe ni memang best, haram aku pon terkena prank sekali. pandai betol mamat ni buat cerita. hahah kalau nak baca entry konspirasi fida aisyah boleh baca kat blog izuarimamat ni yang setat dulu, kalau tak aku tak taw pon pasal segala gambar-gambar edit fida tu, macam yang aku kata la ada aku kisah. ngeh3

Tapi kalau ada sesapa nak buat konspirasi siapa J.Love dengan plumpy tootsie sebenarnya? aku berminat nak taw. keh keh keh takde la aku just suka baca entry diorang. apa-apa pon hormati mereka yang nak rahsiakan identiti sebenar daripada dunia blogger. korang baca blog orang sebab nak kenal lebih-lebih dengan blogger tu ke?gile stalker weh,haha aku baca blog orang hanya untuk buat aku gelak dan happy, itu sebab aku suka baca entry yang lawak-lawak yang ringan-ringan. just enjoy your reading okey don't be too damn serious. 

Wah wah wah tengok dah setat speaking british pulak. haha ok yang bawah ni dah lari dari tajuk sebenar entry ni. gua nak ucapkan terima kasih kat alvin sebab gua cilok story dia buat public speaking. hoho jangan marah ekk bro, gua dah cuak  tak taw nak cakap apa tetiba masok blog lu dapat idea pulak(berguna jugak taw blog lu tu). terima kasih juga kepada encik buncit tercinta sebab naikkan semangat gua dengan bagi video lagu hindustan yang ada 2 ekor gajah beromen(motif?), mak dan family serta rakan-rakan yang banyak menyokong gua tak kira di fesbuk mahupon di alam realiti.*waklu

Ohh lagi satu semalam kan gua punya gelabah mak enon sampai masok dewan kuliah tadi pon gua boleh buat refreshment dam dam dada lagi (refreshment untuk hilangkan ngantuk tapi gua buat untuk hilangkan gelabah care tak?). Last-last gua dapat fullmark! keh keh keh sila tepok tangan depan laptop masing-masing oke.
MySpace tepuuuk-tepuuuk semaaaangat!!(dengan gaya pengakap sekolah) oke gua dah setat annoying.(-_-")

 celah mana boleh dapat fullmark pon gua heran. grammar dah la tunggang langgang terbalik terkangkang, gua syak sebab gua pakai cantik sangat kot tadi.*pengsan . Best speaker dapat kat orang lain la, kalau dapat kat gua maw buat kenduri 7 hari 7 malam tanpa henti tu.

oke lepas ni aku akan busy dengan thesis pulak, lepas tu encik buncit nak datang utm, lepas tu viva project  final year, lepas tu raya, lepas tu final exam. hoh time table aku dah bersusun ni tapi study nanti terbarai jugak. hampeh!

entry berterabur harap maaf~

boyfriend