31.12.10

Saya berazam untuk ehem-ehem

Bila masuk tahun baru mesti ada azam baru, tak kira la tahun baru dalam kalendar islam ke cina ke omputih ke. Memang tipikallah tanam azam baru ni. tipu la kalau kamu kata tak pernah nak berazam. paling tidak mesti berazam tidak mahu main sabun lagi. Ya aku tuju kepada kamu. takkan la aku pulak yang main sabun. logik la sikit oke.

Masuk saja 1 haribulan mesti ramai yang mahu tanya aku,

"Apa azam baru kau tahun ni?"

"Apa azam tahun baru hang?"

"Apakah azam tahun baru anda?"

Macam penat pulak nak menjawabkan, bayangkan kalau aku ada kawan seramai 10 orang (looser betol ada kawan seramai 10 orang ja). kalau sorang tak paham bahasa tanya 4 5 6 kali soalan yang sama, tak ke rasa nak lempang tu?

Jadi disinilah perlunya sebuah blog. Kalau ada orang tanya jawab ja.

"Pergi baca blog aku sekarang dan jangan lupa klik nuffnang aku"

Nuffnang tu untuk masa hadapan jangan salah sangka yang aku hadap sangat dengan duit nuff tu. Itu tabung sikit-sikit buat kenduri kawin kot. Encik buncit mana ada blog kalau dia ada blog pon aku sorang ja baca so aku sorang ja yang klik nuff dia, ohh tidak kaya la kalau tunggu duit nuff ja kan.

Oke mesti ramai yang view blog aku sekarang sebab nak tahu azam aku kan. Ye la aku mana ada boifren macam Khairul Fahmi Che Mat yang boleh buat orang view blog aku tetiap hari.

Berbalik kepada azam aku tadi. Aku berazam untuk kurus pada tahun ini, ya kurus. tolong la doakan jangan tolong gelak saja. Ingat aku tak tahu masing-masing dok senyum sinis depan laptop. Jangan terkejut la menjelang 31 Disember 2011 gambar aku jadi begini

Lisa Surihani = Ayue Surihanyot

Apa-apa??ingat tak boleh ka??Mimpi pon kadang-kadang boleh jadi kenyataan tahu?

29.12.10

takde laser pon menang jugak

amboi,amboi,amboi. seronot takyah cakaplah. Malaysia menang oii. Laser mana laser? nasib gak kita bagi bolos 2 bijik kalau tak konfem ibuk-ibuk bapak-bapak mau buat kontroversi malaysia pakai dukun. aku rasa dukun,pawang,bomoh segala pon tak larat dah nak ubah tiang gol tu. haha matilamak! lepas ni indon nak maki apa pulak tak taw la kat twitter nuh. baik kau maki gonalez tu la. dia kan raja offside malam ni. yang aku tak paham apasal tv dok tayang muka monaharam dengan luna mayat tu tak abis-abis? macam la penonton hadap sangat dengan muka depa ni. perghh panas hati betol aku. ini game bola sepak tahu?bukan sinetron tv.

oke lantak kau la indon moga kau senyap, balik pikir balik agak-agak kenapa la Malaysia lagi maju dari Indonesia. setakat video ariel masok cnn tu tak payah la nak kecoh-kecoh ye dak. 

*********************************************

Masa safee sayang bagi gol (terus panggil sayang kau), abih satu rumah bergegaq, dari tidoq terlentang depan tv terus bangun meloncat-loncat. holamak scene tu memang takleh lupa la bak kata status member aku.


Serius rasa macam dapat 4flat. walaupon aku tak penah capai pon angka tu. (-_-") 

balik je rumah aku (tadi tengok tv kat rumah abang kak ipar aku sebab tv depa clear dan besaq kira jelas la aku nak tengok peluh-peluh jantan player kita) terus bukak fesbuk cari ni..


sayang apek ketat-ketat taw. keh keh keh

nasib sangat la ada dia yang banyak selamatkan gawang gol kita tadi. kesian gak aku dok tengok dia marah-marah defend tadi..

ermm sabar ye bang jangan marah-marah I tahu U tertekan nanti balik I tolong relaxkan U yea..walamak nak bagi relax macam mana ni???cepat google!!

Sekalung tahniah jugak buat rajagopal (macam dia baca blog aku pulak) yang gila cool masa malaysia dapat gol. kalau aku konfem berjoget-joget dah tepi padang tu. ala joget aserehe tu. 



Omaigod!


dah-dah la tu menggedik sama-sama lah kita panjatkan kesyukuran kepada Dia ye. Usaha dan doa kita kepadaNya yang membuatkan kita sebagai juara.

amin..

Yang dok bising prum prang prum prang tak puas hati tu cukup-cukup la yea. Dunia tahu siapa yang menang. Peace!

Siapakah Ayuerobin?artis terkenalkah?

Kenal tak ayuerobin?kalau kenal memang betollah dia sudah femes sekarang, kalau belom kenal tak mengapa sebab dia bukan macam hanis zalikha yang ada belog best sebab penulisannya dan belog dia best pon bukan sebab gambar-gambar cantik semata.

Ayuerobin tu nama I punya link address la kalau U all nak tahu sangat. ala pemilik blog hitam itu bukan putih tu. nama samaran I Ayue Surihanyot. meletopkan nama I? takpe jangan puji lebih-lebih nanti I kembang habis sepender I berlubang dah la sepender pon mahal sekarang 3 helai rm10. mahalkan?

Oke macam tak sedap pulak guna kata ganti nama I. sila tukar kepada aku. bertukar!

Ramai yang tanya aku (ke aku yang perasan sendiri?). Kenapa ayuerobin?kenapa robin?sapa robin? femes ke robin ni? masa tu aku rasa macam nak ketuk kepala sendiri haramjadah ape tah aku letak nama ayuerobin ni? grrrrrr....

Idea ayuerobin ni datang sebab aku sangat suka pada robinhood. ala cita pencuri omputih dulu-dulu tu.ingat tak?ingat tak? kalau sebut pasal robinhood je mesti aku ingat kata-kata ustad sekolah rendah aku dulu. "Matlamat tidak menghalalkan cara". comel kan aku boleh ingat apa yang ustad aku kata. Ustad aku suka sangat bagi contoh robinhood. geram betol tau tengok ustad tu comel ehh bukan! geram betol dengan ustad sebab cakap macam tu kat robinhood aku. tapi bila tatap muka ustad lama-lama baru la boleh terima kenyataan sikit. (sebab masa tu baru taw ustad tu cikgu agama. lol)

Sebelum tu aku letak ceritasipenglipurlara.blogspot.com tetiba kawan aku si che ton ni menganjing aku letak nama nak jiwang-jiwang. celah mana yang jiwang aku pon tak taw. nama blog aku masa tu pon ada sipi-sipi nak penglipurlara jugop. Nasib jugak la che ton tegur kalau tak, mau aku kena bahan dengan budak-budak kos aku. nak lagi celaka bila boifren sendiri yang menganjing. perghh pedih je rasa. nak maki balik tak boleh kang kecik ati pulak. hah sabar je la.

Maka terjadilah ayuerobin.blogspot.com....ni pon nak macam celaka jugak bila hellioz panggil aku ayuerobintang. ^%#$!#@!(&!6$

Sekarang ni aku rasa nak tukar lagi. agak-agak boleh dak aku nak tukar nama link aku. aku nak letak

ayueyangcantik.blogspot.com

boleh tak agak-agak?

agak-agak orang nak puji ke nak maki?

28.12.10

Sejauh mana hubungan suami isteri anda?

Aku nampak sepasang suami isteri berjalan berpimpin tangan. 
sweetkan? 
lepas tu si suami menyuruh isterinya duduk dibangku rehat. 
Si suami tetiba hilang, 
ohh rupanya dia pegi amik kereta, parking kasi dekat sikit dengan bini dia. 
Sweetkan? 
Isteri pon bangun la menuju ke kereta, tak semena-mena si suami keluar dari kereta lalu memimpin tangan isteri berjalan. 
Sweetkan? 
lepas tu si suami pon membuka pintu kereta untuk si isteri.
nak lagi sweet. 
sepasang suami isteri ni umurnya dalam lingkungan 60-an. 
cukup untuk menggambarkan kasih sayang si suami kepada si isteri walaupon usia makin menginjak senja. 
nampak simple tapi kadang-kadang kasih sayang bukan hanya luahan I love U semata.



tapi sweet sangat pon tak elok jugak kang kena kencing manis kan ke susah.

ok tak lawak. jom tido sambil mimpi basah.
motif sangat.

kalau kak geli baca entry ni, 
cerita la kat abam geli,
 mana tahu lepas ni abam geli outstesen beli kondom perisa durian pulak ka.
kira hadiah jugak la tu kan. ehem


p/s: ya aku tahu tajuk entry macam best, tapi entry macam kimak cerita pasal benda lain. haha lantak!

boyfriend