"Ini punya update atas permintaan follower-follower tetap aku"
statement macam nak bagi makan penampar pon ada kan?? tak pa aku paham.
Ok sebenarnya tadi aku pegi danga bay dengan hanak, aina dan yuni. (budak-budak ni yang suruh aku update. terasa jugak macam ada orang baca blog aku. keh keh keh) kami just jalan-jalan ja kat situ sambil tangkap-tangkap gambaq pose posisi maut. best jugak sebenarnya dok melacur kamera (camwhore) bak kata razmanbajetkacak di kala matahari terbenam ni.
sedang kami dok posing cute kat tetengah danga bay tu datang seorang jejaka kacak minta tolong promote kan satu jenama air tin ni, aku mati-mati ingatkan dia nak jual air sebab dok pegang tin bagai. nasib la kacak kalau tak.. tak kuasa la hai nak layan. ni betol ni lahir dari hati yang ikhlas, habih tu kalau mamat hensem macam shahz jaszle yang datang kat korang tak kan korang nak buat bodo je? paling kurang pon mesti la cakap.
"takpe la i tak berminat" sambil senyum sampai ke kening. betol tak betol tak? ke aku yang memang gatal?
mula-mula tu tolak la jugak. amboi non takkan nak terus terima? aku pon rasa macam ragu-ragu jugak dah tu mesti la malu-malu sikit kata tak mau. padahal dalam hati dah macam "OMAIGOD..kena jadi model ke ni" kalau boleh tayang perasaan dalam hati aku masa tu..sumpah gedik nak mampos wei terlompat-lompat terkinja-kinja, ya la seronok punya pasal..oke aku tipu aku taku sebenarnya ye la kang dia dok buat jampi serapah apa tah kat gambaq aku tak ka naya..
lepas tu macam kesian pulak kat dia so bagi la dia snap gambar kami ramai-ramai sambil pegang ayaq tin kosong diulangi kosong. binawe kot nak bagi kami sorang se tin ayaq tu ka..huh haram tak bagi pon..
Dah posing ramai-ramai, nak tangkap gambaq sorang-sorang pulak. amboi bang pandai kan u ni, mula-mula cakap nak snap gambar berkumpulan ja. Sekarang nak amik gambar sorang-sorang pulak, nakal tau abang ni. *ehem So ada la gambar kami posing dengan air tin tu. tak macam haram pulak aku dok buat muka comel sambil 2 bijik tin belaga kat pipi. Ya Allah sumpah annoying pulak aku rasa pose macam tu..heh masa kami on the way nak balik tu nampak lagi ada 2 3 orang pakai baju sama dengan jejaka kacak tadi dok mintak snap gambar orang lain pulak. kira bukan kami je la mangsa disitu. yang berkeluarga siap ada anak-anak pon sekali kena dok promote menatang alah tu..
Esok tengok la gambaq muka aku dalam fan page facebook/poweroot (tak pasti link dia yang aku tau jenama power root la). pastu ramai-ramai like gambaq tu ekk.. mana tau boleh menang ipad ka iphone ka like_i_care ka.. tak pon boleh jadi duta power root pon jadi la.
bukan apa nanti korang jugak yang bangga ada member artis macam aku. ehemmm
11 comments:
dipaksa promosi ke terpaksa promosi produk ni?
perghhhhhhhhhhh..jadik model siot..nanti aku nak google muke ang..
gile kalu aku ada kat seblah ko masa ko pose gedik tu, tobat aku muntah...hahhahahaa
ayul:: dipaksa utk tgkap gambar..ahaha
cik sha:: belom jadik lagi..ko gila gemok gedempol nak jadi model..
miss geli:: akak tak tengok lagi kalau akak tgk sumpah akak kata comel..hahaha
MANE LINK GMBR TU? KAH KAH
jd model pd anak2 cukup la
wargh... penipu namanya..
konon2 nk ckp yg korang ramai2 ler minum air power root dowank tu..
padahal, mengemis gambar korang jer...
xmalu...
hahha model power root syal....tp kan kot die bg air tin dah campoq ngan pil kuda cmne? :P:P
encem sgt ke mamat tuh? pelis kasi no phone dia *kalo ada*. hekhekhek. aum~ :P
Malu tapi mahu.. Ces! :)
lama x usha blog ko.. posting sengal masih tak berubah.. hahaha..
Post a Comment