24.2.11

dalam Bas Express punya cerita (wajib baca)

Gamak takde kelas ni boleh la aku update sepam dua. Bersyukur jugak sebenarnya sebab niat dihati memang tak mau pi kelas dah petang ni sebab suara aku dah macam vokalis kumpulan 6ixth sense yang sengau-sengau sedap tu, gara-gara selsema punya pasal. adeh

Hari ni nak bercakap pasal bas express. ermm paham-paham je la nama pon bas express mesti laju gila babi la. perkara pertama yang aku akan buat sebelum tidoq masa naik bas adalah MENGUCAP. gamak tak sempat mengucap pulak kalau-kalau bas tu terAccident. Ya Allah Nauzubillah.

So kalau naik bas express dari johor ke kedah, harap maklum haruslah naik waktu malam sebabnya waktu siang hangpa akan rasa penat ya rabbi. aku penah naik sekali ja waktu siang sepanjang aku study kat bumi UTM ni. 13 jam bai 13 jam aku duduk tercongok dalam bas, nak tidoq pon susah sebab setiap sejam hang akan terjaga sebab cerah kan. mana tahan. kalau naik bas malam 8 jam je. 15 minit aku berjaga lagi 7 jam 45 minit tu aku membuta.

Itu kalau boleh membuta sebab kadang-kadang ada jugak gangguan-gangguan liar yang berlaku sepanjang perjalanan tu. contohnya:

1) ada penumpang lain makan dalam bas

Kalau makan jajan ke asam boi ke takdak la aku kisah sangat. ada sekali aku naik bas tu, sorang minachi dengan 2 orang anak dia dok kat sebelah seat aku makan ROTI CANAI. kau tak rasa macam satu bas bau kari waktu tu. aiyoo ammaaa kasi makan masa bas berenti kat R&R la. nak termuntah aku bau kari kuat sangat. (nota : aku tak berapa minat dengan roti canai so jangan harap aku nak mintak sikit kat minachi tu)

2) bersembang macam duduk kat bilik sendiri

Masa tu aku balik raya tahun 3, yang ni memang nightmare sebab hampir 3/4 daripada penumpang bas tu adalah kaum PATI. malaun betoi makcik kaunter bas tu bagi aku naik dengan bangsa-bangsa ni. dapat pulak seat sebelah diorang.  Dah la tetengah jalan bas mati! sejam lebih jugak la dok tercongok kat stesen minyak tu. binawe sungguh. bila dah siap repair masuk dalam bas ingat boleh tidoq.

Tetiba malaun kat belakang aku ni boleh dok bersembang pungpang-pungpang pulak dengan member seat belakang dia. korang paham tak ni? aku dah lukih pelan tapi tenet camharam so takleh nak upload. so bayangkan je la ekk. korang punya imiginasi kan tinggi. ehem waktu tu dah pukul 2.30 pagi kot, dia boleh menyembang dengan bahasa yang sepatah haram aku tak paham. kuat pulak tu, aku rasa 1 bas tu boleh dengaq. aku dah tak tahan sangat..aku sound la dia suruh diam sikit. sekali DIA BUAT TAK TAU JA!. amboi main kasar betol malaun ni. lepas tu nasib co-driver datang suruh dia senyap sikit. kalau tak mau lebam bijik mata kena lesing dengan penumpang lain. dengan penumpang lain la aku ni lemah lembut mana boleh main tumbuk-tumbuk.

3) kelajuan bas yang macam pelesit

Yang ni masalah dengan drebar bas pulak, terhuyung-hayang bawak bas. mana la aku tak bukak surah yasin kuat-kuat pakai earphone. gilo sungguh. ada sekali tu aku rasa macam bas tu nak terbalik, menggagau aku pegang tingkap bas tu. encik buncit kat tepi dok rilek ja main game henfon. siap kata pulak aku yang mengigau. hoi-hoi bas tu laju sangat la!!mana ada aku mengigau.

4) penumpang depan rendahkan kerusi

Part ni paling aku menyampah sekali sebab aku paling pantang orang rendahkan seat semahu-mahunya. apa kau ingat ni kapal terbang kelas VIP sampai ke lantai kau nak rendahkan seat tu? kadang-kadang tu (bukan kadang-kadang dah memang selalu aku buat) masa awal-awal orang yang dok depan aku nak rendahkan seat, aku akan tahan sikit dengan kaki. kira takdak la dia rendahkan kerusi tu sampai kena peha aku. haha macam pedajal orang pon ada jugak ni. hoh dulik ape aku janji sama-sama selesa.

5) budak kecik merengek

ermm..apa nak dikata. nama pon budak kecik kan kalau dia merengek melalak selama 8 jam tanpa henti pon kau kena sabar je la, melainkan itu anak kau boleh la nak cepuk sekali dua. ni anak orang abis kuat pon kau lemparkan satu pandangan tajam kat mak bapak dia. tak pon hang sumbat ja roti canai minachi tadi dalam mulut dia.mungkin dia akan senyap atau mungkin 5 jari tangan lekat kat muka hang.

6) air-cond dah macam kat kutub utara

Aku ni orang kampung jadi aku sangat tak boleh belah sikit dengan ekon (air-cond). kalau takat angin sepoi-sepoi bahasa tu boleh la nak tidoq tapi kalau dah sejuk beku macam ayam frozen tu mau menggigil tahap gaban, harap lemak je banyak aku ni tapi badan sangat tak tahan sejuk. kalau ada encik buncit boleh la teeeeettt (siaran terpaksa dipotong) ini kalau takdak dia dok mengharapkan jaket yang tak berapa tebal dengan pashmina singapore tu je la (perlu ke mention pashmina ni beli kat singapore? oke tak perlu).

7) drebar bas pasang movie kat dalam bas

kalau bab-bab movie ke tv ke radio ke aku tak berapa kisah sangat sebab aku boleh je nak tidoq dalam keadaan macam tu. melainkan kalau speaker dia ada kat atas kepala aku lepas tu volume dia ya rabbi punya kuat. agak annoying jugak la tapi aku layankan aje tengok cerita tu. ada sekali tu drebar pasang cerita MAN LAKSA. paham-paham je la cerita man laksa kan takdan 15 minit aku dah terlelap dah pon. yang tak boleh belahnya setiap kali aku terjaga cerita tu tak abis-abis jugak. aikk pelik betol aku. rupa-rupanya drebar tu biarkan aje movie tu berulang-ulang tayang. sekali abis pastu dia tayang balik. perghhh dekat pukul 4 jugak la ada sorang amoi tu bangun sambil bebel-bebel (dalam bahasa dia) sampai ke belakang driver tu dia bebel pastu dia tutup tv tu. haha tergelak-gelak dah aku waktu tu. aku dengar driver tu cakap. "Ehh rilek la amoi, best ape cite tu". tang mana yang best pon aku tak tau la. nak je aku cakap "apa yang bestnya pakcik, ce cite ce cite??" tapi aku tak sempat nak tanya mata aku dah tertelap dulu dah. hehehe


Itulah antara sebab-sebab yang boleh tahan annoyingnya bila korang naik bas dari utara ke selatan. macam-macam ragam. Itu belom cerita part beli tiket bas, ragam makcik kerek dalam bas. haha yang tu lain kali la kot dah panjang berjela dah ni. oke bai.

15 comments:

Hasrol Nizam said...

part movie tu tak boleh blah. ada la satu hari ni, deiver pasang cerita best. Ip man kot kalau tak silap. last2 cerita baru setengah jam dia dah tutup. kempunan aku nak tengok.hahaha..

AyuE SurihanyOt said...

bukak cerita best xpe la jugak ni cerita entah apa2..tak pon tayang cerita yang general sikit sbb dlm bas tu kan ada pelbagai bangsa termasuk la bangla, indon, vietnam..adoi kaya dengan bangsa betol malaysia ni..

SYAKIRA said...

hah SGT stuju dgn point bas mcm pelesit, penumpang rendahkan krusi dan pasang movie! plg ta leh blah turunkan krusi. aku pun slalu buat2 letak beg atas paha. biaq depa tak leh nak turunkn krusi tu smpai habeh

DuniakuAbstrak said...

aku pernah naik bas express yang super Lembab..derita batin aku sepanjang perjaLanan

nadia said...

betul la weh!
aku tension je naik bas ni..
laju + sejuk paling tak tahan..
tapi tu je la transport yang boleh naik dari selangor-k.terengganu -.-'

ada mokhtar said...

4 tahun berulang dari johor ke kedah naik bas... dah tak sanggup lagi... hehe

nur hidayah isa said...

setuju semua part...mmg takot kalo drebar bawak laju gila..nk tido pon tak sedap hati asik pandang depan ajer..kahkah

eiffel said...

giler rare mkn roti canai!lol


eh, aku nek bus vip seat...oke je kot klo turunkn seat...

Anorrin Ruzila Rahmat said...

klu dr kuantan ke As ke, Jitra ke, Changlun ke..pon sm..movie Man laksa x hbs2..tah pape..pastu sejuk nak mampos lak tu..laju xyah la..mmg x igt mati punye driver..kot dia mati sorg xpe..

makdara TERdiva said...

lawak tul citer hang ni dik!

jom2 kita pi singapore naek bas bln 5 nnti :)

mR. sMiLe said...

cop2 satu nak tambah,
ade y maen sms dlm bas tp x silent. ringtone bkn maen kuat lak tuh. pastu kene sound, die sorang je ade pakwe.. hak3x

Linglung said...

nombor 1 dan 6 gua tak berapa boleh nak in..

liyanaziz said...

nombor 6 punya review best! ceit!! hahahahhahaha.. kalau ada bantal peluk hidup x perlu lagi pashmina singapore.. kikikikikikiki

Puteri Iqa Izyan said...

isk. mkn roti canai dlm bas?
tak penah buat dek org. :P


agknye bas tu bapak die belikan utk die. sbb tu die ske hati ckp kuat2.hehehe

hamzah ian said...

bongok.. sejak dari form4 gua naik bas.. ni la kali pertama gua jumpe orang yang senasib dengan gua..


hahahaha!!!

boyfriend