2.2.11

Mesir punya Hal

Sekarang ni kecoh pasal kita punya rakyat kat mesir tu kan? semoga diorang selamat sampailah ke Malaysia. Mula-mula aku bengap sikit pasal masalah politik yang berlaku kat mesir ni maklum lah berita tv tak mau tengok, surat khabar malas baca nasib la ada fb dengan twitter so takde la macam katak sangat. *kesian katak jugak jadi mangsa.

Selalunya fb dengan twitter ni akan cakap sikit-sikit je pasal berita ni maklumlah nama pon status kan so aku terpanggillah untuk baca blog-blog yang menyiarkan berita tentang keadaan di mesir ni. Aku try gak baca link antarabangsa yang kawan aku post tapi tak berapa paham haihh berbelit-belit pening kepala aku nak memahamkan situasi sebenar kat sana.

Oke aku bukan nak cerita pasal keadaan mesir whatsoever sebab benda tu kau boleh carik kat google. tapi aku nak tanya korang kalau korang baca sesuatu isu tu korang akan berpandu pada satu-satu blog atau secara universal? sebab berdasarkan apa yang aku baca kat blog-blog yang serius (baca : blog politik) kebanyakkannya mengecam, maki hamun kerajaan, mengutuk dan macam-macam lagi la. masa tu aku pon mula la pikir ke arah satu side yang kita sendiri pon tak tahu betol ke tak. sebab blog-blog politik ni ayatnya meyakinkan. Dan bila aku blogwalking lagi dan baca lagi dan blogwalking dan baca lagi..

Ternyata kita tak boleh baca berpandukan satu blog yang kita anggap hebat sebab dia pon manusia jugak ada pandangan sendiri. so better kita baca dan cerna sendiri dalam kepala otak kita ni yang mana betol yang mana salah yang mana elok yang mana burok.

heh. korang paham tak apa yang aku cuba sampaikan ni? dah la aku cepat lapar kalau baca blog serius ni. penat berfikir sebenarnya tu sebab lapar. betol tak? ke sebab memang perot aku yang besar, huh hampeh...

6 comments:

DuniakuAbstrak said...

Aku suka baca banyak source, sbb ada Sesetengah website tu berat sebeLah, kita baca dan buat pertimbangan, benda Logik boleh fikir sndiri.

Yang aku sedih time tengah kritikaL camni kaki kaki poLitik tegar nak amik kesempatan bLame sana bLame sini. Sekarang bukan masa untuk berteLagah, apa yang penting sekarang masing-masing kena main peranan, support seLagi boLeh. Sebarkan makLumat yang betuL, bukan propaganda.

nadiah fatihah said...

jgn mudah terpengaruh bile bce blog serius ni...tak semua betul...masing2 nk pertahankan diri n pendapat masing2 je...both sides kene kaji... (cewah dah mcm psm lak nk kaji2 bagai..hahha)

AyuE SurihanyOt said...

ayul:: tu la tapi banyaknya yang menyalahkan kerajaan..baru ada satu blog yang tunjukkan relevannya kenapa kerajaan buat mcm tu..kdg2 sendiri pon tak trpikir jugak logiknya..heh penat..


nadey:: teruja dowh ko komen...heheheh tu la kena jugak cari sumber yang lain utk kukuhkan satu2 perkara tu..hmmm

liyanaziz said...

sangat setuju, mostly blog serius ni semua mengeji kerajaan, so kita banyakkan lagi baca then kita pikio sendiri, mana baik mana buruk, masing2 dah beso panjang kan nak pikio.. yg penting, we are not in their shoes and we shouldn't blame them on what had happened..
semoga Allah melindungi semua umatNya yg tak berdosa.. amin

♥CIK SHA♥ said...

aku faham..aku faham..

aku kalau baca benda serius2 ni aku suka rujuk banyak source dan takkan terpengaruh pada 1 side je..macam ko cakap..baca banyak2 source pastu pandai2 la fikir mana baik mana tak baik..ada akal kena la guna kan??

AyuE SurihanyOt said...

liyanaaziz:: hang org nogori ka ni..hehe aku baca gak entry2 dr blog bukan politik...sama jugak reaksi diorg..masing2 ada pandangan sendri..


ciksha:: yup..kita pon bole pikir baik burok..=)

boyfriend