28.4.11

Sebab musabab malas study

Orang dah habis study week aku baru nak start study. nice kan? memang la dah banyak kerja kot, 2 hari satu malam tak tidoq tau oke nampak sangat menipu. sampai tak sempat nak study tapi selamat la dah final semester. Ha jangan tak tau, final sem ni la perangai syaiton tu naik kepala. tanduk syaiton tu ada la satu depa punya panjang.


Malas nak study tu perkara nombor 1 dalam hati ni, kedua nuu katil empuk aku dok melambai-lambai macam GRO pondan dok melambai kat lelaki-lelaki sejati belakang lorong kedai-kedai kat JB nuu. perghh cerita pasai GRO pondan ni kawan aku penah nampak depa keluaq dari semak gelap-gelap sambil betol-betol sepender. haa jangan tanya aku la macam mana kawan aku nampak dalam gelap gelita tu. mungkin dia suluh torchlight kot kasi clear. mungkin oke mungkin.


Itu baru katil punya hal belom lagi bila dah duduk atas kerusi meja study. Mood study tu datang 5 minit ja sebelum baca bismillah lepas tu hilang lesap entah kemana, masa tu la facebook main peranan. Walaupun takdak sapa nak layan tapi tetap jugak nak tengok facebook tu kan Ana Talib kan. haha Kalau aku pulak facebook dengan blog memang jadi sasaran la, 5 minit mata ke arah nota lagi 1 jam mata aku kearah laptop. hebat tak aku boleh kira nisbah baca nota dengan online?


Itu kalau wifi tak macam siput sedut dan tidak menaikkan kemarahan yang nyata kat dalam diri aku la. kalau dah internet punya lems (baca: lembab) aku prefer tengok cerita sambil study. Sebab utama aku buat macam tu nak hilangkan mengantuk (kononnya). Oleh sebab tu jugak kot aku punya result macam suam-suam kuku gitu tak tinggi tak rendah. Orang kata macam mana nak berkat kalau baca buku ilmiah sambil tengok cerita orang dok comolot bagai..erk itu baru comolot yang com benda lain tu macam mana? ehh aku mana tengok cerita-cerita loqlaq tu haishh aku selalu tengok Nur Kasih ja. erhem



Lagi satu gangguan syaiton ni dia hantaq dalam bentuk manusia. So nak taknak kita kena layan. Eceh takkan tak paham pulak tu maksudnya kawan-kawan datang bilik ajak sembang. aku kalau orang ajak sembang memang nombor 1 tau. kadang-kadang tu tak sedaq ehh dah subuh rupanya. Sembang pulak kalau perkara-perkara yang masuk exam takpa la jugak. Ini dok mengumpat orang nuu mengumpat orang ni kadang-kadang tu mengumpat pasal orang yang sama. ha kome ce cite ke awok macam mane nak berkat ilmu masuk dalam kepale?

Tapi ada jugak la ilmu yang berguna kami dok sembang-sembang. Ilmu kamasutra. memang berguna sangat la. amboi kemain lagi nanti nak komen tanya aku kamasutra tu apa.. pi google la weh. maklumat dihujung jari kan.


Tengok kemain lagi aku post entry, padahal nota kuliah dah ada depan mata haram tak start lagi. Hampeh! sesapa meh tolong azan kat telinga aku ni.

4 comments:

Anonymous said...

ALLAHUAKHBAR !

Shahada Fauzi said...

aku nak azan tak boleh..aku qomat je la kat tlinga ang..mau?

Remy said...

karmasutera 2 mesti lembut bak sutera kan..kalau karmabaldu lagi empuk...errrmmm...yummy..

Duniakuabstrak said...

Terbakar kau nanti kalau aku azankan..keh3


good luck exam!

boyfriend