30.4.11

Mulut Masin

Petang tadi aku exam, membrane gas separation paper first aku semester ini. jangan tanya aku subjek ni macam mana sebab aku rasa macam nak makan ja selipar asadi aku tu. jangan memain selipar jamban tu dah 4 tahun hidup dengan aku, fizikal masih boleh di kenal pasti. itu pon buncit kata aku pakai selipar ulu. eleh at least selipar ni masuk radio tau. selipar awak ada?? huh.

exam tadi rasa macam suam-suam bangang. ada 5 soalan tapi 2 soalan ja yang aku yakin boleh jawab sambil nyanyi lagu memori daun pisang. lagi 3 soalan aku jawab berdasarkan pengalaman dan ilmu didada . aku dah agak dah CO2 removal tu masuk tapi gatai sangat pi dengaq cakap noranizan mohamad gadis tercantik SKK tu kata Fuel Cell yang masuk.

"Mulut aku masin la ayu" kata beliau

"Ya ka? pandai-pandai ja hang kata masuk.."

"Betol la hari tu aku tanya soalan kat bebudak ni tup tup memang masuk soalan tu dalam test, tak caya ko tanya bebudak ni..betol mulut aku masin"

"ceh..orang kalau cakap mulut dia masin. konfem terus tak masuk exam tau apa yang dia cakap tu" bantah aku..

tapi memandangkan aku lagi percaya kat mulut noranizan yang masin itu lalu aku abaikan gerak hati aku.

last-last tengok soalan CO2 removal yang keluar..ha tengok mulut siapa yang masin sekarang? sabaq ja aku jawab soalan dengan hampa tadi. aku siap 90 minit awal kot, lagi setengah jam nak habis masa, aku berlagak hantar awal. muka riak tu takyah cakap wajib ada. lepas tu pandang sinis je kat member-member sebelah. tambah-tambah dekat noranizan yang buat exam sebelah aku tadi. tapi aku tau dia tak perasan punya. ye la sibuk jawab soalan fuel cell dia tu ehh CO2 removal. nak je aku tanya kat dia

"tak siap lagi ke nizan?"

tapi takpe la aku taknak la saiko lebih-lebih. dalam tu ada 11 orang lagi candidate tengah amik exam so aku diam terus balik jalan kaki..

Aku rasa salah aku jugak sebab percaya cakap noranizan..


patutnya aku rasa dulu mulut dia masin ke tak.

kan kan kan?

6 comments:

♥CIK SHA♥ said...

awat la ang tak comolot nizan tu dulu rasa masin ke tak?hak hak hak..

hamzah ian said...

mulut aku taknak rasa?? keh keh

NadiRah said...

hahhaha..aah!! npe tak comolot??kih3

mizz_aainaa said...

hahha..
lpas neh kna rasa lah eh mulut dy tuh masin ka x..

yuyu lar said...

hahahha...baik mulut masin dari mulut manis nih..

aku selalu je dgr ckp orang,kata hati sendiri taknak ikot..jd la mcm kau..kah3

DuniakuAbstrak said...

cilakak...bernafsu buas betul kau ni.. hahaha

boyfriend