29.9.10

what women want

oke susulan entry joyah love..

aku suka lelaki yang blablablabla...oke dah dapat dah walaupon tak berapa nak perfect..dah dapat yang memahami aku kira oke la tu..korang ada pakwe yang tak kisah aku tulis blog carut-carut cam ni??korang ada pakwe yang bila mana korang ada masalah dia akan sentiasa ada di samping korang walaupon hanya untuk mendengar???Korang ada pakwe yang bila aku kutuk dalam blog tapi dia still boley gelak-gelak manja lagi depan korang??ngeh3...sori sayang...tak sengaja pulak nak kutuk rambut u...lalalala~~

whatever it is...i still love u damn much!!

dah-dah la tu sayang jangan cover sangat perot tu..u ingat i tak nampak ke u tahan nafas..

apasal gua tunjuk sayang gua kat encik buncit ni???ohh semalam dia merajuk hari ni nak pujuk la...susah betol nak pujuk kalau dah kawin senang sikit...ajak masok bilik je dah setle...kankankankan????

oke-oke sambung entry..perempuan sekarang ni terlampau memilih sangat..nak yang hensem macam shahz jasle la yang alim ulamak macam orang alim la(tak taw nak bagi contoh sape) yang open minded whatsoever la..

lelaki yang dok ada sekarang ni pon banyak dah jadi nyah..hensem2 pulak tu yang jadi nyah...so wadafak oke!tu belom lagi yang gay... Dah la lelaki semakin pupus..oke ulang lagi sekali...laki makin pupus bukan monopos...

ingat senang ke nak dapat laki yang baik zaman sekarang ni???susah taw...so jangan memilih sangat...cermin diri sendiri dulu baik ke tak baru nak demand lebih-lebih...mana yang jadi perogol penyagak bapak ayam anak ayam gigolo...hoh!!macam-macam job ada..so dah ada yang sudi tak hensem pon tak pe la at least sedap mata memandang ye dak...janji hati baik...

lagi satu cuba tanya kat diri sendiri...

"aku nak yang hensem...aku ni cantik sangat ke??"

"aku nak yang hafal Al-quran...aku ni khatam quran ke tak lagi??"

"aku nak yang open minded..tapi boleh ke aku jadi open minded??"

Dem..apa yang aku membebel ni..hahah 

"lelaki yang baik hanya untuk perempuan yang baik..."

itu janji Allah kepada kita dan jika kita tak dapat apa yang kita hajati, ketahuilah yang Allah sedang menguji hambaNya...

alamak!!dah macam ustazah dah kan???oke lepas ni sila panggil Ustazah Ayu...

aku tak sabar nak kawin...motif??? (-_-")

28.9.10

"DiGi iPhone 4 Real"

Ohh yeahh..terlewat sikit nak update pasal benda ni..maklum la hidup student yang tunggang langgang sikit..

oke sebelom digi anjur contest ni lagi aku dah memang sayang digi ketat-ketat...aku pakai nombor digi tapi prepaid la bukan postpaid..gila best wehh aku mesej dengan encik boncit free(dia pon pakai digi jugak) kalau nak call lepas RM2 dah boleh gayut telefon satu ringgit...walawesss satu hari gayut RM2 kira berbaloi la tu kan...mesej pon free..waahh saya memang sukak gilak la samak itu digi...ngeh3...

tapi bila tengok iklan postpaid ni pon macam menarik..kalau aku la kan sebagai student selebet ni aku lebih berminat nak pakai plan iDigi 88..bayar bulanan 58 lepas tu siap dapat free2 lagi kira oke ler tu nak-nak pulak kalau encik boncit pakai line jugak..hah memang gayut setiap malam la jawabnya...internet pon free 1 gig..hoh dok dalam jamban pon boleh update blog guna henfon la macam tu kan...waahh semangat jiwa bangsa betol...

oke jom tukar ke plan digi...ohh yaa gua boley jadi model digi tak???

kronologi study aku sempena test plant design

26/09/2010 Ahad


8.00 malam : study sambil tengok the vampire diaries episod 3..ohh sambil makan malam juga..

9.00 malam ++ : bukak cerita pirana....ada adegan 2 orang gadis seksi berenang-renang dalam laut dalam keadaan bogel..tak dak baju tak dak swimming suit...dem dah la ilmu didada pon cetek..bertambah kering la bila aku tengok cerita tu..terus stop tengok...bukak lagu pulak, karoke sebab nak hilangkan tekanan kononnya...

10.00 malam ++ : encik buncit call..so gayut telefon sambil buat aksi ngada-ngada sikit walaupun beliau tak nampak..pintal-pintal hujung bantal..merengek-rengek mcam nak mintak lempang..haa lebih kurang macam tu la..

11.00 malam : mengantuk la pulak, tido jap la...15 minit kononnya..amik berkat nak study...

27/09/2010 Isnin

4.00 pagi : ohh dem sekejapnya aku tido sesi memaki hamun diri bermula...baru sedar tak solat isya lagi, pegi toilet ohh period pulak..balik bilik terus makan ubat sebab taw senggugut akan menyerang..lepas tu baru study..

5.30 pagi : selesai satu bab..ada lagi 2 bab nak kena cover..ahh tido dulu satgi sambung lain..

7.00 pagi : bangun..ahh ngantuk lagi sambung tido..

9.00 pagi : Nad ketok pintu bilik...ahaa dia bagi nasi lemak..bagus betol bangun pagi je rezeki datang bergolek...start makan sambil tengok supernatural season 6..

10.00 pagi ++ : study-study...tengah study rasa bosan pulak dah..baru teringat supernatural season 5 baru tengok sampai episod 16..kena sambung tengok ni...oke tengok sambil study..macam biasa la study pasti kelaot punya...aku tengok cerita tu sampai episod 20..hehehehe

1.00 tengahhari : mandi pagi ehh mandi tengahhari

2.00 petang: pegi Lab PC..mampos dah aku tak abis study lagi...ada 1 bab nak kena cover...dem dem...

5.00 petang : balik bilik sambung study tanpa bukak laptop..

5.45 petang : mengantuk..tak tahan sangat dah..set jam pukul 6 nak bangun...

6.00 petang : sedar jam berbunyi tapi malas nak bangun tido balik...

6.15 petang : kelam kabut pi kat meja sambung study tapi bukak laptop nak update status fesbuk.."malam ni kalau tak boleh jawab sila lempang muka sendiri ye ayu...main banyak sgt kn dush!dush!"

8.00 malam : start test PLANT DESIGN...

Hebatkan cara aku study..main-main sungguh... 

hebat tak hebat aku jawab test tadi macam tahi oke!!!

26.9.10

Retak seribu

Tadi aku pegi jusco makan mc donald..bajet orang kaya sangat padahal duit dalam bank dah kata "hei pompuan kau asyik bawak keluar duit je kan masoknya tak pon" tu kalau mesin tboleh berkata-kata la..macam mustahil je dia nak kata macam tu kan...

Then naik jusco beli barang nak masak esok..so kami yang terdiri daripada aini mata bolat dan hanna ilyani yang hot pi la dekat area barang-barang basah..hajat dihati mahu beli udang tapi terlihat kerang-kerangan...

"Rasa macam nak makan lala la pulak" aini bersuara..

dalam hati aku ehh minah ni demand sungguh..duit dah nak habis woii ada hati lagi nak makan sedap-sedap..

Aku pon tengok la kerang-kerangan yang aini panggil lala tu..

lalu aku berkata...

"Ni macam retak seribu je"

KAH! KAH! KAH! kAH!....diorang gelak kat aku...kuat oke! paklong-paklong kat situ pon dah usha pelik kat kitorang...bengong sungguh diorang ni agak-agak la nak gelak kat aku pon...jatuh habis saham aku..dem dem..aku pulak dah terpinga-pinga salah ke apa yang aku cakap??

Diorang kata retak seribu tu bukan nama haiwan..diorang tak pernah dengar pon..

memang la nama dia macam tajuk lagu tapi aku yakin  betol ada kerang nama retak seribu...sampai dalam kereta diorang bantai gelak kat aku..sabar je la aku dapat member macam ni...(-_-")

Balik terus aku pos kat fesbuk tanya ada tak orang penah dengar RETAK SERIBU tu..

Dan ternyata memang ada orang panggil retak seribu..ni geng utara ja kot yang panggil retak seribu sebab corak kat permukaan kulit dia tu macam retak-retak..

YESSSSSS aku betol!!!puas hati aku....hahahahahahaha



Aini cakap kalau anak retak seribu panggil apa pulak???




PECAH BERDERAI???

bengong tak terpikir pulak aku nama anak menatang tu apa....hahaha aini aini...

nah...ni retak seribu masak cabai...sedap nih..hehe

boyfriend