26.9.10

Retak seribu

Tadi aku pegi jusco makan mc donald..bajet orang kaya sangat padahal duit dalam bank dah kata "hei pompuan kau asyik bawak keluar duit je kan masoknya tak pon" tu kalau mesin tboleh berkata-kata la..macam mustahil je dia nak kata macam tu kan...

Then naik jusco beli barang nak masak esok..so kami yang terdiri daripada aini mata bolat dan hanna ilyani yang hot pi la dekat area barang-barang basah..hajat dihati mahu beli udang tapi terlihat kerang-kerangan...

"Rasa macam nak makan lala la pulak" aini bersuara..

dalam hati aku ehh minah ni demand sungguh..duit dah nak habis woii ada hati lagi nak makan sedap-sedap..

Aku pon tengok la kerang-kerangan yang aini panggil lala tu..

lalu aku berkata...

"Ni macam retak seribu je"

KAH! KAH! KAH! kAH!....diorang gelak kat aku...kuat oke! paklong-paklong kat situ pon dah usha pelik kat kitorang...bengong sungguh diorang ni agak-agak la nak gelak kat aku pon...jatuh habis saham aku..dem dem..aku pulak dah terpinga-pinga salah ke apa yang aku cakap??

Diorang kata retak seribu tu bukan nama haiwan..diorang tak pernah dengar pon..

memang la nama dia macam tajuk lagu tapi aku yakin  betol ada kerang nama retak seribu...sampai dalam kereta diorang bantai gelak kat aku..sabar je la aku dapat member macam ni...(-_-")

Balik terus aku pos kat fesbuk tanya ada tak orang penah dengar RETAK SERIBU tu..

Dan ternyata memang ada orang panggil retak seribu..ni geng utara ja kot yang panggil retak seribu sebab corak kat permukaan kulit dia tu macam retak-retak..

YESSSSSS aku betol!!!puas hati aku....hahahahahahaha



Aini cakap kalau anak retak seribu panggil apa pulak???




PECAH BERDERAI???

bengong tak terpikir pulak aku nama anak menatang tu apa....hahaha aini aini...

nah...ni retak seribu masak cabai...sedap nih..hehe

14 comments:

Miranisa =) said...

hahahah retak seribu :P

fairuz said...

aku pon tak penah dnga retak seribu tu weyh. tu bukan kupang ke? ahaahahaa

nur iema said...

woi..aku penang jgk..panggey lala jgak pe...ang dok cerok mana pnggey retak seribu nih?? hak3

zam.enol.arep said...

retak seribu? ganjil. ;I

DuniakuAbstrak said...

ahhh!! retak seribu ke rentak irama ke..yg penting natang tu sedap..

aku dan hidupku.. said...

hahahahahahaha retak seribu????
best gk 2 nme die...
ank nye plak pecah berderai???
bapak nye plak ape????

AyuE SurihanyOt said...

ada la nama retak seribu..aihh orang kedah tak penah dengaq memang jakun la wei...hakhakhak balik pi tanya mak pak masing2...


bapak dia aku tak taw pulak nanti aku check ic dia k..

eiffel said...

la yeker???aku baru tahu...gyahahahahahahahahahaahahahahahhaahhahahahha

cermin ku retakkk seribu....*lagu cindai -ct

SYAKIRA said...

hahaha kesiannya org yg taktau benda tu pnggil retak seribu. kihkihkih~ patut brbangga jadik org kedah! hehe

Linglung said...

sumpah gua tak pernah dengar..retak seribu lagi sesuai jadi tajuk lagu org putus cinta..bukan nama haiwan..

plumpy.tootsie said...

tak pernah dgr.but kinda nice to know something new.

hiro said...

pecah dara? ade kaitan x? hiik

hamzah ian said...

retak seribu???


apekejadah jiwang name nih?? hahaha

*Miss Geli^ said...

ye ke?

tempat ahkak yang bando tu panggil lala!...

boyfriend