29.1.11

Review Filem HAQ

Semalam aku sampai bagan dalam pukul 7 pagi, lepas tu kak ipar aku amik dan aku pon melepak la kat ofis dia. ok bukan ofis tapi lebih kepada persekitaran ofis iaitu hospital. Haruslah aku merasa bosan pabila kena tunggu kat situ sampai pukul 5 petang kan.

Jadi lepas tengok cerita korea 1 episod aku terus mandi kat surau dan bersiap-siap untuk keluar. kira tak rugi la aku bawak balik segala mak nenek mekap dengan toiletries aku tu adaa jugak pekdahnya. Dah tu aku pon keluar la sorang-sorang. rilek ahh keluar sorang baru best baru ada orang nak pewit-pewit kat aku. ehem

So sampai ja shopping mall aku ngadap kaunter wayang dulu tengok filem apa yang best. Hasrat hati nak tengok the red eagle tapi habis pulok. amboi laju betoi kan padahal waktu tu wayang baru bukak ja kot. Tanpa menggunakan neutron-neutron yang berada diantara saraf-saraf otak (baca : berfikir) lalu aku dengan lajunya menempah tiket menonton filem HAQ..




Masuk je wayang ada la beberapa pasangan bercinta, aku dengan pompuan duduk sit belakang aku. dia pon tengok sorang-sorang. gamak takde boipren kot dok tengok wayang sorang-sorang. keh keh keh tapi aku ni lain kes la.

Filem ni berkenaan tentang seorang jejaka bernama Haq yang mempunyai kuasa misteri. (aku tak paham dia ni ada kuasa macam mana sebenarnya, kejap boleh terbangkan daun, kejap ada kuasa kaler biru). Haq jugak ada seorang kawan yang bernama Bad. Bad tersangat la irihati kat Haq yang ada kuasa misteri ni lepas tu Bad ni bengang kat bapak Haq sebab tak selamatkan bapak dia dari mati. Bad pon satu, mana dia tau bapak Haq ni ada kuasa sembuhkan orang? yang dia tunjuk cuma dia boleh terbangkan daun je. ada kena mengena ke terbangkan daun dengan selamatkan orang mati? ke aku yang tertinggal babak penting ni??

Lantas Bad pon berazam untuk membalas dendam (entah celah mana tiba-tiba bad ni ada kuasa kaler merah pulok hadoih). Lepas tu ada la scene Bad ni bercakap dengan setan ka apa tah (setan tu cakap sepatah haram aku tak paham, gamak setan siam kot) Bad ni ada bini jugak erk aku tak pasti tu bini ke awek ke atau GRO. Filem ni nak iras-iras filem omputih (kononnyalah) sebab ada adegan seks yang tidak keterlaluan. Gila nak muntah la aku, Nanu Baharuddin dengan Adiputra, adoi tak macam Nanu tu tua pulak kan. hampeh.

Hampir 10% filem ini adalah aksi. selayaknya tidak patut dipanggil filem aksi mungkin filem BERCAKAP kot. dekat lima kali jugak la aku menguap tapi takot nak tido sebab kang aku tertido dalam wayang tu sapa nak kejutkan?dah pakai syantik-syantik tetiba tido sampai keluar air liur basi. eeuuuwww~

Yang minah dok kat belakang aku ni boleh pulak dok cakap fon, babi apa cakap fon dalam wayang. First time dia angkat aku cool rilek lagi tapi dah kali kedua dia on call siap cakap sampai satu hall tu dengaq aku pon apa lagi berdehem la sikit. ecehh ingatkan nak sound ke ape kan. drama betol aku ni. haha aku takde la rasa terganggu sangat pon. saja nak tunjuk kerek suh pompuan tu show respek sikit, dalam wayang mana boleh on call ngek!! terus dia letak tepon. huh baru puas hati aku. sia-sia la aku beli tiket wayang sapot filem Malaysia kalau tak tengok betol-betol kan?

Kesimpulannya..
Filem ni SUMPAH TAK BEST LANGSUNG. baik korang tak payah susah-susah nak tengok kat wayang. tak memasal aku melayang RM6.. hoi jangan memain RM6 tu aku boleh makan 2 kali sehari tau. badigol sungguh. nyesal..nyesal..

Kalu korang kata filem ngangkung dengan aku masih dara tu tak best. cerita ni berganda-ganda tak best. 2 Alam pon lagi best mungkin. ehh aku mana tengok 2 Alam lagi.

14 comments:

Azwan Azmi said...

aku kalau filem melayu tunggu download je..tapi aku tgk filem faster pun sumpah tak best..dahla tiket mahal... keluar panggung nk menyumpah aje aku kat produser,pengarah dan tukang bikin filem tu

Akulah Aqilah Itu said...

pakwe aku pon kata tak best. aarh!

♥CIK SHA♥ said...

betul tak best??wahaha..tak jadi la nak tengok rabu ni..kui3..

khairul farhan said...

Haha. Ini nak jual body Adi Putra je.

nur hidayah isa said...

nasib la tak tgk aritu...hehehe

Hasrol Nizam said...

aku dah agak dah, tengok trailer pun tak best. nasib baik tak tengok

DuniakuAbstrak said...

dah agak mmg tak best

Aujinz said...

filem ngangkung best laaa.. sape yang kate tak best tue.. koh koh koh..

ehh.. filem Haq nie ker yang harga juta juta tue???

hentakbelipat said...

hahahah memang tegak kau punya review..bagus! mcm ni lah yg aku nk dgr..dari perabih duit saport bnde yg x best wat apa

Sca Ndx said...

aku benci sial org pakai hp dalam wyg.

hantu kak limah bagi aku cerita melayu yang paling best.

Anonymous said...

Saya bwu je pas tgok cte Haq.. g sye, cte Haq nie xda la x best lgsng.. da jge scene2 yg menarik utk d'tonton... wlu cmne pn, x d'akui, filem ini da jge kelemahanny nmun, kelemahn e2 t'ttp d sblik kesan visual khas & lakonan pelakon yg b'kesan. Nmn, stp owg da pndgn mrka yg t'sndri.. tpuk dada, tnye slera. neway, sye dngr akn da sequal tuk filem Haq nie. hope, sequal e2 t akn mmpu m'baiki sgle klemahan yg t'dpt pde filem Haq ini & skali gus m'corakkan g warna dlm industri p'fileman negara kita =)

Zala Wajik said...

tengok dengan kawan2 , semua sekali 13 orang. semua 13 orang tak faham cerita. ==' apakah ? ending bosan gila. malam2 ada 3 bijik kereta, tiba2 jadi siang. semua kereta hilang.

lepas tu wth apabenda 3 biji bola tu kerja dia ? =='

ada baca sinopsis, bapak Haq boleh sembuhkan orang ? takde pon dia tunjuk dia sembuhkan orang =='

RM8 MAHAL BEB

SpaQue said...

wakaka..Haq Tuih..Tggu POTC,Transformers lg bes..hehe

Entri bes kat sini Top 10 - Perpindahan Pemain Termahal Bola Sepak Dunia | Hari Wilayah 2011

nuriz said...

saya tak tgk wayang..download je filem heheh
tgk dah haq ni, memang tak da pe sangat la dia nak cerita, aksi aksi je le. memang mcm filem hong kong la kes2 balas dendam ni.

mcm video game lawan puna da jugak. merah dgn biru hahaha lawak betui le.

nak tgk santai santai boleh la ni.

boyfriend