10.5.11

baby makan sambil tidur

apa ingat baby luar negara sahaja boleh makan sambil tido pastu semua orang nak cakap alolo comelnya baby tu..yang ni aku bawa khas dari dalam kereta. nak makan nak makan nak tido pon nak tido jugak last-last baju aku jugak jadi mangsa.perghh nasib la kau comel kan. budak-budak kalau tak comel memang mintak makan penampar ja.


oke berlemoihnya anak sedara aku ni..video ni aku tak tau nak rotate macam mana.pandai-pandai la korang tengok.

aku rasa bila beliau besaq nanti beliau mesti sangat hensem sebab beliau sangat comel sekarang. ya sangat comel. bila nak marah dia pon tak jadi marah sebab dia akan buat senyum mintak cubit..


hik hik hik nampak tak? tak rasa nak cubit ke pipi dia nih..

maksu nanti syafiq nak PS3,xbox,psp..

 
nak kereta jugak

apa tengok-tengok?

Sekarang ni dah pandai buat perangai dah, tak dapat apa sikit nangis takdapat sikit nangis..tapi herannya tu nangis tak keluaq ayaq mata pulak..amboi kecik-kecik dah pandai berlakon kan. lepas tu kalau orang marah senyum ja memanjang..haishh sabaq ja la aku..

7.5.11

Afif pelajar tersingkir minggu ini

kemain lagi aku update pasal AF...

aku cuma nak cakap yang afif ni hensem..

tu je..


k bai...




oke pecah hati aku bila tengok gambaq ni..sob sob sob

6.5.11

Cinta Melody

Bila balik rumah ada mak aku wajib tonton sinetron indonesia ya, wajib gitu..so hari ni episod first cerita cinta melody ganti cerita kejora dan bintang. benda-benda tipikal yang aku cakap dulu dalam entry ni wajib ada jugak bila aku tengok cerita ni. Orang kaya bercinta dengan miskin, tetiba jadi imsomnia dan bla bla bla. benda basic oke basic. watak jahat? konfem jahat nak mampos.

Tapi aku nak tengok lagi cerita ni sebab


1) hero hensem, bagi aku la hensem jugak mamat ni..ka sebab putih ja dia hensem? ye la putih kan cantik. ehh putih kan hensem..

sekali aku tengok tak hensem sebab hidung kembang tapi dah pat lima nam kali tengok hensem jugak mamat ni.

2) Heroin cantik. cantik tang rambut dia. maybe aku suka sebab rambut dia pendek kot. ye la kalau pelakon pompuan ja mesti nak rambut panjang. cet bajet hot sangat ke rambut panjang wei? eceh asal tetiba emo nih. sengal.

sumpah gua cakap dia rambut pendek lagi cantik, ye gua tau la skirt pendek dia pon cantik. kawal sikit nafsu serakah tu.


3) Lagu tema cerita ni best dowh. tajuk Aishiteru (aku cinta kamu).. aku rasa ni sebab utama aku tengok cerita ni. eceh padahal baru tengok satu episod. haha rentak lagu ni best, lirik pon best, suara pon so so la best jugak.


Masa ending episod satu ni heroin pelok hero..perghh tak macam laju pulak episod 1 dah pelok-pelok kan..semangat la aku nak tengok episod 2..haha

oke fine dah nama tengok cerita cinta-cinta tipu la korang kalau tak mau tengok adegan romantik-romantik. tipu tipu tipu tipu.....haha

1.5.11

saya kipas susah mati (die hard fan) 24:7 dan Gula-gula

Eh aku pon mengambil tahu jugak hal-hal berkaitan dengan artis-artis Korea ni. mungkin la aku tak minat sangat dengan K-Pop, tak tau pasaipa aku kureng sikit tengok K-Pop dok menari-menari sambil nyanyi lagu bahasa yang aku tak paham. Cerita korea pon aku jarang tengok, cerita yang betol-betol best dan menjadi bualan ramai tu aku akan tengok la. itu pon memang azab la nak abiskan episod dia. (-_-") ye la cerita cinta semata-mata larat ka nak habiskan 18 episod tanpa henti? tak kuasa aku hai.. baik tengok fringe ada gak pekdah.

Tapi hari ni aku ngan member-member feeling korea sebab kami pergi makan dekat SeOul Garden. apa jadah kimchi ka apa yang orang korea dok makan tu. ha tu pon aku telan gak tadi. alah rasa sayuq ja pon. mak sendiri masak jugak yang best. Lepas tu kononnya nak sambut birthday EG la. sebab dia dapat makan free kot!! grrr marah betol aku tau sebab dia tak payah bayar..nanti masa birthday korang pegi la seoul garden tapi kena bawak 6 orang member la baru birthday girl/boy tu dapat makan FREE..

ok ini adalah kondisi selepas..sebelum dan semasa tak berapa sempat amik gambar. masing-masing sibuk melantak! 

Kalau kat area Johor ni aku tau ada kat CS JB ni ja..turun dari wayang korang akan nampak kedai ni. Mamat-mamat waiter pon boleh tahan hensem. Boleh la takat nak cuci-cuci mata. Nak kata muka macam korea tu jauh sekali la...

yang tak pakai tudung tu nama dia EG birthday girl. saja ja aku highlight tang tak pakai tudung..haha  dia punya cerita memang banyak la kalau aku nak story dalam blog tapi yang tu nanti-nanti la ekk..

cuba kira ada berapa bijik pinggan diatas meja ini..ni baru separuh meja kami duduk, haa dah kira darab dengan dua pulak..

satu-satunya gambar noranizan mohamad ala yang mulut masin semalam tu.


Makan kat sini boleh melantak sampai kau muntah balik sebab dia takdak limit. Harga boleh runding dengan tokey kedai ehh bukan harga dia agak berpatutan kalau pegi makan pada hari weekdays. Kalau anda masih bergetah maksud aku masih student anda diminta untuk bawak kad matrik sebab ada student price di sini.

Best tau dah la bole feeling-feeling korea, tak percaya tengok ni..

haa yang tengah tu vokalis kumpulan gula-gula yang pertama, tapi dah kena buang atas sebab-sebab tertentu

amacam sama tak sama tak?


Alolo comel betol kan? rasa nak bagi makan penampar pon ada..

nampak kan kami sangat suka group ini sampai buat lep-lep (baca: love)

badan taf gitu..solekan tu ala-ala pontianak sundal malam, memang sengaja solek macam tu kan kasik efek daring sikit. posing diorang ni memang mahal. motif?


sebab aku pon ada potensi untuk buat posing macam tu tau!
perghh aku rasa aku boleh masuk dowh group ni..kah kah kah

sebenarnya aku dok tercari-cari lagi ada ka laki-laki dalam gambaq tu posing macam hanak?


Oke serius macam kimak..tak larat kami dok pung-pang mengutuk M-Pop nih. Masa first time aku tengok poster diorang ni memang "Wadafak!" meniti dibibir, senggama apakah mereka ini menayang dada yang tidak mantap? badan penoh daki? kaki pendek macam ayam serama? anda ingat anda hot? anda ingat anda orang korea pakai seluar pendek nak mampos? dan mengapa mesti lelaki buat muka comel begitu? macam pondan baru keluar dari belukar tahu tak?


memang la lantak korang nak posing macam haram sekali pon. tapi tahukah anda tanpa kami, anda tidak akan kemana ? berapa kerat sangat la die hard fan korang tu (kecuali Hanak Asaari dia memang minat gila kat hampa sampai like fan page kat facebook. kemain betol)

serius shit ubah la personaliti anda dari feeling korea itu ke feeling malaysia balik sebab aku nak muntah oke nak muntah..

akhir kata..kalau ramai orang like entry ni memang aku nak buat profile picture la gambar posing 24:7 tu..haha

boyfriend