3.1.11

Cantik ke putih ke. Syurga itu tetap dibawah telapak kaki ibu.

Dalam hidup kita ni selalunya manusia jarang nak bersyukur, kalau rendah nak jadi tinggi, kalau pendek nak dipanjangkan kalau kecik nak dibesarkan kalau besar pulak nak dikecikkan. ehh jangan memain tau kalau tak takde la slimming breast bagai tu. gila betol manusia sekarang ni orang punya nak bagi up depa nak suruh bagi kecik. aiyoo suami mana suka yang kecik-kecik ni?


Ok termasuk jugak dari segi kecantikan, kalau orang puji cantik tu amboi beriya betol cakap,

"Eh takde la biasa-biasa saja"

Alah jawapan tak daring langsung wei. orang boleh baca kita ni hipokrit ke tidak, lain kali jawab la.

"La ye ke I cantik? hari tu orang ada cakap muka I macam Lisa Surihani, sumpah I rasa nak pengsan, gila apa I ni cantik sangat? I pon tak tahu la celah mana yang orang boleh cakap I cantik. Cantik sangat ke I ni?"

kalau boleh perkataan cantik tu ulang-ulang la sikit, baru la orang kata true cantik budak ni. kalau boleh lepas orang puji tu terus tangkap gambar muka sendiri sepenuh kamera lalu buat profile picture fb, nak lagi senang orang puji kau letak je dalam belog kau muka banyak-banyak. tu dekat side bar ke kat header ke. pedulik hape kan belog kau suka hati kau la. ada aku kacau belog kau? takde kan?


Begitu juga dari segi warna kulit, sibuk betol nak bagi putih. kalau boleh nak putih macam kertas A4 tu. memang la aku akui bila kita cantik automatik orang akan kata

"Cantiknya muka dia"

ataupon orang akan kata

"Putihnya dia...."

Pernah pulak kau dengar orang cakap

"Coklat terangnya muka dia"

aku rasa takdak orang cakap macam tu melainkan ada benda yang unik, contohnya

"ehh besarnya payudara dia, jom mintak tips"

nampak tak uniknya barang dia sampai orang sungguh-sungguh mahu mintak tips. mungkin putih juga satu aset penting sampai orang sanggup habis beratus-ratus semata-mata nak beli krim pencerah muka tapi aku pernah dengar cerita tamil, dimana seorang hero ni bertanya kepada ibunya. (stended cerita tamil la kan hero mesti hitam legam tapi heroin cun takyah cakap ahh)

"Ibu,ibu kenapa saya ni berkulit hitam ya ibu, kenapa saya tak putih macam anak orang lain?"

Ibunya yang prihatin lalu menjawab,

"Kau nak putih-putih buat apa? senang kotor la kalau putih ni"

Mungkin si ibu nak sedapkan hati anaknya ataupon nak buat lawak bangang. betol la orang kata syurga itu dibawah telapak kaki ibu kan?

13 comments:

buDAK keCIK said...

kahkah...sgt lawak.

suruh mereka2 yg nk putih sgt nih pakai clorox.snang citer.

putih melepak der sampai xnmpk mata,mulut,hidung.ngeh3

AyuE SurihanyOt said...

kau ni kang habis reput semua...haha

yuyu said...

hahahaha....kalau aku orang duk puji cantik jawab "kau tak cakap pun aku dah tahu aku cantik"...tak gitu ayue?

http://ryujan.blogspot.com/2011/01/darjah-satusekarang-kau-gelak-orangdulu.html

♥CIK SHA♥ said...

hahahaha..sumpah kelakar gila la weh..

"coklat terangnya muka dia.."

adoi..sakit perot aku tahan gelak memalam buta ni..

Faizal n Fashitah said...

Hahaha... klakar habis entri ni ekeke...

fathiahRAIHANA said...

hehehehehehe .
yg mak pun ..

*Miss Geli^ said...

akak itam melepak..peha pulak transperen nampak urat urat darah sebab putih sangat....

ko tak jeles??

kalu putih tu cantik ke??

maiMOONyet said...

nak putih salah. nak hitam pun salah. agak2 ko, kaler ape yg tak salah erk? hehe... xD

eiffel said...

shilaker punya ayat poyo cantik tuh!kahkahkah

oke, ayt last tuh cm dr movie tamil yg ngah men kat astro...

unieMARKS :) said...

hahhaaaaa , teringat pulak iklan kaa apakah ,

yang pompuan tuh nak putih ,
bapak dia bagi satu sabun warna putih .
dia pakai , hasilnya mang putih aa , bapak dia masuk tgok tgok sabun tuh pulak jadik hitam , melekat kehitaman dia kat sabun tuh kot .

kalau laa sabun tuh wujud tak ke laku . haha

mimizuzuhaha said...

hahahaha hahahaha tapi jawapan nih

'Kau nak putih-putih buat apa? senang kotor la kalau putih ni'

memang terbaik skali lah

halimatul aznan said...

terbaek la ayue, yg besar nak kecikkan, yg kecik nak besar kan. hahaha :D lawak dagho.

yuny said...

ayue, ak cm penah tgk jek cite tamil tu....hahaha

boyfriend