8.7.11

Kerja atau sambung belajar?phd atau ptd?

Perjalanan hidup aku senang ja kalau aku yang boleh aturkan. Aku mahu yang biasa-biasa.. Sekolah rendah belajar ABC 123 lepas tu masuk sekolah menengah banyak main dari study lepas tu terus masuk U pilih kos memasak. Kawin dengan orang biasa-biasa, muka biasa-biasa harta biasa-biasa, tak banyak songeh, hati gembira dan bahgia. Lepas geli-geli, dapat anak sepasang sorang laki sorang perempuan. comel tak yah cakap lah sebab ikut muka aku kan. Lepas tu didik anak aku sampai diorang tahu cari duit sendiri. aku cukupkan amal ibadat, masuk ustazah pilihan,  taat pada suami, puasa penuh, solat 5 waktu sehari semalam. kalau dia nak kawin lagi satu izinkan aja, janji aku mati dulu dari dia. dah cukup tak mau lebih-lebih.

Masalahnya hidup macam tu kau boleh dapat dalam mimpi atau pon dalam drama ja, itu pon belom tentu lagi kau mimpi sampai kau mati. mesti akan ada konflik-konflik sikit dalam hidup kau lepas tu kau akan terjaga dari lena yang panjang.

Ya aku sedang bermimpi untuk hidup macam tu yang mana Allah tidak akan biarkan umatnya untuk tidak diuji.


Macam aku sekarang ni terbongkang depan mata 2 pilihan ni. nak sambung belajar atau nak kerja. hoihh susah tahu nak buat keputusan ni. letih aku memikirkan masa depan yang tak pasti. kalau sebelum ni aku hanya ikut saja flow kehidupan aku. Lepas sekolah rendah aku dapat tawaran masuk sekolah Ibrahim dengan Sultanah Asma. pilih antara dua, dan yang pasti aku masuk yang murah sikit kosnya sebab aku pon bukannya dari golongan yang ada-ada. Lepas tu masa form 3 kena decide nak masuk aliran sains, kejuruteraan ataupun sains sosial. Cita-cita aku dari tadika terpaksa terkubur begitu saja sebab result pmr cukup-cukup makan (5A) untuk masuk aliran kejuruteraan. Cikgu yang aturkan so aku ikut ja. org lain merayu-rayu mintak masuk sains hayat. aku redha dengan apa yang ada.

Masuk matrik, yes masa tu aku takyah pilih dah memang aku hanya boleh amik aliran sains fizikal sahaja. lagi sekali aku ikut ja flow kehidupan aku tapi aku ok ja sebab aku boleh terima cara pembelajaran kat matrik. next nak masuk U plak. masa tu kena pilih 8 kos tau! untuk pengetahuan korang lapan2 kos yang aku pilih tu adalah berlainan, universiti pon lain-lain. chemical la electrical la ukur bahan la perancangan bandar la.. memang hentam koromo ja aku pilih. masa aku isi borang tu abang aku kat sebelah, dia tanya aku minat apa? kau ingat aku tau sangat aku minat apa. masa tu aku hebat (hebat ke?) sikit kimia. ok abang aku terus pilih chemical engineering sebagai first choice aku. padahal aku bukan tau sangat macam mana kerja engineer tu. Bila sampai result..... ya aku dapat first choice punya kos. arghhhh jauh kot UTM johor, gatai sangat kan konon nak keluar sikit dari Kedah haa amik kau memang merana la dok jauh dari kampung. kos sara hidup dah lain waktu tu tapi tak pa aku cuba survive. Dan ternyata chemical engineer bukan "minat" aku sangat pon, first year pon aku dah tunggang langgang, nasib boleh maintain pointer kalau tak nahas aku. so lagi sekali aku ikut saja flow selama 4 tahun, agak terseksa jugak la tapi nasib ada member-member yang happening. so terseksa tu tang belajar ja la. bila dah balik bilik enjoy je keja. haha

Dan sekarang ni. dah habis degree so aku nak buat apa? awal-awal dulu aku ikut lagi rentak macam selalu tapi sampai 2 bulan macam ni, tak macam kena gantung tak bertali pulak kan. haha memang mulanya aku nak kerja dan hati aku nak sangat kerja. dah tak larat sangat nak belajar, letih, penat, fedap dan macam-macam lagi la. tapi bila aku pikir-pikir balik, belajar dengan research adalah dua benda yang berbeza (bila aku sambung belajar means aku kena buat research) ia masih lagi dalam proses belajar sebenarnya ye la research kan? benda baru jugak so kita kena belajar jugak. Okeh bayangkan kalau aku sambung belajar aku still lagi boleh dapat duit bulan-bulan dalam RM2000, boleh saving sebab aku masih dalam title student, lepas 3 tahun aku dah boleh dapat title Dr. huwaaaaaaaaa kau takmau ka? lepas tu boleh jadi lecturer yang amat sesuai untuk isteri dan ibu yang bekerjaya sebab masa seorang lecturer adalah sangat flexible (busy tu still ada la dah nama golongan profesional kan). tapi ada jugak sebab kenapa aku kena kerja. -.-"

Tertekan tahu tak jadi aku, peluang nak sambung belajar fast track (betol ke aku eja ni?) bukan senang nak dapat. sekali aku lepaskan peluang ni, mungkin takdak peluang kedua untuk aku. Ni aku dapat pergi exam ptd plak, aku tak mengharap sangat boleh dapat sebab susah gila kot orang nak lulus exam ni yang mintak berpuluh ribu plak kan tapi kalau boleh lepas memang alhamdulillah la. takdak la serabut sangat otak aku nak amik phd ke nak tunggu kerja jatuh keriba..haha bukan aku tak usaha beb tapi mungkin usaha aku tu belom cukup. Allah nak uji aku kalau aku berputus asa setelah aku hantar resume ke seratus maybe resume aku yang ke seratus satu tu baru orang nak offer aku kerja kan?


So macam mana ni? nak sambung belajar ke nak kerja? pening ahhhhhh!!





*Apa-apapon aku nak amik exam minggu depan. doakan aku berjaya lepas k. orang kat utm ni memang nak aku sambung belajar je takdenye nak doa bagi aku lepas ptd tu..hahahah #justkidding

8 comments:

Liyana Aziz said...

wahhh... bagi yana, flow hidup kak ayu lagi mudah.. maksudnya, frasa tu bertukar, smooth gila...

cuma yana nak cakap, kalau kak ayu ada peluang nak sambung PHD terus without any prob, proceed je... x semua org dapat peluang tu... hal kerja, yana sangat pasti kak ayu senang nak dapat kerja,,, so, pilih yg terbaik... ikutt kata hati... heeehehehehhe

Duniakuabstrak said...

kalau kau lepas ptd kau amik ptd tu..kalau tak, pegi sambung belaja.peluang dapat offer blaja tu bukan senang, sambil blaja boleh saving lagi..

Shahada Fauzi said...

aku doakan yg baek2 je untuk ang weh..semoga perjalanan hidup ang smooth sentiasa..

Azwan Azmi said...

kalau aku sambung belajar la..study sampai PHD then jadi lecturer pun ok...

Unknown said...

semoga berjaya....dua2 pun ok sangat...

dear anies said...

asalkan ada semangat yg kuat utk menempuhinya, so go on!

Sape nak angpow?

Latifah said...

pilihan di tangan anda.
apa kata 'tanya' Allah pilihan yang terbaik buat diri.
apa pun pilihannya nanti, semoga segalanya dipermudahkan :)

~all the best!

Luna said...

so... skang ni u smbg blaja or keje?? i pn dlm dilema jgak nie

boyfriend