28.10.11

memanjat Bukit Cenderawasih

Minggu ni hidup memang heaven habis. kalau minggu lepas macam macam nak pecah kepala otak aku study elektronik tapi minggu ni belajar pagi 2 jam petang 2 jam tengahari rehat sampai 3 jam. Heaven kan? semalam cuti deepavali, tadi kelas sekerat hari, esok pulak takdak kelas, so weekend aku jadi 3 hari, gaji tetap jalan macam biasa perghh sapa nak bagi pegi jalan-jalan tapi elaun masuk weh??akan tetapi masalahnya sekarang adalah elaun bulan ni tak dapat lagi. 31 aribulan baru nak masuk. dem betol tak boleh nak beronggeng kalau tak memang minggu ni jejak Langkawi dah. dem sekali lagi sebab elaun lambat masuk. =.=

Jadi untuk tidak membosankan diri menatap buku di hujung minggu serta terasa ingin bunuh diri sebab internet lembab nak mati maka haruslah pergi beriadah bersama rakan-rakan di bumi perlis ini. ayuh kita lihat gambar!

 waktu ni dah sampai kat puncak! gila penat kot panjat bukit ni. kali terakhir aku panjat gunung yang ada tangga-tangga ni waktu aku form 3 aku rasa ka form 2 aku pon dah tak ingat dah, masa tu pi panjat tangga kenari kat gunung jerai. gunung ok gunung. ni aku panjat bukit ja sampai atas kepala aku dah pusing. perghhh tu tandanya aku dah lama tak bersukan. dah berapa tahun tak main hoki. tetiba rindu pulak nak main. -_-"

tetiba nak upload gambaq sorang kan. gedik gila. bukan apa aku nak tunjuk permandangan kat belakang tu. patutnya nampak sunset tau. cantikkkkk. aku tengok perlis ni 90% boleh kata semuanya sawah padi tapi makanan nak super mahal kan. grrrr tu yang aku makin lama makin kurus tu. kurus tak kurus sangat la still boleh nampak lagi lemak-lemak terbiar tu ehh ni apasal tetiba nak cakap pasal lemak aku ni haha setan!

ha tudia baru nampak clear sikit ye dak? hehe kalau snap pakai dslr pasti cantik tapi larat hang nak bawak dslr panjat bukit tu. =.=

  kat kaki bukit ada gua. masing-masing kagum macam haram. hahaha

Nama bukit yang kami panjat ni bukit Cenderawasih, boleh tahan cerun jugak la tangga dia. ada ja pic yang kami snap masa tengah mendaki tapi kat henfon kawan aku yang lain, dah depa tak upload tak boleh nak cilok masuk dalam blog aku. sewaktu perjalanan nak naik tu cantik tak yah cakap lah ciptaan tuhan kan.


Dah tu setelah menghapuskan lemak di petang hari malam kami lepak pulak makan char kuey teow sedap kat perlis. gambaq char kuey teow sedap takdak sebab masing-masing sibok melantak. haha susah betol takdak kamera ni. waaaaaaaaa nak fon baru. =(

Ni cuti 3 hari dah tak tau nak pi jalan mana kat bumi perlis ni, lepak dalam bilik je la gamaknya. nak jalan jauh sikit fulus pulak tak mengizinkan. hadoyaiiiiiii sedih.

p daki s: aku taip entry ni semalam tapi post pagi ni. so range masa tu dah lari. pandai-pandai hangpa la no.

7 comments:

nurkaloi said...

cantik
berape tinggi ea bukit nie
cam seronok jerk nk pegi
tp jauh sgt huhuh

AyuE SurihanyOt said...

@nurkaloi

huhu malangnya tak tau berapa ketinggian bukit ni sbb xnmpk batu aras pon sepanjang kitorg naik tu..

pearl apple said...

huhu~~ak yg org perlis nih pn x pnh pnjt bukit tuh lg...mcm best je..tp tgga nak naek bkt tuh kan curam..tak bhy ke ea?kalo ujan plak, licin kn tgga tuh..kalo sis dah buleh daki bukit tuh,kira kat perlis x ujan la nih? waah~~syok!!

DuniakuAbstrak said...

hari-hari panjat bukit..boleh...ada harapan...

kurus

AyuE SurihanyOt said...

@pearl apple

tangga dia kecik2 la kena pakai sport shoes klu pakai selipar mmg cari nahas..hehe

AyuE SurihanyOt said...

@DuniakuAbstrak

itu last aku pakai kot..haha

Ain Atika Zailani said...

huaaaaa syok tuuu....kite x larat nak memanjat ni... lama dah tak memanjat. ehhehe

boyfriend