12.5.11

Filem Kongsi dan Fast Five

Tidak susah untuk aku sebagai rakyat Malaysia yang berjiwa seni ini untuk menyokong saranan kerajaan Malaysia untuk menonton video seks aihh silap untuk menyokong industri perfileman Malaysia lantas menghapuskan gejala cd cetak rompak yang seperti ulat-ulat sampah terjual dipasar malam mahupun kedai-kedai cd. Tambahan pula di bukit mertajam, ada satu kedai yang tidak pernah erti serik walaupon dah 3 4 kali kena ambush dengan pihak polis. setau gua la kedai tu siap masuk rancangan 999 lagi kot tapi tokey tu memang businessman paling true penah gua jumpa. Masih berdiri teguh kedai itu walaupun hanya separuh pintu sahaja yang dibuka untuk berurus niaga.


Jadi oleh kerana jiwa remaja tua yang bakal grad bulan 9 ni sangat mencanak, lalu aku kononnya marathon dua movie semalam. First aku tengok cerita Kongsi..Lu langsi Lu mati second aku tengok Fast 5. Entry ni bukan la entry nak bagitau sinopsis dia macam mana ka apa tau. kang tak memasal aku kena maki, entry ni nak menyatakan perasaan aku terhadap dua filem ini. maklum la aku suka makan belacan korang suka makan cheese. citarasa kan lain-lain..




Masa aku tengok Kongsi ni aku punya sit depan sekali dan tepi, so masa aku tengok tu kepala dah terteleng-teleng macam ayam patah tengkok (ni memang aku nak salahkan kerusi). Padan dengan muka aku sapa suruh tak sabar sangat nak tengok awal-awal. memang padan muka kau, padan sangat-sangat. Oleh kerana posisi yang macam naharam tu maka aku tengok pon jadi so so je la. Bagi aku jalan cerita dia kureng menarik, lawak pon biasa-biasa saja, part azad ja aku boleh nak gelak dengan ikhlas, yang lain punya lawak aku jadi macam.

"kenapa diorang gelak? apasal aku tak gelak?" itu aku tanya dalam hati ja la sebab memang satu wayang tu gelak gila-gila macam lawak gila-gila padahal bagi aku takdak la gila-gila lawak. ataupon aku yang gila tu aku tak tau la kan. bila satu wayang gelak so aku pon gelak jugak la tapi dengan nada tidak berapa ikhlas. Orang kata macam bagi kat pengemis 5 ringgit mintak balik baki 4 ringgit. agak barua sebenarnya perangai macam tu..


Ending dia memang aku tak dapat nak bagitahu korang sebab waktu tu aku dah tidoq dalam keadaan sejuk gila babi. sedar-sedar je dengar orang tepuk tangan, terkejut jugak la aku, ingatkan Jefri Din datang buat persembahan ke.

rating boleh la bagi 3 bintang la kot dari 5. boleh la kan. 



Dah habis cerita Kongsi kena tunggu cerita Fast Five pulak, waktu ni kalau ikutkan mata aku memang aku dah chow balik dah tapi mengenangkan tiket 8 hengget aku akan burn begitu saja maka aku gigih jugak tengok. dah la tadi tengok Kongsi 10 hengget aku boleh lena. marah betol aku dengan diri sendiri.


Tapi 8 hengget aku memang tidak sia-sia, fast five ni memang best gila-gila, aksi dia gila-gila punya, pompuan dia pon hot gila-gila mana tak gila tayang bontot awek macam tayang muka baby punya licin,  gangster dengan polis pon gila-gila punya badan ketak sampai aku pon konfius ni gangster ke polis? apasal polis Malaysia lain beno badannya dengan polis Amerika..teeeeetttttt

Jalan cerita dia sangat menarik, aku yakin bila korang tengok wayang cerita ni mulut korang akan mengeluarkan bunyi...

"Fuuuuuu.."

"Perghhhhh..."

"Hamagaaaaad...."

Sebab memang best dan sudah semestinya aku tak tido sebab bila ada tang cakap-cakap tu aku nak terlelap tetiba plot cerita berubah jadi aksi-aksi so memang aku tak sempat nak lelap la. Aku bagi 5 bintang untuk cerita ni.

Jadi aku sarankan pegi la tengok.kalau tak mau tengok pon tunggu download je la. download kira cetak rompak ke? tak la kot selagi kau tak burn dalam cd kan kan kan? say no to CD Cetak Rompak


6 comments:

muhammad azrin said...

camne pompuan pon leh cter pasal keseksian wanita ni?

Liyana Aziz said...

dengaq cerita kongsi memang x berapa nak syok... fast five?? dah 5 bintang kalu, harus lah tengok.. hehehehehhe

Anonymous said...

memang puas hati tengok filem fast five. kali terakhir aku tengok filem best adalah inception.

izzatiismail said...

tengok review kongsi dari sini lak .

Tepoh Dock said...

ahak...tgk fast 5 kat laptop jer...jadi rasa best tu mmg ase lg best kat wayang...gempak giler aksi die...mmg patut dapat 5 bintang..

Aujinz said...

aku lom sempat gie tengok lagi..

boyfriend