tahu tak ringtone lagu anset zizan masa maharaja lawak episod satu tu? ha korang kena nyanyi macam tu bila baca tajuk entry aku. goyang goyang goyang kepala goyang goyang goyang kepala~
duduk rumah ni memang best beb, boleh tengok tv, boleh tengok movie-movie lama yang berkepuk dalam harddisk, boleh online sampai muntah, boleh tengok AF, boleh tengok Diari AF, boleh tengok orang menangis melalak terlolong macam haram dalam AF tu. jangan ditanya mengapa aku tengok jugak AF walaupun aku dok kutuk-kutuk. alah macam orang lelaki dok kutuk-kutuk perempuan dalam blog tu la. nanti-nanti sok diorang buat bini jugak. menyampah.
bukan itu saja, makan pon tak tentu masa, kalau kat kolej dulu susah beno nak makan. kalau orang tak ajak makan memang puasa la kau (tapi jarang sangat-sangat manusia nama Ayue Surihanyot ni puasa). Bila ada kat rumah ni feel dia lain macam, kau bayangkan setiap 5 minit kau nak sumbat haiwan atau tumbuhan dalam mulut. memang rare kalau aku nak try puasa kat rumah. dugaan dia bukan main lagi.
Sekarang ni feel cari kerja dekat dengan area rumah aku, rumah kat kulim jadi wajib la nak kerja kat kulim sebab kulim ada Kulim Hi Tech yang gila banyak kilang! kalau nak di ikutkan aku dah dapat kerja dah dari dr. siti untuk jadi PA dia. tapi dekat johor nuu jauh bai, mak aku pun tengah tak sihat so abang aku suruh hold dulu sebab nak jaga mak.
haigoo masalahnya kalau aku dok dok rumah persamaan dia jadi macam ni..
mass in = mass out <---- persamaan budak chem engine
duduk rumah = duit tak masuk
duduk rumah = duit tak keluar
duit tak masuk = duit tak keluar
tapi
duduk rumah = makan banyak gila
makan banyak gila = gemok la kau
so
duduk rumah = gemok la kau.
goyang goyang goyang kepala~ goyang goyang goyang kepala dem dem dem perut dah berlapis-lapis dah ni.
5 comments:
lagu tamil boys tu adalah ringtone hp ahkak..hahahha
kurus= kerja(luar rumah+ kurangkan makan nasik)..keh3
ala, makanan yang masuk tu x balance la weh.
ko timbang taik ko. apa yang masuk dlm mulut ko tu sama x dgn taik ko yang kuar.
kehkehkeh
ahahaha..sengal je ayue..aku siap tergoyang2 kepala baca tajuk entri ang weh..LOL
aku pernah merasa begitu weh...sila la seimbangkan tahap pemakanan ang dgn senaman kalau ang tak nyesal perot tambah berlapis2..ahaha..
rumah ko kat kulim?dekat ah dgn BM..jom dating..;p
nk keje...xnk gemukkk..huu
Post a Comment