8.6.11

Kerja pertama

Rasa macam dah lama sungguh tidak update blog tahu. Rasa rindu mahu update blog semalam tapi bukak dashboard rasa macam bodohnya aku. Ya menatang dashboard ni dah tukar version pula. Selalunya manusia ni bila jumpa benda baru jadi jakun, teruja, terkinja-kinja atau lebih tepat lagi rasa nak maki sebab kena godek balik dashboard ni sampai aku nak approve komen pon tak tau tang mana. akhirnya malu sendiri sebab memang tiada manusia komen pon.

Minggu ni aku dah start kerja sebagai personal assistant, betol ke macam tu? betol la kan? Bagi aku ok la sebab masuk kerja pukul 9 pagi habis kerja pukul 5.30 petang. duduk bilik dalam aircond. kira boleh la tara nak hidup dalam 2 3 bulan sementara nak dapat kerja tetap. Bukan buat kerja apa sangat pon. tengok sekarang ni aku boleh update blog lagi guna modem bos pulak tu. memang la nampak tak berdedikasi tapi ni semua keperluan aku untuk tidak stress, tatkala kita stress kerja kita jadi tak produktif so bila aku update blog stress aku menurun. tapi aku pon tak pasti jadah apa aku nak stress buat kerja pon tidak.

Ohh aku tak boleh sangat nak update pasal kerja sebab bos aku baca blog aku. sori la bos saya bosan dok dalam bilik sorang-sorang ni. bila bos nak masuk bilik. ramai tahu orang cari bos. =P

*********





4 comments:

♥CIK SHA♥ said...

hoit!nyempat lagi tu..siap bagi pesanan kat bos..hak3..

eh?aku pun curik tulang jugak ni..ok! aku pergi buat kerja skang..;p

halimatul aznan said...

ayue, u keja kat mana? try antaq resume kat tmpt aku, celestica.

unieMARKS :) said...

waaah . boss stalk blog laaa . hee

hamzah ian said...

dah mane contest ni!!!

boyfriend