26.6.11

Sesame Street - katon #2

sebenarnya aku baru menyedari ada lalat telah berak diatas bahu aku lalu bertambahlah koleksi tahi lalat di anggota badanku. Memang aku pon tak paham dengan diri aku sendiri sampai tahi lalat sendiri pon nak dibincangkan di dalam blog. Itu belom masuk lagi part tahi lalat aku di situ dan di sinun. amboi macam nak hampir ke dalam-dalam pulak perkara ini dibahaskan. *kecikkan mata

Kalau orang tanya sesame street tu katon ka? ya bagi aku ia adalah sejenis katon sebab bagi aku benda-benda yang comel dan ditonton oleh masyarakat kanak-kanak ni semuanya katon tak kira la ia berbentuk manusia ataupon bebe (teddybear).



Aku tak pasti katon ni masih wujud lagi tak dikaca televisyen sebab kat rumah anak sedara aku dok layan "baby tv" dekat channel astro. Agak tertekan tahu? bila gadis remaja dewasa seperti aku kena layan baby tv. Nasib mata aku tak lekang dari laptop so takde la rasa sengsara sangat, cuma terpaksa la dengar baby tv tu dok menyanyi-nyanyi. fyi, takde la annoying sangat baby tv ni tapi jadi annoying bila dia nyanyi berulang-ulang kali. hoii tak bernanah telinga aku nak dengar.

comel sebenarnya baby tv ni. hik hik hik

so aku rasa sesame street lagi better dari baby tv sebab aku sanggup bangun pagi semata-mata nak tengok sesame street ni awal-awal pagi *zaman aku hingusan dulu la. kalau tak silap aku katon ni bersiaran pukul 8 atau 9 pagi macam tu. aku pon dah tak berapa ingat dah dan masa tu aku rasa MHI tu adalah rancangan orang dewasa paling annoying sekali. menyibuk je kan orang nak tengok katon tetiba muncul muka depa. tapi bagi aku sesame street adalah salah satu katon berinfomasi yang aku penah tengok.

Kalau korang tengok la kan, sesame street ni banyak mengajar budak-budak pasal nombor, pasal ABC dan perkataan-perkataan english yang simple dimana budak-budak akan terikut-ikut apa yang diorang cakap (dalam bahasa Inggeris) pulak tu diorang bagi ilustrasi dalam bentuk gambar so budak-budak melayu pure macam aku ni paham le jugak sikit-sikit dan sedikit sebanyak mengajar budak-budak banyak vocab baru. kan ke elok cenggitu. Ini tak,cukup aku tak paham kenapa katon-katon seperti spongebob, dora the explorer dan etc kat tv9 tu di ubahsuara jadi bahasa melayu.

Agak-agak la wei nak memartabatkan bahasa melayu pon ada cara jugak. cukup la katon boboboi, upin ipin, keluang man tu dah dalam bahasa melayu, kenapa katon amerika pon nak ditranslatekan dalam bahasa melayu??tak berkembang langsung minda budak-budak tu. At least kita tanam minat budak tu untuk bercakap dan belajar untuk memahami bahasa inggeris. ini tidak, bila budak-budak tu bengap tak tau bahasa inggeris mula la nak marah-marah, fail paper sains dengan matematik mula la nak komplen itu ini sedangkan hakikatnya kita sendiri yang tak memupuk dari rumah. Ce bagitau aku mana aku nak mengadu pasal benda ni????*marah betol aku ni. haha

comel betol bebe dia, aku paling suka si elmo dengan gajah yang besar gedabak tu. elmo sebab suara dia kiut padan la dengan badan dia tu. yang gajah tu aku suka sebab bulu mata dia perghhhhh idaman kalbu tu...haha






5 comments:

hamzah ian said...

aku sokong ayu!!!!!!!!!!!!!

♥CIK SHA♥ said...

eh?aku pun suka gajah tu jgk..bulu mata dia perghhhhhhhhh..lentik siot..rasa macam nak pinjam..;p


tapi aku setuju la dgn hg bab alih suara tu..sebab tu la gamaknye bebudak skang kurang bijak cakap omputih..ye dak?

O'gosh said...

aka pun dulu suka gak sesame street tu...mmg sokong ngan ayue..x setuju katun2 tu dialihbahasakan...

plumpy.tootsie said...

ayu yu yu yu

aku tak dulik kau kisah atau tidak,

tapi,

aku kembali!hehe

beb,i choose blue's clues.serius suke ok.sesame street xpenah layan -.-

tukangkata said...

mungkin mereka terpaksa alih suara krn tengok pengaruh bahasa inggeris di malaysia terlampau kuat sangat (sampai ramai muda-mudi berbahasa rojak, banyak website yg tak utamakab BM dsb.) jika dibandingkan dgn negara lain kot.

Untuk hujah-hujah selanjutnya, layari: http://tukangantarabahasa.blogspot.com/2011/02/kenapa-perlu-alih-suara.html

boyfriend