21.11.10

Raya Diperantauan-Day 1

Setelah bersedih-sedih pada malam raya teringat ketupat,rendang,lontong serta segala juadah maka dengan ini pada hari raya kami harus lakukan sesuatu agar hari raya di UTM sangat bermakna. ecewahh jangan lah bajet tinggal diluar negara sangat setakat johor ni pergi saja mana-mana masjid mesti ada kenduri kendara punya. Oleh kerana kami tidak mahu kelihatan terlampau barat sebab kena makan mcD (ye la semua kedai melayu tutup,kedai mamak ja ada ohh not my taste lah ye) jadi kami pergi beraya ke rumah makcik hanak serta mak angkat aku kat parit kemang. hoyeah!

Bawak kereta manual = Hanak sahaja yang bawak
sebab yang lain reti drive auto saja.
aku?lagi la haram tekan pedal minyak pon tak penah.

nampak tak muka kebahagian plus-plus tu?
tu tandanya perot kenyang suka hati.
jumpa dengan makcik hanak yang sangat sempoi. siap cakap hanak gigi jongang lagi,celah mana yang jongang aku pon tak pasti.

Lepas tu kami vroom-vroom ke rumah mak angkat aku kat Parit Kemang.
Banyak betol parit kat situ parit sulong la,ponorogo la,sarang buaya la hoi-hoi takutnya ai ada buaya ka kat situ?
Dalam perjalanan tu kami terpaksa meredah hujan, langit masa tu superb gelap.
yang hitam tu awan mendung yang tengah berarak nak pegi ke mana aku tak taw tapi bila tengok langit pon dah macam kuih lapis. serius dowh tu tu macam dalam gambar. boleh bayangkan kan kan kan?

sila abaikan muka berminyak serta hitam itu.

gambar dgn zana. kena bubuh jugak kang kecik hati..kekekek padahal nak letak gambar aku banyak-banyak
Masa ni tengah tunggu ibu datang amik, hoho dah pat lima nam kali pi pon still tak ingat jalan, ye la dah dalam bas asyik membuta saja.

Dah sampai rumah ibu, ibu jamu dengan ketupat,kari ayam kampung, mi siput, lontong walawes sedap kamu tahu, gambar tak sempat nak amik sebab dah pelahap dulu dah. lapar wehh jauh perjalanan tu.hehe

Then, kami pegi rumah angkat aina pulok, satu kampung jek. Makan lagi. Orang jawa memang suka masak ekk adoih letih mulut mengunyah alhamdulillah murah betol rezeki kami. Dah makan rumah mak angkat aina pegi pulak rumah tok angkat aina (semua nak ber'angkat' aih) situ ada kenduri pulak. see kami terpaksa makan lagi sebab macam tak elok pulak tak jamah makanan bila orang dah siap hidang kan. ehh dah berapa kali kami makan ha?

kami makan nasi ambang tapi kalau beli pakej kedai takdak sup tulang tu na. harap maklom

Mula-mula tu kami cadang tak maw tido tapi sebab hanak drive sorang so kesian la kat dia nak drive balik malam-malam. Kami sampai pon dah pukul 5 lebih so mana la sempat kan. Masalahnya waktu tu kami datang sehelai sepinggang, baju salin tak bawak, barang mandi tak bawak, baju kecik ehem-ehem pon tak bawak. Tapi bila mengenangkan bahaya balik malam-malam so tido je la nyah.



jeng-jeng-jeng.. haha lantak kau lah nak maki ai ke hape janji ai dapat baju free.
murah hati betol abah angkat ai bagi baju free tu, 2 helai pulak tu. 
masa pakai baju ni mula la nak nyanyi.

"UMNO terus mara untuk rakyat Malaysia" lalalalalala~ 

balik try pakai kat UTM. mampos la ai, dah la ramai para pembangkang kat sini. hahah


Ok berbalik kepada cerita tadi, setelah balik dari makan kenduri, balik pulak ke rumah ibu, tukar baju, ibu panggil makan lagi sebab ibu buat sup tulang. Makan lagi! Kat UTM jenuh nak cari makanan tapi kalau kat sini berlebih-lebih pulak makanan dia. Nak lagi best sebelom tido pon kitorang makan lagi. Makan sate perut anak ibu bakarkan. sedap tahu dengan kuah kacangnya yang pedas lagi nyam-nyam tu. hoho Lepas makan tido la apa lagi,tido tanpa berak risau betol aku. Hari kedua punya cerita sambung esok pulak. Letih la menaip. babai

4 comments:

en.Tj said...

g xajk...

hamzah ian said...

lembu mana??

plumpy.tootsie said...

mak oi.
meriah bnor ghaye haji dye.
jeles mak.
awww.

AyuE SurihanyOt said...

tj:: nak ajak cam mana..hang dok kat rumah hang..

hamzah:: aku tak tgk lembu pong..=p


plumpy:: geli dowh..haha

boyfriend