22.11.10

Tipikal Final Exam

Final exam menjelma lagi actually aku ada lagi 2 paper, 1 paper dah selamat menjawab sebelom raya ari tu. Kali ni punya paper boleh kata antara hidup dan mati jugak sebab 3 jam kredit. Kalau tak study betol-betol memang masuk exam menangis tak berlagu,baik bunuh diri je dari mengadap kertas soalan tu. 

So kalau kat U ni sistem dia ada "study week" tapi aku rasa tak boleh panggil study week kena panggil "stay home week" sebab time ni la budak-budak nak balik rumah berminggu-minggu. Kononnya sebelum amik exam kena mintak restu mak ayah, kena amik berkat. ok ni bukan type aku sebab kalau aku balik rumah sama ja dengan aku duduk kat kolej kerja membuta buku tak maw bukak langsung.

Selalunya budak-budak U ni dia punya 'peel' lebih kurang sama, tips-tips yang orang dok bagi tu pon lebih kurang sama jadi hari ni aku nak tulis pasal perangai budak-budak u bila setat exam, tengah exam dan selepas exam.

1) study last minit

benda common kan?selalu sangat dah benda ni jadi nak-nak kalau subjek tu lecterur ak penah amik pusing dari setat semester sampai abih semester. taw-taw dah final exam. study last minit ni aku tengok memasing ada stail tersendiri. Ada yang pulun sungguh-sungguh sampai tak tidoq malam, ada yang kaki tak penah jejak library tetiba nampak muka diorang ja 2 3 hari before exam. benda biasa la tu.

2) fotostat soalan past year

yang ni wajib! kadang-kadang tu sampai tengah malam pon sanggup datang bilik member kat KP dari KDSE (jarak 2 kolej yang sangat jauh) semata-mata nak amik soalan past year. Lepas tu fotostat berkaton-katon, besok dah exam. tu macam mana cerita tu?bila yang nak buat? macam aku amik taktik senang, pinjam je la past year member yang bilik dekat-dekat ni. alah takde nye diorang nak buat semua paper sekaligus, kalau member tak bagi konfem kawan korang tu kedekut taik hidung masin. nak pandai sorang-sorang. kekekekek

3) Tidur awal

Tidur awal selalunya dipraktikkan oleh manusia yang dah get ready masok exam kira ilmu didada memang superb penuh, kalau baca lagi konfem kepala otak berderai sebab terlampau tepu. Kalau yang tak berapa nak ready macam aku, masa-masa ni la nak sumbat sebanyak mana ilmu yang ada kat ruang kosong kepala otak aku. Sejam lagi nak exam kalot dok menghafal lagi. tu stended aku sebab sebelom-sebelom ni memang aku tido awal. bayangkanlah aku baru letak kepala nak rehat kejap je pon sedar-sedar dah pagi. lepas tu mula la nak maki-maki dalam fesbuk. mungkin sebab terlampau senang tidur jugak la aku terpaksa study last minit. mungkin ok mungkin.


4) Tengok movie/drama

Selalunya dugaan-dugaan macam ni muncul waktu study week, haishh waktu-waktu macam ni la penuh segala cerita dalam hard disk member. Saling nak bertukar-tukar cerita, tengah study je movie depan mata dey macam mana maw fokus ni? tapi selalunya diorang akan tengok movie/drama lepas habis satu paper, exam pagi petang tu konfem cari movie kononnya nak relaxkan otak. kalau macam aku ni tengah study pon tengok movie jugak macam mana cerita haa???


5) Facebook

Menatang ni dah macam perantara hint-hint exam, asal ada hint ja post kat fesbuk. dah tu mana la orang tak bukak fesbuk 24 hours. mana la result exam tak teruk eceh alasan~ kata-kata semangat macam good luck, do your best dan lain-lain pon mesti nak wish dalam fesbuk. kalau orang tak de fesbuk tak de tenet cam ne??tak ke kecik ati tu? bukan takat tu aje kadang-kadang tu sampai buat forum bincang jawapan past year. ehem bermanfaat jugak kan menatang nih.

6) Meniru

meniru ni aku selalu buat masa sekolah menengah dulu, rajin sangat buat toyol tapi sekarang toyol ni takde pekdah pon sebab buku dah depan mata jadah apa nak buat toyol lagi. Tapi golongan meniru ni still ada jugak cuma kadang-kadang kita ja terlepas pandang, masa aku exam effective communication hari tu bersepah mat-mat foreigner meniru hoi-hoi tak beragak betol la diorang ni nak tiru pon cover la sikit. bengap!

7) Qada segala yang penting

oke bukan qada semayang ye kawan-kawan sebab kalau tengah-tengah bulan exam ni semayang konfem penuh punya. Maksud aku qada benda-benda lagha yang terpaksa di puasa kan selama exam macam tengok movie dan tidoq. tidoq tu paling wajib la kadang-kadang tu tidoq cukup ja tapi sebab dah nama exam dandan la tak cukup kan. 

*******************

oke cukup la kot takat tu kalau dok mengadap benda-benda ni mampoih tak study aku. "Kenang daku dalam doa mu" maksudnya kalau korang semayang tu doa-doa la kejayaan untuk aku sekali ekk. keh keh keh

13 comments:

Unknown said...

owh..gwa gk yg chill!!!

org exam...gwa ngan membe ley bantai g jusco..window shoping!!!

baru rare kan!!!

Duniakuabstrak said...

aku suka fotostate nota ringkas member, takyah susah2 nak buat..haha

hamzah ian said...

pergh.. tukar layout lagi.. stadi la wei

hamzah ian said...

pergh.. tukar layout lagi.. stadi la wei

plumpy.tootsie said...

aku sentiasa doakan kau ok.

hihihihi.

and,errr.movie tu tidak lah.tp fotostat past year mmg wajib.haha!

The Sharkox said...

Ada lagi...berbincang sebelum masuk dewan..berbincang lagi lepas keluar dewan... jumpa laecturer konon2 dapat tips...ape lagi..tak ingat dah..lama dah tak merasa lama alam exam di uni

Jom Masak Channel said...

huhu setuju....semua btol...

goodluck akak...

Linglung said...

gua masa stadi dulu gua apply yg no 1,2,4 dan 6...FB gua tak main sbb masa tu belum muncul lagi FB..eh xtaula dah muncul ke belom..tp x top lg..

all the best beb!

Nurul Ayu said...

eiffel:: amboii..ko mcm nk bg aku jeles ja ni..haremmm...


ayul:: itu pemalas sgt...haha aku tak ska pkai nota org..xdak feel nk study...


hamzah:: aku nk study la nih..


plumpy:: doa kasik dpt 4 flat taw..


sharkox:: alhamdulillah..sedar gak ko dah tua kan..kekekek


hidayah:: tenkiu2..hehe


linglung:: aikk lu xde buat toyol ke?????tipu lah..hahaha

Puteri Iqa Izyan said...

hahaha...betul2..
nk2 mgu stdy week bru nk fotostat past year.. haha :P

zulkoa said...

ko dak utm gak?..uish..KP dan KSDE mmg jauh..

ko ni lawa x?..eceh, tertanya lak..

cayok2..

Aujinz said...

sampai point ke tiga..

aku dah ..

kroiihhhh...kroihhhh..

..


ok


sampai mane tadi?..

Hasrol Nizam said...

gudlcuk la ayu papepun :D

boyfriend