14.5.11

Pertemuan yang bernama Sahabat

Dalam tak sedar 4 tahun masa berlalu, detik-detik yang saat bermakna dalam hidup. Pertama kali aku jejakkan kaki ke UTM aku mengenali Mira Nasib sebagai roommate aku. Seorang yang tegas dan agak garang, semakin lama kau dah berubah ke arah kebaikan sekarang ni dan kadangkala ayat-ayat hang membuat aku terfikir sejenak dan banyak menginsafkan. Sorry mira kalau aku bukan roommate yang baik suatu masa dahulu.=)

Kemudian aku berjumpa dengan Aini, kemana sahaja dengan hang, pegi kuliah,ponteng kuliah, pegi jusco sama-sama sampai tahun kedua pon aku roommate dengan hang. Sebelum kita kenal aku pernah kata hang ni kerek, sombong serius aku tak suka kat hang masa MHS..haha tapi rupa-rupanya hang baik ja tak sombong pon maybe sebab masa tu kita tak kenal kan. Hang seorang yang tak kisah, seronok duduk satu bilik dengan hang,hang tak penah sakitkan hati aku sepanjang kita sebilik thanks aini ohh kirim salam kat abeng k nanti dah dapat anak letak la sorang nama ayu..hehe . Dan Ety, mungkin kita dah tak bercakap sekarang tapi kita pernah menjadi kawan dulu, terima kasih kerana sudi berkawan dengan aku.

pasangan paling hot yang takkan aku lupakan..



Untuk Deng dan EG, tahun pertama dengan kedua asyik lepak dengan korang ja, terima kasih sudi dengar luahan hati aku kat bilik korang. ingat tak aku penah nangis time balik exam sebab tak dapat jawab soalan. korang yang banyak naikkan semangat aku. thanks korang. Deng selalu bawak kek sarawak yang superb sedap dan tak penah kisah pon aku habiskan kek belacan dengan kek lumut dia. Lepas ni susah dah la ayu nak rasa kek sarawak yang deng buat kan? huhu EG ngokngek yang selalu panggil aku petir, hehe tapi aku tak penah kisah sebab aku tau hang melawak jangan lupa bila balik perlis, lambai-lambai la aku kat kedah. 28 haribulan April memang aku takkan lupa tarikh tu..28!28!28!



Tak lupa jugak kepada Menaka, dah lama dah tak lepak-lepak dengan menaka. Awak tahu tak kalau kita sangat suka bersembang dengan menaka sebab menaka selalu bercakap tentang benda-benda yang ada berilmiah dan kelakar. Banyak benda-benda baru yang kita belajar dari awak walaupon tak lama tapi berkawan dengan awak adalah sesuatu yang tak dapat kita lupakan. Dan yang membuatkan kita sayang awak sebab awak selalu hormat kami sebagai muslim, i adore u menaka. nanti ayu kawin jangan lupa datang bawak boifren muka macam Shah Rukh Khan oke..=)



Ana Talib dan Nadey..kita mula rapat masa third year sebab aku selalu lepak bilik korang. Masa mula-mula aku datang bilik korang aku malu-malu ayam. nak mintak sikit makanan pon lembut ja aku cakap kan kan kan? haha Ana tau tak aku boleh sembang dengan hang berjam-jam tanpa jemu, walaupon hang cerita benda yang sama banyak kali tapi aku tetap suka dengar hang bercerita. thats why kot hang sesuai jadi lecturer. hehe hang jugak banyak bagi semangat kat aku, kita banyak cerita pasal boifren masing-masing, pasal malam pertama, ehem-ehem haha baidewei hang adalah kawan aku yang memang memahami. Nadey, hang pulak selalu layan buncit kan masa aku tengah mengantuk nak tidoq, hang ja yang dok layan dia. Mula-mula aku ingat hang ni sombong tapi rupanya tak hang baik ja sama macam ana, selalu layan kan aja kami-kami ni. Weh bila kita nak show artis kita ni??berbulu dah depa dok dengaq kita nak buat show..hehe



Kepada Nizan gadis tercantik SKK. aku memuji hang dengan hati yang ikhlas, aku perasan hang cantik masa hang masuk kelas lambat tahun berapa tah. hehe Aku suka kawan dengan hang sebab hang sangat sengal. aku tak penah terfikir pon aku akan rapat dengan hang tapi sebab kita jadi ejen masa MHS aku mula mengenali hati budi hang. Banyak jugak aku luahkan masalah aku kat hang, hang memang pendengar yang setia beb..

Tak lupa jugak dekat Farah dengan Mas yang sangat cool, cakap pon rilek je. korang memang terbaik lah.Nanti kita main pool lagi k waktu tu memang aku takkan kasi can kat korang..haha Kepada Naimah yang aku kenal dari first year, penah tolong aku masa aku kesempitan duit. aku tak kan lupa tu na..thanks a lot.



Hanna Ilyani yang gojes. ingat tak masa MHS first year dulu, aku ada tertepis tangan hang masa riadah petang, lompat bintang punya pasal habis jatuh berkecai kau punya henfon. nasib henfon hang murah waktu tu..hehe maybe hang tak ingat tapi benda tu sentiasa berada dalam ingatan aku sebab aku pernah mengagumi hang sebagai seorang gadis urban yang hot tapi yang hanya dok terperuk dalam bilik study. hehe

Aina seorang gadis yang lembut tapi lantang bila bersuara, terima kasih sebab selalu tolong ayu, selalu lepak kat karisma sama-sama. Aina jangan lupa ayu tau bila dah ada boifen ni.hehe seronok kawan dengan aina. Kepada Zana yang sangat sensitive, good luck dear amik phd. Tabahkan hati hang dah sambung belajar ni jangan asyik tengok movie ja.:p

Kepada Hajar, Nora dan Nad. thanks for being my friends, ingat la korang penah lepak bilik aku sembang sama-sama, mengutuk sama-sama. hehe lepas ni tak tau la bila boleh sembang macam tu kan?



Yuni cantik aku tak lupakan hang kali ni. nanti jangan lupa update blog k, aku nak baca blog hang. kalau perlukan penasihat cinta boleh datang terus kat aku. free of charge je aku kasi kaunseling..hehe

And last but not least to my beloved friend, Hanak Asaari terima kasih sebab sudi berkawan dengan aku yang biasa-biasa ni, selalu dengar celoteh aku, selalu gelakkan aku bila aku marah, selalu hantar aku bila nak balik rumah, selalu ajak aku makan bila aku lapar, selalu dengar aku sembang pasal buncit, selalu tangkap gambar aku cantik-cantik, selalu karoke dengan aku, selalu dengar masalah aku bila aku susah, selalu berusaha untuk tolong aku bila aku ada masalah. thanks Hanak i love u so much. aku tak penah lagi jumpa kawan yang sebaik hang, aku rasa aku takkan jumpa dah kawan yang blur macam hang, mana lagi aku nak jumpa kawan yang tak berkira macam hang. tak penah lagi wei aku jumpa. Kita mula rapat masa group Process Control kan? satu-satunya perkara aku suka process control sebab ia menemukan aku dengan hang.



Betul la kata encik Buncit kawan untuk kita bergembira memang senang nak dapat tapi kawan masa kita susah masa kita berduka sangat susah nak jumpa tapi aku rasa aku dah jumpa kawan sejati. Itulah korang kawan yang sentiasa menyokong dan bukan untuk menjatuhkan.

Serius aku sedih nak tinggalkan korang semua yang banyak support aku yang banyak tolong aku, aku menangis sepanjang malam semalam dan selama menulis entry ini, aku gembira berkawan dengan korang walaupon mungkin aku ada menyakitkan hati korang. aku mintak maaf banyak-banyak sebab mulut aku ni kadang-kadang terlepas cakap, niat aku selalunya untuk melawak tapi kalau ada yang terasa hati please forgive me. sesungguhnya aku ingin menceriakan hidup korang sebab korang adalah kawan aku yang paling best sepanjang aku berada di UTM. 4 tahun dah berlalu tapi tak bermakna persahabatan kita berakhir disini, anggaplah ia sebagai satu permulaan yang baru untuk kita menempuh dunia luar. Thank you guys semoga kita berjumpa lagi nanti. Insyallah bila dah kerja dah bergaji, pegang duit sendiri, dah habis bayar PTPTpu aku akan arrange kan gathering untuk kita lepak sama-sama k. kepada yang aku tak sebutkan nama korang dalam entry ni aku mintak maaf sangat-sangat, tak semestinya aku tak mention korang bukan kawan aku. terima kasih lagi sekali sebab sudi berkawan dengan aku yang biasa-biasa ni. Aku takdak duit nak bagi sebagai hadiah, mungkin entry ini boleh menggantikan hadiah kepada persahabatan kita.



with love,
Ayue Surihanyot

p/s:: kalau korang tengok LISA SURIHANI kat dalam tv tu haa ingat-ingat la kat aku..haha

8 comments:

Anonymous said...

bestnyer bace (: diorg mesti terharu ohhh.. haih.. aina baru nak masuk tahun dua..nanti dah habis tahun 4 mesti buat entry macam ni jugak.. waghh sedehnya berpisah.

NadiRah said...

wahhh!!!
kawan nad x bagi masukkan muka dorang ler...huk3

sabdakalam said...

..kawan2 adalah antara harta kita, mereka peneman kita suka dan duka..orang membezakan antara 'kawan' dan 'sahabat' sebenarnya hanya perkataan terpulang kepada kita bagaimana menghargai 'mereka' semua.

-teringat dulu lepas beberapa ketika aku tiba2 -sunyi-keseorangan- member tiada masing2 dgn hidup memasing..masa itu barulah aku tahu betapa bahagianya bila ada kawan bersama dengan kita , kalau bukan nak berkongsi duka pun, berkongsi ketawa pun dah cukup

*1st time here-jalan2 hari sabtu(^_^)

Shahada Fauzi said...

nanti kan dah 2-3 thun ang try la wat reunion..mesti best!

Nurul Ayu said...

nad:: tapi kawan2 aku ni lain sikit..berebut-rebut suruh masukkan nama dengan gambar diorang dalam blog aku nih..hehe

Cik Caah said...

suweet tau kak ayue ni. haha

athirah said...

terharu laa akak....besh2...comels jer bunyi nyer....

jiwa amat fluorescent said...

sedih sat ja tuh..sat lagi, lepas sebulan..cayalah..memasing akan buat sendirik...haha

boyfriend