11.5.11

Senibong

Semalam officially aku tamat belajar sebab last paper aku wastewater yang ada sikit macam haram. ada 6 soalan 3 soalan sahaja aku boleh jawab sebab aku totally depend sangat pada past year. -__-" tapi lantak la janji aku dah habis dowh!!!!!!!!!!!!wakakaka


So malam tu pegi la jenjalan kejap pegi Jusco Tebrau semata-mata beli blusher hanak, semata-mata oke. nasib blusher dia lagi mahal dari baju aku, consider la beli jauh-jauh kan tapi tak pa lah kereta dia, dia yang drive aku dok tepi melalak nyanyi lagu kat radio ja. hahah


Dah budak-budak yang dok sit belakang ni lapar tak sangga-sangga so kami pon bertolak la pegi senibong. mula-mula tu aku dengar macam santubong la, sombong, sanabong tah macam-macam la. rupa-rupanya senibong. tempat makan ala-ala seafood la kononnya. memang jauh gila! dengan UTM tapi sebab dah meniti hari-hari terakhir di bumi UTM ni kitorang gagahkan diri jugak menuju ke destinasi ini.

macam ni la rupanya sikit-sikit waktu aku datang tu ya rabbi punya cerah benderang dia punya lampu.

apa yang menariknya tempat ni adalah bila kita tengah makan-makan, layan siakap senohong gelama ikan duri  kita boleh menyaksikan singapura dilanda todak. memang sangat menipu bunyinya kan. kita tengok singapura la mana mai ikan todak pulak.

sejujurnya cakap takdak la cantik sangat view singapore tu, view sawah padi dengan kembang(kerbau dalam cerita CUN) dekat kedah tu lagi cantik oke. 

so apa yang kami makan?

Meja penuh walaupon sebenarnya kami beli ala carte

aku makan sup cendawan, nasi putih dengan ayam sambal, air cikong..sup cendawan dia memang terbaik oke sedap gila..nyam nyam nyam


yang paling bestnya kami dapat siakap 3 rasa FREE. nak ulang lagi FREE weh FREE
kau ada ka pegi makan kat kedai makan tetiba orang kedai makan tu bagi lauk mahal yang FREE. 
paling cikai pon mak ayah yang bawak keluar duit kan ataupon kawan-kawan kau datang makan dengan kau lepas tu dia belanja kan kan kan..
tapi kami dapat makan FREE dowh

annoying jugak cakap free banyak-banyak kali nih, kitorang dapat siakap free sebab sepupu masura kerja dekat sini kira tu pakcik sepupu dia punya kedai so dapat la kami merasa ikan siakap FREEEEE...lalalala *lempang

ni masura, mula-mula masa sepupu dia tanya nak ikan tu dia dok malu-malu, perghh aku cakap bedal je la mas oii dah orang nak bagi tu. haha aku pulak yang tak malu. nasib la sepupu dia tak macam lelaki lain, sebab hanak cakap lelaki ni kalau orang pompuan kata taknak kira dia takkan bagi la..ye ke hanak??pandai-pandai je kau kan..

ternyata sepupu mas bukan calang-calang lelaki tiba-tiba ada orang mai hantaq sepinggan siakap. kami pon apa lagi, semua memanjatkan kesyukuran la rasa nak pegi cium abang sepupu mas tu pon ada. muaah muuaahh

kusyuk beno farah makan. hehe sedap sangat lewteww

kami datang-datang ja ada orang hidang kacang rebus dengan jelly kelapa, wahh free lagi! tapi kami menyedari yang bukan semua benda kat dunia ni senang-senang nak dapat free. ceh

Makanan kat sini sedap pas tu orang-orang kat kedai ni semua orang kedah wohaa first time aku tengok kedai makan orang kedah dekat johor selalu aku tengok kelantan balik balik kelantan meluat ahh aku. Sebelah kedai ni pulak ada jual nasi lemak femes kat JB. memang sedap weh aku rasa nasi lemak nadey sebab dia beli bungkus. memang tak rugi beli kat sini.

Banyak kedai makan kat sini, so boleh la pilih nak makan kat mana dan harga pon boleh tahan la. at least takdak gomen dengan service charge. hehe

Tempat ni dekat Kampung Senibong, jalan nak masuk sini pon ala-ala kampung sikit. Dekat area Permas Jaya. kalau korang nak pergi lepak boleh la google map. masa ni la nak guna GPS wei, "we calculating 200 meters turn right"

oke merapu bai..aku nak kemas barang..

4 comments:

Duniakuabstrak said...

kalau emas Free dengan makanan free mesti kau pilih makanan free kan?

Unknown said...

cis.kau buat aku kebulor.camtaek!

shafiqabdshukor said...

bestnye dpt siakap free....
huhuhuhuh..
kat ctu mmg best.. kitorg nyer dinner last(TTS) UTM LC COMMUNITY kat ctu la..
best2..

http://duniamohdshafiq.blogspot.com/2011/05/ttsteh-tarik-session-ngan-dak2-utm-lc.html

Ayie_Media said...

aha.. kan aku dah cakap kat twitter.. mcm kt jb.. rupa2nya betul :D

http://twitter.com/blog_ayiedotcom

boyfriend