Korang penah tengok tak ceramah ustazah masyitah dengan dr. fazilah kamsah pasal mencari pasangan tu? kalau tak pernah tengok lagi pegi search dekat youtube sekarang sebab aku dah tengok lebih 10 kali memang best bagi aku. Dalam tu dr. masyitah ada cakap lelaki dan perempuan ni "speak in different languange", aku rasa betol la tu kot sebab ia selalu terjadi kat aku dan buncit. selalunya dalam bab-bab makan la.
Situasi pertama
B: "U nak makan apa hari ni?"
A: "ikut U la, I tak kisah."
B: "Alaa I belanja ni, ikut U je la"
A: "Alaa I tak tau la U nak makan apa?"
B: "oke kita makan KFC"
A: alaaa I nak makan Kenny Rogers..(*dalam hati)
Situasi Kedua
B: "Kita nak tengok wayang apa hari ni?"
A: "Ermm Ikut U la, I tak kisah."
B: "Alaa U decide la, U yang belanja kan."
A: " Alaa I tak tau nak tengok cerita apa"
B: " Ok la kita tengok Senario"
Mengikut kajian wanita-wanita yang bercinta ni selalu inginkan pasangan untuk memahami mereka atau dalam bahasa mudahnya pandai membaca hati wanita. Ya nampak macam apakejadahnya kau ingat aku ni tukang tilik, ahli nujum, tukang mandrem nak baca hati kau?
Tapi itu la sebetolnya, wanita yang bercinta ni nampak macam tidak mahu mengawal situasi, tidak mahu membuat keputusan sendiri tapi hakikatnya dalam hati mereka sangat-sangat inginkan supaya pasangan mereka memahami kehendak mereka tanpa perlu mereka bersuara.
Ini pendapat aku la kan selalunya aku tak mau bagitahu sebab aku malu (bercinta dah 6 tahun tapi malu tu masih ada sweet tak? alolo rasa nak bagi penyepak), aku pon tak mau rasa macam membeban kan dia, tak mau rasa asyik aku yang buat keputusan. macam tu la aku rasa.
Akan tetapi lelaki pulak tak paham, mereka lebih suka kalau kita berterus terang. Ye la mana la diorang paham kan kita nak apa, nak makan apa, nak tengok cerita apa. kalau nak marah pon kena direct! kalau dok berkias-kias memang sampai ke sudah la diorang buat tak reti je. berterus-terang adalah sesuatu yang perlu dititik beratkan dalam sesuatu perhubungan. *OMG Dr. Ayue Surihanyot
Tapi buncit selalu marah aku tau kalau aku berterus-terang.
A: "U...I rasa macam nak terkentut la"
B: "Ya Allah..U boleh jadi perempuan senonoh sikit tak?tak romantik langsung cakap macam tu depan I"
alah U jangan nak romantik sangatlah, nanti dah kawin bangun pagi-pagi duduk atas katil U kentut gak kan? takkan U nak lari pergi kentut kat tandas? tipu lah!!
10 comments:
hahaa perempuan mmg lah. aku pon tak suke susahkan lelaki. kadang2 kene marah plak sbb xbgtau ape yg kite nk sbnanye. haha
hahaha. teringat ada sorang member dengan bf dia. ye ye je kitorang dok undi nak pergi mana sebab semua taknak buat decision. last-last dekat kertas undi, zoo. bila dah balik dari zoo rupanya bf dia nak pergi bowling. haha. bukan nak cakap awal-awal
Tidaklah aku nak kentut nanti berlari2 ke tandas. mana sempat je aku lepaskan. HAHA!
hahaha...tapi kan..mmg time sebelum kawen kene hipokrit sket..pas kawen nak kentut time makan megi pun xpe....
hahahaha..saket perot aku woi!gila la hang ni..
eh? hai Dr. Ayue Surihanyot...^_^
tapi aku akui jugak la ape hang tulis ni..betoi2..aku pun selalu rasa macam bersalah je bile encik keping aku suh aku yg decide memanjang..nak jugak die decide..tapi bile die decide aku plak tak puas hati dalam hati..cmne la tu..hak3..
aku pun dah 6 tahun kapel still malu2 dgn bf aku..*tipu*..malu itu perlu walaupun dah lama kapel..sweet gitu..auuww!meh nak penyepak hang..;p
heheh sebab tu la perempuan dan lelaki saling melengkapi..
aku tak paham
hahaha. betoi2 kak ayue. kan senang kalau memasing cakap terus terang. xdak la nak makan hati sebab tak suka dengan pilihan bf/gf depa tu. lagi satu part kentut tu kan,ca'ah mmg bangga la kalau kak ayue jadi jujur cenggitu. hehehe
ahahha bile selamber ckp tak senonoh lak an an. buncit u garang tau,
btol la rmai yg manusia spesis mcm nih..pelik-pelik..
Post a Comment