17.11.10

Malam Raya Aidiladha yang sangat hapenning

Malam raya kali ni saya sekarang berada di bumi UTM, terasa sayu tau bila dengar takbir raya tadi, tapi lepas tengok cerita asmara tak terasa macam nak raya pulak. lol kedai makan pon macam banyak tak bukak malam raya ni so terpaksa la saya makan nasi ayam penyet yang bau sambal belacannya kuat gila. Basuh tangan dua tiga kali pon tangan saya masih ada bau lagi. huh tak suka tau. Takkan nak pakai febreeze kot?lawak tak lawak tak?oke tak lawak?


Tetiba saya rasa rindu kat mak,abang-abang,kakak-kakak ipar dan anak-anak sedara yang comel macam maksu depa ni.haishh syifa dengan syafiq rindu kat maksu dak??nanti maksu balik na jangan nakal-nakal taw. huwaaaaaa maksu sayang hangpa dua. oke sudah-sudah la tu melihat saya emosi. Jadi untuk menghilangkan rasa rindu pada keluarga serta ketupat rendang dikampung, saya dan rakan-rakan seperjuangan bertindak untuk melampiaskan nafsu rindu dengan bermain bunga api...walawesss


 hanak tengah membuat cobaan bunga api menjadi mercun roket. saya pon tak paham ape motif dia buat macam ni. (-_-")


hanak masih mencuba dan aina menyibuk

wajah kegembiraan disebalik kesayuan. tapi kenapa saya gemok?


Gambar guna henfon mahal tapi tetap tak cantik. kena guna dslr jugak walaumacammanapon. banyak lagi gambar menggedik kami tapi takot pulak nak expose mana tahu ada orang jerit wadafak ke?so better jangan menimbulkan fitnah di malam-malam raya ni. kan kan kan.

Oleh kerana saya dan kawan-kawan melapok dalam bilik saja siang tadi, mereka pon macam nak buat blog dan aktif berblogging balik (tak taw la semangat depa ni sampai bila). So apakata kita melihat blog mereka mana tahu ada yang berkenan buat calon menantu ka kakak ipar ka adik ipar ka sugar mummy ka. eyh?


Mereka semua ni coursemate saya, dan ramai lagi coursemate saya yang ada blog tapi tak sempat nak expose kat sini yela asyik-asyik expose zam dengan hamzah ja. menyampah betol.

p/s: macam comel je bahasakan diri 'saya'. keh keh keh

13 comments:

fiqamikaze said...

jmputlah datang kerumah berhari raya..kikiki~

doyah said...

waahh bes!

Latifah said...

xmo sedih2 ye...

selamat hari raya aidilAdha!

~kenapa ramai yang x balik raya ek tahun ni???~

NZS said...

malu malu dipromote blogger glemer!kahkah =)

hamzah ian said...

ko tak balik ke??? mcm duk oversea lak

liyanaziz said...

salam aidiladha.. meriahnya! siap main bunga api.. kikiki

Shahada Fauzi said...

ohhhhh..ko yg bising2 tadi main bunge api eh kat blakang rumah aku..hahaha..tetibe..


Selamat hari raye ayu..

~fais~ said...

meriah nye..
hik hik hik

Duniakuabstrak said...

Geli ketiak saya bila baca awak tulis macam ni

plumpy.tootsie said...

sabar ye syg.gua pun tak balik raya.

Anonymous said...

belacan bau smpai sini. hehe

salam aidiladha~

jAck ALvin buKAn suPErpoRnstAR said...

lor...sempat main bunga api..
kewl gila korang..

♥ 미스 kiera ♥ said...

slmt hari raye..



btw..

do folow me yeah..

http://owlkieranaa.blogspot.com/

tq~

boyfriend