Baca betol-betol tajuk tu bukan testis tapi thesis. Bunyi dah nak dekat sama cuma aku masih ada iman lagi ya kawan-kawan. Dah lama rasanya tak update, bila dah lama tak update rasa macam sangat busy pulak tapi hakikatnya bukan busy sangat pon tapi mengenangkan wifi yang sangat lembap so terpaksa abaikan blog,fesbuk,tumblr dan segala mak nenek yang ada. tak kuasa la aku nak tunggu loading pon berejam kejadah apa pulak kan. Hari ni pon nasib la manusia-manusia kat kolej aku ni dah berambus balik beraya, takdak la lembab sangat nak bukak blog sendiri. Kadang-kadang tu punya la lembab wifi ni sampai aku nak update status fesbuk pon tak lekat. Kalau lekat tu memang alhamdulillah tapi memang tak boleh nak lawan-lawan romen komen lah kan. biar je orang komen tak berbalas. Dah rasa macam artis pun ada.
Hari ni aku puas sebab thesis aku dah print dan siap dibukukan holamak ingat senang ka aku nak siapkan kerja awal-awal. Aku ni jenis pempuan buat kerja last minit stended aku la kalau terpaksa tidur pukul 5 pagi lepas tu bangun pukul 6.30 pagi semata nak siapkan kerja yang due date nya pukul 8 pagi tu padahal lecterur dah bagi assignment tu dah sebulan lebih dah. hoho Alah thesis ni pon aku hentam buat last minit jugak.
Seharian aku edit menatang alah tu saja. dari pukul 6.30 pagi sampai ke maghrib menatap skrin laptop tanpa rehat tanpa makan dan tanpa melakukan aktiviti-aktiviti lagha,sampai naik pinaq la bijik mata aku ni . Dan benda jadi nak maki hamun apabila nak edit format haramjadas tu, hoh menyakitkan hati kamu tahu? masa-masa ni la yang tak boleh nak insert page number la, tak boleh nak edit page number la. apa ka bangang sangat orang yang buat page number ni nak menyusahkan hidup aku. Tengok?aku dah hangin. Pasal page number tu aku keja aku terbengkalai selama SEJAM, siap maki dalam status ym lagi, bila aku maki-maki tapi still tak jadi apa-apa aku rasa macam nak menangis dan akhirnya aku menangis jugak pasal page number mangkok ayon tu tak maw keluar.TAK KA LOOSER tu?
Dan nasib la waktu tu encik buncit call, dah maki lagi depan dia sambil hidung berhingus mata berjurai dengan air. Dem sungguh yang dia pulak tak abih-abih suruh aku sabar-sabar, sabar jadahnya dah sejam kot kelebet menatang tu saja. Tapi tak sampai 5 minit cakap dengan beliau sambil tangan masih menggodek microsoft word tu tetiba dah keluar pulak page number tu. Amboi tak ka rasa nak pelok cium encik buncit waktu tu jugak kalau aku taw sejam yang lepas aku suruh dia tepon aku. Hampeh sungguh! dan akhirnya berjaya jugak aku bawak pegi print dan bukukan aku punya thesis. Walawess rasa nak berjoget tahu?
wah teruja tau.
4 buah buku bersamaan dengan RM100 semua ni macam ada konspirasi menghabiskan duit aku saja.
-abaikan meja yang bersepah tu, meja bersepah tanda aku buat kerja-
Tapi bila aku check balik tadi ada satu benda yang mungkin bakal merubah hidup aku sebagai seorang student yang berkaliber. aku tersilap letak nama supervisor aku. Sepatutnya ada satu huruf 'd' tapi aku buat dua. tekanannya hanya tuhan saja yang tahu, aku hanya mampu menangis dan tidak mampu mencarut lagi. Dah letih dah wei. Benda ni pulak kalau nak hantaq kena mintak tandatangan supervisor due date pulak time raya haji ni bermaksud lusa ya. MATI LA AKU MACAM NI. Mintak-mintak la supervisor aku tak perasan nama dia silap. Kalau tak aku kena bukak balik buku ni. Sehelai 2 ringgit taw!! ada 3 helai yang silap kat 1 buku. Sekarang ada 4 buku makna kata 3x4x2= 24
24 ringgit tu aku boleh buat makan mekdi selama 2 hari taw tak!!!!
menyesal aku berjoget tadi!!
8 comments:
keh2..susah tu..haha..silap satu kene wt balik..
fuhyoo.. cantik pulak ade kulit tebal mcm ni..
abis tu ko print balik la name lect salah?
waaa....nama silap...liquid je...
tapi...lebih baik rugi 24 hengget...daripada rugi kena hamun...
keh3..jadah kau buat keje. aku nampak laptop je tu kat meja kau. same la ngan ribena tu.
sabar beb.dugaan tu.rilek k.
and bout the post,
aku takde apa lah nk cakap kat kau.haha!
sorry dear.love u.muah3
p/s : sweet tak gua?
agak berat juga permasalah kau ni. duit atau bakar buku?
penyelesaian:
aku ada buat bisness pinjaman ah-ngah. anytime kau nak apply, facebook je aku...xmahal bunga dia, 100% je sebulan...murah kan?
hiro:: tahu tak pe..
hamzah:: tak print balik..satgi bru aku pi jumpa lect aku..
princeduyong:: hoho..tak boleh la nak liquid..
fairuz:; laptop tu nadi aku masa study kena bukak..haha
plumpy tootsie:: kah kah kah sweet gila...
tipah:: gila baik aku guna duit sendiri weh..haha
wahhh... dah nak hntr thesis ye...
dah nak grade la ye...
=)
Post a Comment