29.12.10

Siapakah Ayuerobin?artis terkenalkah?

Kenal tak ayuerobin?kalau kenal memang betollah dia sudah femes sekarang, kalau belom kenal tak mengapa sebab dia bukan macam hanis zalikha yang ada belog best sebab penulisannya dan belog dia best pon bukan sebab gambar-gambar cantik semata.

Ayuerobin tu nama I punya link address la kalau U all nak tahu sangat. ala pemilik blog hitam itu bukan putih tu. nama samaran I Ayue Surihanyot. meletopkan nama I? takpe jangan puji lebih-lebih nanti I kembang habis sepender I berlubang dah la sepender pon mahal sekarang 3 helai rm10. mahalkan?

Oke macam tak sedap pulak guna kata ganti nama I. sila tukar kepada aku. bertukar!

Ramai yang tanya aku (ke aku yang perasan sendiri?). Kenapa ayuerobin?kenapa robin?sapa robin? femes ke robin ni? masa tu aku rasa macam nak ketuk kepala sendiri haramjadah ape tah aku letak nama ayuerobin ni? grrrrrr....

Idea ayuerobin ni datang sebab aku sangat suka pada robinhood. ala cita pencuri omputih dulu-dulu tu.ingat tak?ingat tak? kalau sebut pasal robinhood je mesti aku ingat kata-kata ustad sekolah rendah aku dulu. "Matlamat tidak menghalalkan cara". comel kan aku boleh ingat apa yang ustad aku kata. Ustad aku suka sangat bagi contoh robinhood. geram betol tau tengok ustad tu comel ehh bukan! geram betol dengan ustad sebab cakap macam tu kat robinhood aku. tapi bila tatap muka ustad lama-lama baru la boleh terima kenyataan sikit. (sebab masa tu baru taw ustad tu cikgu agama. lol)

Sebelum tu aku letak ceritasipenglipurlara.blogspot.com tetiba kawan aku si che ton ni menganjing aku letak nama nak jiwang-jiwang. celah mana yang jiwang aku pon tak taw. nama blog aku masa tu pon ada sipi-sipi nak penglipurlara jugop. Nasib jugak la che ton tegur kalau tak, mau aku kena bahan dengan budak-budak kos aku. nak lagi celaka bila boifren sendiri yang menganjing. perghh pedih je rasa. nak maki balik tak boleh kang kecik ati pulak. hah sabar je la.

Maka terjadilah ayuerobin.blogspot.com....ni pon nak macam celaka jugak bila hellioz panggil aku ayuerobintang. ^%#$!#@!(&!6$

Sekarang ni aku rasa nak tukar lagi. agak-agak boleh dak aku nak tukar nama link aku. aku nak letak

ayueyangcantik.blogspot.com

boleh tak agak-agak?

agak-agak orang nak puji ke nak maki?

7 comments:

liyanaziz said...

how about ayueribena intead of ayueyangcantik??? hahahah.. panjang la url tu.. kikikikikiki..

.::FaTiN mUniRaH::. said...

puji!huhuhu

Nurul Ayu said...

liyana:: ribena??tu nama air kaler ungu...xmo lah..haha

munie:: kah kah kah...puji dalam makian la jawabnya..

Anonymous said...

ape kes gambar pasport ni? hahaha. xD




* aku rasa terlebih maki kot ;P

Anonymous said...

tak kisah sebab my friend pon url dia namayangsangatcomel.blogspot.com

nama kat atas tu nama diala.
ex. nama dia siti. so

sitiyangsangatcomel.blogspot.com

bahahaha ;D i like! ;D

fathiyyahISMAIL said...

comel ape ayuerobin :D

Hellioz said...

ayuerobintang pon comel juga deyh...
lulz~

boyfriend