6.1.11

Entry yang tak berapa nak ilmiah!

Sebagai seorang pelajar yang bijak lagi cantik, haruslah sifat berdedikasi tu tersemat rapi didada masing-masing-masing. Baru 2 hari masuk kelas dah rasa macam.

"OMG banyaknya input nak kena hafal!"

padahal semalam dah ponteng satu kelas, haram jadah apa la awal-awal semester sudah belajar memonteng ni. tapi tidak mengapa sebab aku serta rakan-rakan yang kurang-cantik-sikit-la-dari-aku ponteng kelas atas alasan melawat ibu nadey yang tidak sihat. kalau lecterur tanya

"Kenapa sampai 10 orang tak hadir kelas saya?"

kami akan jawab secara serentak

"Kami melawat ibu Nadiah Fatihah (nadey) prof, prof tak mahu pergi melawat ke? mana tahu dapat buat nadiah fatihah jadi menantu?"

tapi bila difikirkan balik takkan nak praktis ramai-ramai pakai dialog ni. macam susah pulak kan. Jadi biar je la anak prof tu kawin dengan siapa-siapa pon. pedulik hapa aku lagipun anak prof dijangka baru umur 10 tahun. tak berkedut pulak muka nadey kalau kawin dengan anak prof tu. huh tak sesuai.

Jadi marilah sama-sama kita doakan supaya mak nadey sihat sejahtera hendaknya. Amin

****************************************************************

Baiklah memandangkan aku berada di semester akhir (Insyallah), jadi subjek-subjek yang aku ambil haruslah yang elektif. Elektif maksudnya tak tahu. aku pon tak tahu maksud dia apa so paham-paham sendirilah ye.

  • Teknologi Fitokimia
  • Teknologi Pemisahan Gas Membrane
  • Kejuruteraan Air Sisa Buangan
  • Pencemaran Punca Tak Tetap

Perkara diatas adalah subjek elektif yang aku ambil sekarang. Dan aku baru masuk kelas Fito dan Membrane. Tahukah anda bila masuk kelas-kelas ni aku rasa macam kepala otak aku telah dibasuh dengan clorox.

Dalam kelas fito semalam Prof. Ramlan banyak membebel tentang apa yang MANUSIA makan. hoi banyak betol weh benda yang tak boleh makan sebenarnya. Beliau berkata punca manusia sekarang ni banyak penyakit adalah berpunca dari makanan. Yang kau makan megi,biskut, bebola-bebola ayam daging ikan tu sebenarnya tak bagus tau untuk kesihatan. tu tu yang kau kedarah mekdi,kepsi bagai tu lagi la tak elok. Lagi elok kalau kau belanja aku. 

Prof. Ramlan pon ada cakap sehari sepatutnya kau berak 2 kali. baru lah menepati hukum mass balance 

mass in = mass out

betol la cakap hanak. boleh pakai jugak kan cakap kau hanak. aku ingatkan kau pon kaki merapu macam aku. keh keh keh..


Waktu kelas tu, mula la pikir balik nak joging balik nak diet balik nak makan makanan yang berkhasiat and what so ever. punya la keinsafan diri tu tinggi nak mampos pasal makanan ni. Kalau nak cerita semua kat blog pon macam "banyak pulak budak ni membebel pasal makan" haruslah bosankan? tapi takpe mungkin hari-hari seterusnya blog ni jadi blog ilmiah. tiada lagi maki hamun, cinta-cinta ataupun cerita-cerita merapu. mungkin je la.

Dalam kelas Membrane tadi pulak banyak cerita pasal AIR atau dalam bahasa mudahnya water. Mula la Prof. Fauzi bercerita pasal air ni tak elok diminum dan sebagainya. Dan fakta yang mengatakan air Reverse Osmosis(RO) itu air yang tidak bagus adalah TIDAK BENAR sama sekali sebabnya memang la air RO tu dah takde mineral tapi sekurang-kurangnya ginjal kita tidak perlu bekerja dengan lebih kuat semata-mata untuk menapis TDS(jumlah pepejal terlarut) yang ada dalam air tu. in fact mineral kita boleh dapat dalam makanan lain pon kan? 

Nilai TDS yang dibenarkan dalam air minuman kita adalah dalam 100mg/L so kalau minum air mineral tu sila-sila la tengok nilai TDS yang terpampang kat ingredient tu ye. Kalau lebih dari 100 gamaknya lebih elok la kau telan air swimming pool tu ye. Ha lagi satu yang kau langgah air watercooler tu. kau pernah tengok elemen-elemen yang ada kat dalam mesin tu. hah kat situ dah berkeladak nak mampos dah dengan karat-karatnya lagi. haruslah ada raksa dengan lumut bagai. jadi say NO to WATERCOOLER. babi la penat cakap pasal fakta dalam belog ni. 

Dah aku attend kelas yang macam gitu kan. takut pulak aku rasa. ye la pegi cafe pon rasa macam nightmare tak tau nak pilih makanan apa. sambil cedok lauk pon pikir 

"Ishh ini lemak ni, ini banyak minyak ni nanti habis jantung aku tak boleh pam darah ni"

"Air ni masak ke tak ni? ada raksa ke apa tah dalam air ni,  nanti jahanam aku punya ginjal ni"

tak pasal-pasal rasa nak maki dowh. semua tak boleh makan semua tak boleh minum. macam mana aku nak lahirkan anak dengan produktif ni??oh dem.


p/s: lalu sebelah mekdi pon buat-buat macam tak nampak je. dimulut kata tak baik untuk kesihatan badan tapi dihati kata tak baik untuk kesihatan poket seluar. bila la duit JPA nak masuk ni der??


ohh sebelum terlupa, nak beli shawl yang cantik serta joges jom ke blog member aku FATIN MUNIRAH haruslah aku jeles dengan header blog dia yang cantik itu..grrrrrr 

9 comments:

nasikputeh said...

argh. gua nk puasa.
sepnajang tahun. amacam? ok?

Shahada Fauzi said...

bagus2..ilmu tu..aku rasa syok pulak baca entri ni..walaupun aku tak belajaq apa yg ang belajaq tu..tapi lecture ang bagi ni best..hhoho..

Unknown said...

aku rasa babi macam ni <(*oo*)> lagi kiut dari babi tulisan. kau buat la babi2 kiut ni kat entri2 akan dtg...smgt derr nak baca!

Nurul Ayu said...

nasik putih: agak la der..xkan lu tak datang bulan...=p


cik sha:: haha masok kelas dia jenuh kepala aku tadah telinga dengar dia bebel..nasib la prof tu jenis buat lawak..


artoone:: babi tu haram..sebut tak haram...keh keh keh..

budak kecik said...

ohho. sgt ilmiah cik ayue~!

silalah pergi ke blog ak gak sbb ak pn ade fakta baru utk dikongsi. kehkeh...

oh ye. jpa msk bln 2 weyh. sgt sengsara. sobsz

.::FaTiN mUniRaH::. said...

wow..ade nme aku la bwh tu..mcm nk like 100 kali..hahaha tq la ayu..boleh bg diskaun ni..hahaha :P

petisuara said...

mule2 ingt UTM jugak..sbb mcm name2 lecturer 2 mcm same je..n subjek lbh kurang..tp tbe2 mcm lain sikit..br nak eksaited td tau!huhu

Nurul Ayu said...

petisuara:: aku budak UTM jugak la..selalu nmpak ko ngn hentak belipat taw..

Nurul Ayu said...

munie:: wahh nak bg diskaun??walawess kena promote lagi la ni..haha

boyfriend